Showing posts with label Kaki Bola. Show all posts
Showing posts with label Kaki Bola. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Mymanutd @ Kaki Bola TV9!

Setelah beberapa episod, akhirnya Mymanutd menjadi team guest di grandstand Kaki Bola smlm..

Ini adalah sempena Grand MV Man City vs Man Utd yg berlangsung di NSTP Bangsar awal pagi 1 Mei...


Aku tgk sipi2 je Kaki Bola smlm sbb mata ngantuk awal..haha, mcm2 tau jer mata ni kan, pukol 2.30 pg nk kene bangun...get ready nk tgk derby...

Smlm jugak buat pertama kalinya segmen Mencari Ramli disiarkan...sekumpulan remaja berusia 16 tahun mengharungi sesi pemilihan bg melayakkan diri mereka ke Man Utd Soccer School...

 Segmen ini dikendalikan oleh Nas Ahmad, yg juga tetamu Kaki Bola...oh, yer..semalam Bola Gal pakai jersi Away Man Utd season 97 yg kelabu tu woooo..sgt kiut ok!

Tuesday, April 10, 2012

Kaki Bola TV9: Bola Gal, Peter Schmeichel & Gua Kaki Bola NTV7!

Kaki Bola bertarikh 9 April 2012 semalam aku sempat tonton utk setengah jam yang pertama setelah beberapa minggu terlepas...Lagi setengah jam selepasnya aku tengok citer Jackie Chan kat TV3!

Namun sempat jugakla aku tengok kecantikan Intan Ladyana yang hadir sebagai tetamu bersama errr..Kamal Adli, si budak Pekan Pahang iteww..Hehehehee!! Cuma semalam tak sempat nak snap gamba sbb terlalu asyik menonton!


Lama tak tengok, rupa2nya set Kaki Bola dah ada perubahan..Sudah ada tiang goal, sudah ada couch yang menempatkan tetamu, juga ada entrance ala-ala terowong kat stadium (cuma ada curtain hitam menyebabkan ia kelihatan macam tabir sarkis) dan yang paling penting ada Bola Gal yang sangat kiut, yang menjadi pujaan ramai2 kaki-kaki bola yang tak abes2 tweet pasal beliauuuuuu!!!!

Sape Bola Gal tu? Wajahnya iras2 Shila Amzah, membuatkan si E-one Lalang tak senang duduk! Nanti sat gi aku citer..Sebab sebelum tu nak cite sket pasal Intan Ladyana ni, bersama ngn Kamal Adli, beliau menyokong Man Utd; dan meminati C. Ronaldo! Sebabnya ~ Kehenseman beliau...ceyyyy!!

Kamal Adli pulak minat ngan Rooney ~ dan aku setuju ngan pendapat Kamal..sememangnya Rooney adalah key player dalam pasukan Man Utd ketika ini, kerana beliau berada hampir di semua posisi di atas padang semata-mata ingin memastikan United dapat title kali ke-20!!!

Kamal Adli, selaku orang Pahang, kata beliau pernah menyokong Pahang..kemudian dah tak sokong, kerana apa? Kerana satu ketika dahulu pemain import dihentikan...hahaha, alasan...skang ni pemain Import dah ada semula bro...boleh da sokong, Pahang plak tgh perform ni!

Dalam episode semalam jugak, ada sedikit story pasal Peter Schmeichel dtg Malaysia, ulasan beliau mengenai Ferguson serta beberapa muka geng Mymanutd seperti boss mereka, Mr. Masrul pun muncul!


Dan Bola Gal?? Siapakah ini Bola Gal? Sebelum ini, pada satu episode, Kaki Bola pernah menjemput tetamu dari kalangan artis wanita pertama mereka ke studio, iaitu Neelofa, bertitik tolak dari situlah, peminat Kaki Bola mencadangkan perlu adanya hos wanita sebagai penyeri dan yang penting pendapat serta pandangan mengenai sukan bola sepak dari kaca mata seorang wanita..so, pihak penerbitan Kaki Bola pun melakukan pencarian Bola Gal dan akhirnya, Diana Rusdi terpilih menjadi Bola Gal!!!! Dan beliau adalah fans tegar Man Utd!!!!!!!!!!!!!

Diana Rusdi bukanlah muka baru sebenarnya, sebab sebelum ini dia pernah muncul dalam satu program yang hampir sama konsepnya, malah tajuknya jugak pun hampir2 sama..iaitu Gua Kaki Bola menerusi saluran NTV7!!!!

Ini adalah klip yang aku dapat menerusi youtube..so, aku baru perasan yang aku dah type panjang!! Apa kata korang layari youtube dan search Gua Kaki Bola yang selainnya, selain Kaki Bola TV9 ini sendiri...:)




Kiut?

Tuesday, April 3, 2012

Kaki Bola TV9 versi sudah lama tak tengok!


Seingat aku, sudah 3 minggu aku tak menonton Kaki Bola di TV9! Entah apa kesahnya pun aku tatau..hehehe! Maklumlah, sejak dua menjak ni aku agak bizi skett..so, pada waktu malam lepas Isyak, ada sahaja kerja yg aku kena buat atau tempat yang aku kene pergi!

Jadinya, takbleyla aku nak update apa2 mengenainya..namun, segala info mengenai Kaki Bola boleh anda dapati menerusi laman webnya di www.tv9.com.my/kakibola!

Menerusi laman web tersebut korang bley tgk siapakah artis jemputan mingguan, carta Kaki Emas dan juga blog pengacaranya, Kieran!!!!

Kalo menurut laman web tu, episod minggu ini Wahid dan si Bell Ngasri hadir sebagai tetamu...Bell siap pakai jersi United lagi..hehehehhee..

Insya Allah minggu depan aku akan tengok Kaki Bola ni bagi berkongsi cerita berdasarkan perspektif aku! Jeng Jeng!!!

Wednesday, March 14, 2012

Naz & Dira di Kaki Bola TV9! (versi bebelan panjang!)

Dalam rancangan Kaki Bola TV9 baru2 ini, hanya Kieran berseorangan sahaja yang mengendalikan show, manakala En. C-Lan Paul tiada kerana masih berada di Kuala Terengganu..dan khabarnya, C-Lan 'segan' nak datang gara-gara kekalahan 2 kali Liverpool! Hahahaha..


But the show still going on and two guests were invited! Both are TV show host, Naz and Dira! Naz ni banyak program dia pernah jadik host, tapi Dira hanya dikenali melalui program Melodi!


Naz ialah penyokong tegar Arsenal, begitu jua Dira! Cuma yang tak bestnya Dira tu dia anti-Man Utd! Obvious dohhh!! And even some of her statement masa interview tu sangat2 menyekikkannn!! I mean it's good to be obvious..but not that obviousss! Hahahahahaha!!


Her statements like, "Saya tak suka Man Utd sbb player dia macam giler glam giteww!!" dan "Lagipun fans dia macam over..dengan perempuan pun ramai minat Man Utd!"...WTF!??? Seriously Dira????

Duhhhhhhhhhhhh!!!

Di grandstand Kaki Bola, macam biasa, Team Malaysia sebagai home team manakala a bunch of unknown Man Utd fans plak sebagai team away! Yg ni aku kurang setuju sket..I mean, mereka ini bukanlah dari mana2 grup fan club jika tak silap..ok, tidak mengapa..tapi kelihatan seperti Kaki Bola ketandusan team away yang boleh memeriahkan grandstand kerana kerap dikitar fans yang sama..


Walaopun wajah2 yang ada kat grandstand itu berlainan, tetapi mereka still fan Man Utd..of coz, ini sangat positif dari satu sudut sbb menampilkan betapa ramainya bala tentera penyokong Man Utd di Malaysia..tetapi dari sudut yang lain, fan rival akan cakap..asyek Menyuuuuu je...bosan aku, lalu ditekan remote ke cenel lain..

Perbualan pasal bolasepak pun tak universal, just terarah hanya kepada pasukan yang sama sahaja setiap minggu..sedangkan terlalu banyak lagi liga serta kejohanan dunia yang boleh dibincangkan..

So, why not Kaki Bola stop jemput mana-mana big four punya fans..then lebihkan fans liga tempatan, atau fans La Liga, atau mungkin pasukan bola sepak kampung atau liga bawahan barangkali..tentu cerita mereka berlainan, pendapat pun berlainan, idea pun berbeza?? Kan??

Dan buka skop perbincangan melangkaui benua, cite pasal liga Sepanyol, liga MLS, liga Jepun atau mungkin liga Indonesia sendirik..kan?

Just an opinion..


Anyway, pada episod kali ini, Dira si Anti Man Utd berjaya mengutip 1 mata dalam cabaran Kaki Emas manakalan Naz, 0!

Tuesday, February 28, 2012

Joe Flizzow & Faiz di Kaki Bola TV9!


Semalam, Joe Flizzow dan Faiz menjadi tetamu Kaki Bola di TV9! Aku respek Joe Flizzow kerana datang memakai jersi Harimau Malaya yang tertera nama Safee 10 sertai dipenuhi dengan tanda tangan para pemain! Memang terbaikk!!!


Manakala Faiz, seorang pengacara dan pelakon pula hadir menemani C-Lan Paul, yang baru sahaja gembira dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup! Yup, dia berbaju Liverpool malam tu!


Tetamu di grandstand pula adalah dari Seladang FC iaitu Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Perak dan Kelab Penyokong Tottenham Hotspurs Malaysia!



Well, topik semalam berkisar ttg perlawanan Malaysia dan Jepun baru2 ini, selain kejayaan Liverpool membawa pulang Carling Cup setelah menewaskan Cardiff City dalam perlawanan akhir di Wembley baru2 ini..




Reaksi Joe Flizzow selepas berjaya mengutip 8 markah!

Dan pada episod kali ini juga, buat pertama kalinya, dua orang selebiriti berjaya meletakkan nama dalam ranking Kaki Emas apabila kedua-duanya dapat mengutip 8 markah seorang ketika segmen tersebut!


Semalam jugak ada segmen baharu, iaitu segmen Refree Ahmad Kayu, yang membincangkan serta berkongsi ilmu undang-undang bola sepak FIFA! Refreenya pun Eone sendirik..hahaha!!


Oh ya, berita baik jugak utk para gadis! Anda yang rasa2nya diri anda berbakat dalam bidang pengacaraan..dan yang paling penting, ada knowledge yg tinggi dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa, Kaki Bola inginkan anda..ujibakat akan diadakan pada 3 Mac 2012 nanti..segala maklumat, layari www.tv9.com.my!

Oh, ya..skrang ni pun dah ada yang upload Kaki Bola ni kat youtube..so sape2 yang terlepas episod2 sbelum ni..silalah tengok yer..kat tonton.com.my pun ada!

Tuesday, February 21, 2012

Luqman, Fizo Omar, Ong Kim Swee & Apex di Kaki Bola TV9!

Kaki Bola TV9 semalam memasuki episod ketujuh, dan rasanya, tetamu jemputan semalam adalah yang paling ramai kalau tak silap..bukan 2, bukan 3, tetapi 4 org tetamu yg merupakan selebriti tanah air dari dua bidang iaitu bidang seni dan sukan!


Semalam jugak, ketiga-tiga pengacara memakai jersi Panthera Team Malaysia! Rasanya lebih cantik dan lebih seragam! Harapnya dapat dikekalkan sokmo macam ni, baru meriah! Atau sekurang2nya ada jersi atau baju khas kaki bola!


Utk round pertama, Kaki Bola menampilkan selebriti dari bidang seni iaitu Luqman, seorang pengacara Nasi Lemak Kopi 'O' yang jugak model bagi iklan 'berhenti merokok' Niquitin dan Fizo Omar, seorang pelakon terkenal!



Fizo hadir memakai jersi Man Utd season 09/10 manakala Luqman lebih selesa memakai jersi Malaysia! Topik yang dibincangkan macam biaselah, mengenai perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa, antaranya keputusan Piala FA Malaysia dan pastinya membikin fans Arsenal panasss...adalah prestasi buruk Arsenal sejak akhir2 ini!


Dan sebab itulah pasukan 'guest' di Grandstand Kaki Bola adalah dari Kelab Penyokong Arsenal Malaysia! Mcm beselaa..'tembak-menembak' pastinya ada...tapi masing2 cool jeeee tahan jiwa! Hahahahahhaaa...


Bagi round kedua pulak, giliran selebriti bola sepak pulak mengambil alih..kali ini Coach Ong Kim Swee dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex plak menjadi tetamu..fokus perbualan terarah kepada perkembangan pasukan Harimau Muda menjelang perlawanan kedua menentang Jepun dalam Kelayakan Olimpik 2012!


Tapik spring kpd coach sebab penggunaan Bahasa Melayunya cukup tersusun, tertib dan mudah difahami meskipun beliau berbangsa Cina! Terbaikkkkk!!!



Dan segmen wajib, Kaki Emas..macam biasa tetamu jemputan dikehendaki menendang bola ke arah lubang markah yang disediakan dan pada episod kali ini, Apex menyertai ranking Kaki Emas dengan berjaya menyumbat sebijik 'gol' ke lubang 8 markah...yang lainn...sipi-sipi jee...


So, cadangan akulah sekiranya Mr. Kieran baca blog ini, apa kata jika diadakan secara rasminya segmen kuiz dengan menyediakan hadiah2 yang lebih menarik seperti jersi Harimau Malaya atau pun mana-mana jersi original pasukan lain atau barangan futsal sumbangan mana-mana syarikat pengeluar barangan sukan..


Atau suruh je si E-one tu menjelajah ke stadium di setiap negeri setiap kali perlawanan Liga Super atau Liga Perdana berlangsung! Barulah feel di lokasi perlawanan itu dapat rasa..bertemu dengan Ultras2 di setiap negeri..interviu diorg, buat game atau trivia kuiz..dengan cara ini, aku rasa rating Kaki Bola akan naik, matlamat program ini pun sampai...kan???? Barulah Kaki Bola!!!!!

Wednesday, February 15, 2012

Neelofa & Zain di Kaki Bola TV9!

Kaki Bola TV9 siaran 13 Februari yang lalu buat pertama kalinya menampilkan artis wanita sebagai tetamu jemputan! Tidak lain dan tidak bukan, NEELOFA!!! Weehooo!! Oh, yer..dan juga Zain yang dulunya anggota Ruff Edge!


Seperti dijangka, topik mengenai kemenangan Man Utd ke atas Liverpool menjadi perbualan dan macam biasalah, banyak citer2 lucu yang disampaikan oleh kedua-dua pengacara, iaitu C-Lan Paul dan Kieran!

Untuk pertama kalinya, dalam siaran Kaki Bola, Mr. Kieran kita menyarungkan jersi Man Utd! Nampak katang body Mas Kieran kita..hahahahaa..


Team 'home' utk episod kali ini ialah Selangor United iaitu sebuah kelab penyokong Selangor yang diketuai oleh seorang pakcik yang sangat sempoi..banyak knowledge pasal bola sepak tempatan dan antarabangsa dan seorang yang tersipu-sipu malu apabila disakat oleh Neelofa..Hahaha!


Manakala team 'away' pula adalah penyokong-penyokong Newcastle United iaitu Toon Army Malaysia..dan macam biasa, kehadiran kedua-dua kumpulan ini menimbulkan suasana gamat di grandstand Kaki Bola yang dikendalikan oleh 'Si Lalang' iaitu E-One!


Neelofa ketika ditanya pasukan manakah yang disokongnya, pada awalnya berahsia..namun beliau mendedahkan bahawa player antarabangsa yang diminati adalah Wayne Rooney! Ketika diminta meneka nama pemain, Neelofa mampu menjawab dengan tepat Messi, tapi teragak-agak nak menjawab Rooney dan Safee Sali sebab katanya, dia rabun...tapi Beckham terus fail! Tak dapat jawab!


Kedua-dua selebriti ini gagal menyempurnakan game Kaki Emas...Si Zain ni out terus, tapi Lofa adalah sipi-sipi nak masuk...Hehehe..


Sebelum mereka beredar, Neelofa akhirnya kasitau jugak bahawa beliau adalah fan Man Utd!! Wohohoooo..


Apa-apa, korang sokmo2lah tengok Kaki Bola di TV9 kay..Hehehe, free promo ni!




Tuesday, February 7, 2012

UPDATE PEMBETULAN: Aizat dan Akim di Kaki Bola TV9!

PEMBETULAN: Terima kasih kepada dua pengomen kita yang membetulkan nama Malaysian Blues Army Supporters (MBAS) dan bukannya Malaysian Blues Army (MBA). :)

Kaki Bola episod 5 di TV9 semalam menampilkan dua orang lagi selebriti tanah air yang menyokong Man Utd, iaitu Aizat dan Akim!


Sebenarnya semalam aku tak tengok sangat, sebab orang rumah aku tengok citer Telemovie Khas Maulidur Rasul: Telekung Buat Mama kat TV3 smlm..

Aku tengok time iklan je, itu pun kejap2..tapi yang pastinya Kaki Bola semalam berkisarkan ttg game Chelsea vs Man Utd..malah fans Chelsea dari Malaysian Blues Army Supporters pun turut dijemput sebagai guest!


Penyokong Chelsea ini bukan ber'shuffle'..tapi dia sdg challenge Akim juggling!


Aksi Kieran sewaktu didenda cuci kereta fans Liverpool!


MBAS sebagai guest!

Tuesday, January 31, 2012

Liverpool vs Man Utd di Kaki Bola TV9!

Rancangan Kaki Bola di TV9 sudah pun 'berusia' 4 episod semalam. Dan episod semalam adalah merupakan episod yang sangat sedeyhhh kepada semua fans Man Utd!!!

Kesedihan Kieran 'dipujuk' oleh C-Lan...

Mana tidaknya, pada episod semalamlah, C-Lan Paul selaku pengacara dan fans Liverpool kaw2 bagi kat Kieran! Dan lebih sedeyh lagi, Kaki Bola smalam sekali lagi menjemput Apai dan geng2 Liverbirds semalam di 'grand stand' Kaki Bola!!!! Dengan chant dan sorakannya, kaw2 Man Utd kena semalam! Semuanya gara2 kekalahan Man Utd kpd Liverpool dalam saingan FA Cup!


Aku sendiri semalam berbuluuuuuuuu jer bila tengok muka budak2 Liverbirds semalam..tapi hakikat kena terima, so, senyum2 kelat je la semalam, walao hati di dalam siapa yang tahu..Heheheheh!!

Tapi semalam, sekali lagi jugak Malaysian Red Devils dijemput jadi team 'guest'! Well, sekurang2nya tidaklah di Kieran terkontang-kanting sorang2 mempertahankan maruah United..kiranya semalam berbalas2 chant jugakla mereka.. Havoc jugakla!!



Kaki Bola semalam juga menjemput 2 orang tetamu, kedua-duanya penyokong Man Utd iaitu Aidid Marcello dan Black Mentor..sudah tentunya kehadiran mamat dua orang ini menambah lauk buat C-Lan untuk menghentam Man Utd habis2an..Hehehehehhee...keadaan bertambah panas apabila kedua2 penyokong pasukan saling cabar mencabar utk berlawan futsal pada 11 Februari 2012 nanti, bersempena dengan perlawanan kedua BPL Man Utd vs Liverpool...


Aidid Marcello steady pakai jersi Man Utd!

Kata Black, jersi Man Utd dia basuh..Hehhehehe..

Tercabar dengan cabaran tersebut, maka C-Lan dan Kieran akhirnya telah menetapkan satu perlawanan futsal antara Man Utd dan Liverpool pada hari tersebut. Oh, ye..sebelum ni Kieran dah kalah betting ngan C-Lan dan terpaksa mencuci lima buah kereta fans Liverpool dalam satu cabaran di Hot FM!!

Boss MRD..

Macam kenal..tapi di mana ya!?

Fans United yg diinterbiu selepas kekalahan..

Aidid & Black ketika cabaran segmen Kaki Emas..

Tapi malangnya kedua-duanya gagal!!

Anyway, Kaki Bola semalam memang terhibur! Cuma harapnya selepas ini, Kaki Bola slowkan sikit berbincang pasal liga BPL, fokuskan pulak liga tempatan macam menjemput penyokong2 atau ultras-ultras negeri plak..kerana mereka ini sebenarnya pejuang bola sepak negara yang terus setia memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan bola sepak tempatan!

Majulah sukan untuk negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...