Wednesday, January 11, 2012

Ganja di Restoran Milik Ferdinand?


Rio Ferdinand mmg pandai buat duit. Beliau ada buka satu restoran makanan Itali yang diberi nama Rosso Restaurant & Bar di King Street, Manchester. Rosso dalam bahasa Itali bermaksud 'Red' atau merah.

Restoran ni mmg mewah dan eksklusif! Mana tidaknya, premisnya terletak di bangunan mcm bentuk istana berusia lebih 100 tahun..perghh!! Rosso memang menjadi tempat santai golongan celebrity, seperti para player Man Utd, David Beckham dan pemain England yang lain juga!

Mesti mahalkan? Tetapi menurut Rio, harga yang ditawarkan mmg kena dengan kualiti makanannya. Kelassssss!!!


Yummmehhhhh!!


Walaubagaimanapun semalam, polis telah menemui 29 beg cannabis atau ganja dalam loker milik pekerjanya. Hasil siasatan, pihak polis telah menahan seorang junior chef berusia 55 tahun, yang sebelum itu disyaki berniat utk mengedarkan ganja2 tersebut!

Pihak polis telah mendapat waran geledah utk menyerbu restoran tersebut setelah serbuan ke atas rumah lelaki terbabit tidak menemui apa2. Polis percaya bahawa lelaki tersebut menjadikan lokernya di restoran Rosso sebagai 'stor' simpanan cannabisnya!

Tapi jangan bimbang, pihak polis tidak mengaitkan Rio atas dakwaan bersubahat. Lelaki tersebut dah tak kerja situ dah..dan yang paling penting, reputasi Rosso Restaurant & Bar tidak terjejas!

So, sapa2 nak cuba rasa makanannya silakan..cuma status halalnya tidaklah dijamin! Hehehehehee...


Sumber: dailymail.co.uk, www.rossorestaurants.com & www.restaurantsofmanchester.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...