Tuesday, January 17, 2012

Tomok di Kaki Bola TV9!


Sebelum ni aku ada citer pasal rancangan Kaki Bola di TV9 yang ke udara setiap Isnin jam 9.30 malam. Bermula Isnin 9 Januari yang lalu, aku start tengok dan utk episod yang kedua semalam menampilkan tetamu jemputan Tomok!!

Menariknya semalam Tomok dtg dgn memakai jersi Man Utd, menyebabkan C-Lan Paul selaku hos, yg jugak merupakan fan Liverpool panas punggung! Hahahaha..Kieran macam biasalah..Man Utd tegar!


Tomok sememangnya seorang kaki bola dan semalam beliau banyak memberikan pendapat mengenai pasukan Manchester Utd, termasuk pasukan tempatan yang beliau sokong, Negeri Sembilan! Kiranya selain drpd menyanyi, Tomok jugak ada 'knowledge' dalam sukan bola sepak dan ternyata Tomok bijak memberikan komen serta pendapat beliau mengenai sukan ini!

Oh, yess..ditanya mengenai pemain import yang beliau nak tgk main kat Malaysia ni, beliau jawab, "Rooney!" Hahahhaa!!


Episod semalam juga menampilkan wawancara mereka bersama Gary Neville ketika kunjungan beliau ke Malaysia baru2 ni..so, Gary ditanya pendapat mengenai pembelian pemain baru dan jawab beliau, "Tak beli pun takpe, sbb kalo beli pun sekadar nak abiskan season yang berbaki beberapa game aje..,".

Haaa..itu En. Neville cakap ye setelah diterjemah..Hehehee..


Aksi Tomok ketika cabaran 'Kaki Emas'..namun Tomok gagal nak masukkan bola ke dalam lubang markah..Hehehehehe..


Oh, yes..itu seorang lagi pengacara Kaki Bola, Eone..Setiap minggu Kaki Bola akan menjemput 'pasukan away', iaitu penonton dari kalangan kelab2 penyokong bola sepak, sama ada penyokong liga tempatan ataupun antarabangsa dtg bikin havoc kat studio..Minggu lepas kelab penyokong Liverpool, Liverbirds Malaysia jadi guest, Isnin baru ni, penyokong pasukan Kelantan dari Kelate.net pulak jadi guest..penyokong tuan rumah setiap minggu adalah Team Malaysia TM!

Kesimpulannya mmg rancangan Kaki Bola ni sangat santai..topik yang dibincangkan pun santai dan ringan..Aku suggest korang sume tengok Kaki Bola di TV9 atau saluran Astro 119!

Btw, bila time penyokong Man Utd plak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...