Friday, June 22, 2012

Kad debit Maybank Man Utd menjadi rebutan!!


Dengan pertambahan jumlah fans Man Utd di seluruh dunia, dengan dianggarkan 8 juta peminat di Malaysia sahaja, Maybank Malaysia melaporkan bahawa permintaan untuk kad debit Man Utd  meningkat secara mendadak!

Malah peningkatan ini dilapor semakin menggila menjelang musim baru BPL 2012/13!! Maybank setakat ini sudah menerima 100,000 permohonan sedangkan jumlah yang dijangka hanyalah 50,000 sahaja!

Kad ini dilancarkan pada 20 April 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya sekali lagi dilancarkan oleh legenda Man Utd Gary Pallister dan Ronny Johnsen di Sunway Lagoon!

Jadi, anda yang masih tidak menukar kad ceri anda kepada kad debit Man Utd...jgn tunggu lagi, kerana terlampau banyak faedah yang boleh anda dapati dengan kad ini, termasuk peluan ke Old Trafford..

Haters, korang tak percaya fakta ini? Silalah baca di sini!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...