Showing posts with label Terbaik. Show all posts
Showing posts with label Terbaik. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Manchester is RED!


Inilah banner yang terpampang di SNBJ semalam ketika Malaysia bertemu Man City! Banner ini dibawa oleh geng2 Red Knight! Sebelum itu, ketika Liverpool berkunjung ke Malaysia tahun lepas, banner GGMU 19 sebelah tu yang dipasang mereka!

Apa2pun pasukan Harimau Malaya semalam lemas dengan asakan City - tewas 1-3! Tapi aku bangga sebab Alex score, ogha Paha' tu wehh!!!

Monday, July 30, 2012

In Trend TV2 @ Mymanutd Club House!



Ok, actually rancangan In Trend yang menampilkan Mymanutd di Club House mereka sudah pun lama bersiaran..tapi aku baru teringat nak share..

In Trend, yang bersiaran di TV2 adalah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan remaja-belia dan santai yang menampilkan apa sahaja kegilaan remaja masa kini utk dikongsi bersama penonton!

Ok, videonya agak out-of sync, tapi yg lebih out of sync adalah hos pompuannya pakai jersi Barca! Huhu!

Peter Schmeichel adalah duta Man Utd!


Legenda United, Peter Schmeichel telah dilantik menjadi duta Man Utd dalam usaha kelab tersebut mempromosikan The Red Devils!

"Ia adalah merupakan satu penghormatan kepada saya utk menjadi Duta Man Utd!", kata Kapten Skuad UCL Champions 1999 ini!

Selain duta Man Utd - Schmeichel juga merupakan duta perabut Courts! Huhuhuhu..


Unitedkits.com in Bahasa???


Unitedkits.com (United Kits) sememangnya merupakan laman sesawang yang menjadi rujukan kepada aku serta fans yang lain untuk mendapatkan info mengenai jersi serta patches2 yang dipakai oleh Man Utd! Sejak zaman Newton Heath sampaila ke Gingham, segala mcm info pasal jersi2 bersejarah Man Utd direkodkan!

Fansite ini sangat2 berguna kpd para collector dari seluruh dunia utk memastikan bahawa patches atau NNS yang mereka tampal menepati 'piawaian'!

Pada awalnya, United Kits yang berpengkalan di UK ni kurang dikenali - tetapi apabila jumlah fans Man Utd di seluruh dunia meningkat, maka unitedkits pun mula melakukan penambahbaikan kpd laman sesawangnya..

Dan tak lama lagi, para collector dari Malaysia tak perlu risau utk menterjemah bahasa Inggeris standard UK sbb site ini akan datang dalam versi Bahasa Melayu!



Super cool!!!! Aku taktau sape yang translate..tetapi yang pastinya, kegilaan fans Malaysia dalam mengumpul jersi2 Man Utd telah menyebabkan United Kits mempunyai versi tempatan!!

Sangat2 superb!!! Skrg ni under construction! Tak sabar nak tgk hasilnya..so, moh kite ke unitedkits.com!

CR7 supports Palestine!

Tidak diketahui bile gambar ini dirakam dan dalam majlis apa, tetapi jelas CR7 - legenda United menyokong perjuangan rakyat Palestin! :)


Wednesday, July 25, 2012

Davey Becks bikin surprise!

Sempena Olympic London 2012, Adidas selaku penaja utama Team Great Britain, menerusi kempen #takethestage iaitu kempen sokongan terhadap kontinjen tuan rumah, telah mengadakan satu photo booth yang memberi peluang kepada orang ramai utk mengambil foto sambil menonjolkan sokongan..

Yang bestnya, tengah diorg syok2 posing...jeng jeng jeng! Terpancul wajah seorang legenda bola sepak England nak join sama...



David Beckham mungkin tidak tersenarai utk menyertai pasukan bola sepak Great Britain..tetapi beliau adalah Duta Olimpik London 2012!

ps: budak kecik tu tak sangka berjumpa idolanya!

Tuesday, July 24, 2012

Aksi Giggs sebagai Kapten Great Britain!

Ryan Giggs, si Legenda Man Utd terpilih utk mewakili pasukan bola sepak Great Britain dlm acara Bola Sepak Lelaki di temasya Olimpik London 2012..

Berdasarkan undang2 Olimpik, hanya 2-3 org je pemain lebih umur atau senior dibenar bermain untuk membantu pasukan bawah 23 tahun..

Old Trafford adalah gelanggang HOME bagi Team GB..dan dalam satu aksi persahabatan di antara Great Britain vs Brazil, aksi Ryan Giggs boleh kita saksikan..dlm video ini, beliau ada pada minit ke 1.08!!

Huhuhu, aku ni penyokong tegar Brazil! So of coz video ni highlights kepada kemenangan Brazil! :)


Brazil, dalam edisi Olimpik yang lalu - gagal meraih emas dalam acara bola sepak di sukan Olimpik, meskipun dibantu oleh Ronaldinho..Pingat emas Olimpik adalah merupakan satu-satunya 'piala' yang tidak pernah dimenangi Brazil dalam sejarah kejayaan bola sepak negara Samba itu..

Jadi misi Olimpik London 2012 ini adalah amat besar bagi Neymar dan pasukannya!

Monday, July 23, 2012

Ini Ariel!

Yes, Ariel...ala..Ariel yang ehem2 tuu...haaa...inilah dia..huhuhuhuhu!


Kacak x beliau berjersi Man Utd? Ariel Peterpan, selebriti Indonesia yang pernah menggemparkan persada muzik negara Garuda tersebut dengan skandal seksnya dilihat segak dan tampan dengan jersi away Man Utd season lepas..

Apa2pun semoga apa yang telah dilalui oleh beliau menjadi pengajaran buat kita semua dan semoga Allah memberi hidayah kepada Ariel!

Baju teluk belanga, kain pelikat hitam!

Huhuhu..itu bukanlah merujuk kepada baju raya aku tahun ni..tapi hakikatnya itu jersi away Man Utd utk season 2012/13 ini..

So macam mane? Cantik tak?? Kalo cantik..belilaa...aku kumpul yg home je..Hehehehe..






Salam Ramadan!

Ramadan Al-Mubarak kini tiba lagi. Alhamdullillah..pada ketika entri ni ditulis, kita semua selamat menunaikan ibadah puasa pada 3 Ramadan!

Sukan Malaysia VX Pahang 2012 sudah tamat...maka dengan itu serba sedikit bolehlah aku kembali aktif mengemaskini blog OTT ni, dan sementara tugas2 lain tidak lagi menjengah!

Makanya, dengan itu, aku akan meng'update' segala yang terkandas pada sebelum ini..so, harapnya jangan dianggap ia adalah berita basi..kerana apa sahaja berkaitan Man Utd tidak pernah basi!! Legend!!!


Jadi, apa kata kita layan gol Bebe yg super-RARE baru2 ini! :) Senyummmmmmmmmmmmmm!!!

Friday, June 22, 2012

Rio Ferdy ke Tanah Arab!

En. Rio Ferdinand kita ni nanti akan pergi ke Arab Saudi pada 24 Jun ini bagi melancarkan aplikasi terkini Man Utd oleh Syarikat STC!

Apps terkini ini akan membolehkan fans mengikuti perkembangan United di mana sahaja, dari statistik perlawanan, segala macam info serta gossip terkini, keputusan perlawanan serta berita2 terkini Man Utd!!!

Dan setakat ini, ia hanya boleh didapati menerusi IOS dan Android, lepas tu barulah Blackberry dan Nokia!

Btw, moh kita enjoi video iklan STC bersama Man Utd beberapa season yang lepas....harapnya korang fahamla bahasa Arab ye...



PS: Rindukan aksi CR7!

Sumber: manutd.com!

Kad debit Maybank Man Utd menjadi rebutan!!


Dengan pertambahan jumlah fans Man Utd di seluruh dunia, dengan dianggarkan 8 juta peminat di Malaysia sahaja, Maybank Malaysia melaporkan bahawa permintaan untuk kad debit Man Utd  meningkat secara mendadak!

Malah peningkatan ini dilapor semakin menggila menjelang musim baru BPL 2012/13!! Maybank setakat ini sudah menerima 100,000 permohonan sedangkan jumlah yang dijangka hanyalah 50,000 sahaja!

Kad ini dilancarkan pada 20 April 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya sekali lagi dilancarkan oleh legenda Man Utd Gary Pallister dan Ronny Johnsen di Sunway Lagoon!

Jadi, anda yang masih tidak menukar kad ceri anda kepada kad debit Man Utd...jgn tunggu lagi, kerana terlampau banyak faedah yang boleh anda dapati dengan kad ini, termasuk peluan ke Old Trafford..

Haters, korang tak percaya fakta ini? Silalah baca di sini!

Friday, June 15, 2012

Selamat Datang Nick Powell!!!

Wahhh!! Busy nye akuu!!!

Bukan bz sbb Euro 2012, tp bz dgn kerja hakiki aku! Sehingga tak terkemas kini blog ni..

So, apa2pun..selamat datang Nick Powell ke Old Trafford! Adakah beliau pemakai jersi no. 7? Sama2 kita nantikan!!


Thursday, June 7, 2012

Tunjuk Ajarku Sifu!

Ally Iskandar selaku hos Mentor musim ke-6 memang berbangga menyatakan ke seluruh 1Malaysia betapa beliau adalah antara 659 juta fans Man Utd di dunia.

Gambar ini buktinya..yup, aku dah perasan masa tgk Mentor Separuh Akhir bebaru ni..tapi tak sempat nak snap!


Terima kasih kepada Izadina Berbatov ada kepekaan ini! Tahniah! Eyh...

Kagawa! Asia Untuk Asia! Hahaha!

Kagawa kini sah menjadi milik United! 659 juta fans seantero dunia meraikannya! Dan yg paling gumbira sudah tentunya fans dari Negara Matahari Terbit itu sendiri!

Setelah JS Park membanggakan Asia, Kagawa pula bakal meningkatkan lagi jumlah fans Man Utd di Asia!

Ringkasnya - kekecewaan kerana si bongkak Eden Hazard menyertai Chelsea 100% terubat dengan kehadiran Samurai Biru di Old Trafford!

Buktinya, kami di Malaysia ini sudah pasti bergumbira jua..lihatlah imej janaan photoshop ini - membuktikan betapa excitednya kami..


Dan siapa kata jersi 'alas meja' tidak diterima ramai nanti????

Monday, June 4, 2012

Lee Sharpe Goal celebration!

Awal pagi tadi (4 Jun 2012, 1.25 pagi waktu Malaysia) telah berlangsung perlawanan Corazon Classic Match antara veteran Real Madrid & veteran Man Utd di Santiago Bernabeu!

Perlawanan amal ini menyaksikan legenda2 kedua2 pasukan seperti Andy Cole, Van De Sar, Teddy Sherringham, Luiz Figo, Zidane dan R. Carlos beraksi.

Man Utd tewas 3-2, gol Figo terbaik, skill Cole masih berbisa dan VDS sudah berisi sedikit..tetapi moment yang sangat legend adalah apabila Lee Sharpe meraikan gol penyamaan 1-1 dengan signature celebration beliau..saksikan!



Sangat klasik!!

Friday, June 1, 2012

Demi United, GM tolak Super Bowl!


Yup, impak daripada 659 juta penduduk dunia yang meminati Man Utd, General Motors (GM) syarikat automotif yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini sanggup mengetepikan kontrak tajaan Super Bowl (American Football) yg cukup lumayan!

Agak pelik kerana sebuah syarikat Amerika sendiri meminggirkan 'American Football' dan menaja kelab 'football' sebenarnya iaitu Man Utd!

Hahhaaaa..

So, kontrak 3 tahun ini adalah bertujuan utk mempromosikan rangkaian kenderaan GM seperti Chevrolet ke pasaran Eropah dan yang lebih penting, pasaran ASIA!!!!

Yelah, Super Bowl sape layan?? Orang Asia tak tgk pun 'football' yang main pakai tangan...kan?? Maka utk season akan dtg, segala kenderaan rasmi Man Utd adalah Chevy dan mungkin Rooney atau Nani akan dtg training naik Bumble Bee!

TERBAIK!!!

Justeru, bagi meraikan kontrak penajaan baru ini, Man Utd akan bertemu dgn Shanghai Shenhua dlm saingan Chevrolet China Cup di China pada 25 Julai nanti....

Berita lanjut di sini!

SAF, Chicha, Giggsy & Rooney in the new DHL advert!

Inilah advert DHL - Man Utd! Aku perasan VO perempuan tu mcm yang sokmo baca laporan trafik kat radio Sinar fm!


Thanks Asyraf Shamsuddin!


Thursday, May 31, 2012

Himpunan jutaan fans!!!


Dan ini mmg berjuta-juta!! Ratus2 juta.....!!!!!!

Itulah figure yg diberikan oleh hasil satu kaji selidik yg dilakukan, 659 juta peminat di seantero dunia!!!!!!!

Manchester United! Tidak menjuarai liga season ini, tetapi masih ttp juara di hati penyokong!!! Bangga aku menjadi sebahagian drpd jutaan fans kpd kelab bola sepak terbaik di dunia!!

Tuesday, May 29, 2012

Today 44 years ago!


May 29th 1968: on this day, 44 years ago MANCHESTER UNITED have become the first English club to win the European Cup beating Benfica 4-1 at Wembley. GGMU

Itulah kata2 member aku dlm FB beliau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...