Showing posts with label Retro. Show all posts
Showing posts with label Retro. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Selangor vs Man Utd!

Seseorang telah meng'upload' gambar ini di salah satu grup fans Man Utd di FB! Wow, sgt retro dan sgt klasik!

Aku rase jika keratan artikel ini dijaga rapi dan dibingkai...pasti nilai2 retro dia akan lebih mahal!!!


Friday, April 20, 2012

Retro: Peter Schmeichel at his best!

Aku tak berpeluang untuk berjumpa Great Dane ketika beliau berkunjung ke KL baru-baru ini. Boring petang-petang begini, aku melayan video klasik koleksi 'save' terbaik Schmeichel sepanjang beliau bersama United!


Thanks Peter! So, yang dah layan..layan lagi! Tak boring!!

Tuesday, April 10, 2012

Retro: CR7 We Miss You!

Sememang ini bukanlah statement berbaur Gay! Tetapi sungguh aku merindukan 'gelekan kaki' serta 'tarian tubuh' Cristiano Ronaldo! Selepas beliau, tiada lagi yang mampu menyarung jersi No. 7, hatta Owen sekali pun!!!

Enjoy some of his 'movements' during his early appearance with United! CR7 We miss you!!!!


Maaf, kualiti visual kurang memuaskan...tapi itu jelah yang agak terbaik dalam youtube!

Thursday, March 29, 2012

Retro: Man Utd Pepsi Advert!


Pertama sekali, seingat aku, iklan ini memang tak pernah ada kat TV Malaysia..tapi apa yang membuatkan aku sangat suka akan iklan ini ialah ia menampilkan pasukan Manchester United lewat 90an! Salah satu line-up yang sangat legend!!!!

Yup, iklan ini aku pikir semua orang dah tengok..tapi aku tetap nak post jugak. Just enjoy it again and again..dan lihatlah betapa rindunya anda terhadap mereka semua!!!! Legend!!!

Wednesday, March 7, 2012

Bloody Devils!

Sebahagian drpd foto berdarah pemain Man Utd, dikongsi dalam blog whoateallthepies.com!


Nemanja Vidic selepas bertembung dengan Drogba!


Davey Becks ttp maintain macho!


Thursday, February 23, 2012

Retro: Man Utd vs Singapore Young Lions!

Persaingan Liga Super bagi musim 2012 ini menyaksikan pasukan Singapura sekali lagi memeriahkan bola sepak tempatan.

Kali ini, pasukan Singapore Lions 12 atau boleh juga dinamakan sebagai The Young Lions bermain dalam liga tempatan. Bagi sesetengah peminat bola sepak tempatan, mereka tidak bersetuju..tetapi ada jugak yang berpendapat bahawa ini adalah sesuatu yang positif bagi 'memprestijkan' Liga Malaysia..hmm..aku tatau..

Dan sebagai balasan, Harimau Muda A kita pula bermain di Liga Singapura! Oklah tu..kira mcm pertukaran belia antara dua buah negara la kan...

In fact, The Young Lions sebenarnya bukanlah calang-calang pasukan..kerana The Young Lions sebenarnya pernah menjadi satu kuasa besar bola sepak Asean atau sekurang2nya pernah menjadi saingan kepada pasukan-pasukan bola sepak di rantau Nusantara, termasuklah Malaysia..

Malah, pada tahun 1986, Manchester United yang muncul juara Piala FA England pernah mencabar The Young Lions dalam aksi persahabatan sempena dengan jelajah Asia mereka.

Berikut adalah posternya..klasik kan!? Btw..ada sesape tau keputusannya..sebab aku tak jumpa rekod keputusan perlawanannya..


Klik utk besarkan gambar!

Monday, February 13, 2012

Retro: Man Utd 1982/83 Squad!

Enjoy some retro photo of the retro Man Utd squad! :) Sedar tak sedar da 30 tahun eik?


Click for bigger image.

Thursday, February 2, 2012

Retro Movie: Dari Jemapoh Ke Manchestee!

Smlm aku balik ke umah mak aku..dan waktu nak solat, aku masuk ke dalam 'bekas' bilik aku untuk bersolat..Selesai je solat, aku tinjau2 sekeliling sambil mengimbau kembali nostalgia lama, dan aku terjumpa kaset soundtrack filem 'Dari Jemapoh Ke Manchester'!

Lantas otak aku membawa ke filem tersebut, yang bagi aku sangat-sangat rare sekarang ni!!

Ok, filem Dari Jemapoh Ke Manchester ni, bagi mereka yang tak tau..adalah merupakan filem indie yang low budget, tapi superd arahan Hishamuddin Rais sekitar 1998 kalo tak silap!

Namun filem ini hanya ditayangkan kepada umum pada tahun 2001! Sebabnya, filem ini quite kontroversi jugaklah sbb pengarahnya tu seorang yang boleh dikira banyak membangkang! Hahhaa..and no wonder citer ni pun penuh dengan kritikan sosial, secara direct ataupun indirect! Aku ngan geng aku sempatla tengok wayang citer ni..

Pelakon yang digunakan oleh Hishamuddin Rais pun semuanya rare, jenis muka2 yang tak pernah nampak dalam mana2 citer pun! Lagu2 soundtracknya juga adalah lagu2 dari kumpulan Indie yang banyak mewarnai scene underground music waktu tu seperti Carburator Dung!!

Berikut adalah sinopsisnya yang aku petik dari wayangmalaysia.wordpress.com:
Filem yang berlatarkan zaman 70-an ini mengisahkan dua anak muda Yadi dan Mafiz dari sebuah kampung di Jemapoh, Negeri Sembilan dalam perjalanan ke England untuk mencapai hasrat masing-masing. 
Yadi ingin ke Manchester untuk melihat bintang bola sepak kesayangannya George Best sementara Mafiz ingin mencari ayahnya seorang kelasi yang dikatakan berada di Liverpool. 
Dalam perjalanan itu, banyak halangan pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mereka bertemu dengan beberapa watak seperti penyanyi mencari kekasih dan gadis yang lari daripada perangkap bapa ayam.

Bagi aku, filem ini mmg satu khazanah dalam industri perfileman tanahair yang ternilai! Memang tak jumpa da VCD dia ni..kalo nak tengok pun, kena tgk kat youtube..Nah, kalao korg sanggup tunggu loading silakan..jika tidak, tekan je kat video tu dan dia akan link terus ke youtube ikut part..SOPA? Cuihhhh!!!


Wednesday, February 1, 2012

Retro Tour! Man Utd vs Sabah!

Man Utd sebenarnya kerap datang ke Malaysia sejak dulu lagi, terkini pada tahun 2009 dan khabarnya, tahun ini, The Red Devils akan sekali lagi berkunjung ke Malaysia..harap2lah!

Kebiasaannya Man Utd akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pilihan Malaysia setiap kali tour mereka..cuma untungnya fans di Malaysia ni, pada tahun 2009, Man Utd menguji skuad Malaysia 2 kali selepas mereka membatalkan tour mereka ke Indonesia disebabkan faktor2 keselamatan..

In retro, Man Utd pernah menentang Pasukan Pilihan Sabah! Naiss..ini posternya!

Sempoikan?

Friday, January 27, 2012

Retro: Man Utd vs Liverpool FA Cup Clash!

Man Utd akan bertandang ke Anfield bagi pusingan keempat FA Cup esok (28 Januari 2012)..

Mari kita lihat sedikit gambar bersejarah bertembung klasik Man Utd - Liverpool ini dalam FA Cup pada tahun 1996!


Eric 'The King' Cantona melakukan volley pada minit ke 86 perlawanan bagi memastikan United menang ke atas Liverpool pada saingan akhir FA Cup 1996 di Stadium Wembley..Selepas itu Cantona pun bersara...


Tapi yang menariknya pada tahun itu, para pemain daripada kedua2 pasukan sebelumnya memakai suit di atas padang sambil beramah mesra..kira macam menghadiri cocktail party la..Hahaha..pemain Liverpool memakai suit tajaan Armani berwarna krim..styleeeeeeeeeeeee...


Apa2pun perlawanan Man Utd dan Liverpool senantiasa KLASIK!!!

Thursday, January 26, 2012

Just an old Umbro ad with Sir Matt Busby!


Ini adalah merupakan sekeping naskhah iklan pada sekitar tahun 1958 yang mempromosikan Umbro sebagai penaja kepada kelab-kelab bolasepak dan ragbi, termasuk Man Utd.

Umbro mula menjadi syarikat pengeluar sukan yang pertama menaja Man Utd, bermula tahun 1955. Sir Matt Busby adalah antara individu yang bertanggungjawab 'memperkenalkan' Umbro kepada Man Utd ketika itu..

Dalam iklan berwarna ini, kita dapat lihat bahawa design V-neck pada jersi Man Utd itu direka oleh Sir Matt Busby sendiri..naisss...!!

Umbro adalah merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan sukan yang berpengkalan di Cheadle, Greater Manchester, England dan pada zaman itu, kira Umbro ni salah satu produk sukan yang branded laa..Nike zaman tu tak wujud lagi..saingan pada Umbro ketika itu pun Adidas..


Dan disebabkan itu Umbro hanya menaja team yang Champion! Haha!


Friday, January 20, 2012

Just 19 year-old George Best!


Trade card game mmg dah lama wujud. Kalau kat US, baseball trading cards era 50's mmg menjadi buruan peminat tegar hobi mengumbul barangan sukan ni.

Di atas adalah trade card George Best ketika beliau berusia 19 tahun dulu! Mmg rare!!

Wednesday, January 18, 2012

Retro: Just an old newspaper!


This is an old newspaper cutting from the year 1956, reporting that Man Utd won the 4th league title! As you can read, the whole of Manchester was celebrating the victory, even the newspaper itself, Evening Chronicle, printed the masthead in red!

And also, two pages of Man Utd souvenir pictures inside the paper! What a happy day it was then!

The championship marked United's domination in English football as they won it twice in a row!

Friday, January 6, 2012

Old Crest Sticker! Without The 'Setan'!


Ok, aku suka logo Man Utd classic ni sbb ia nampak begitu simple..dan ketiadaan 'setan' di situ menyebabkan ia 'mudah diterima dalam kalangan masyarakat', jika anda faham apa yang aku maksudkan..

Dulu kat keter aku, aku tampal stiker plastik logo Man Utd besar kat cermin belakang..satu hari aku singgah di sebuah surau..lepas je solat, dtg sorang pakcik ni, kebetulan keter aku parkir sebelah keter beliau..beliau nampak je logo Man Utd tu, terus dia tegur aku.."Dik, awok letak gambo setan buat mende?" dalam loghat Pahang sejati..

Aku tak saspek pakcik tu haters! Haha, but..a point there..beselaa, org tua.

Kat taman perumahan aku ade sebijik kete Wira, pun ada logo Man Utd jugak kat cermin belakang..cuma, pada logo tu ada satu kekurang, iaitu, setannya dibuang...tapi aku tau brader tu fan hardcore United!

So, bagi mengelak kejadian yg sama berlaku lagi dan bagi menghormati sensitiviti warga emas, aku pun tempah stiker logo Man Utd old skool punya!


Yup, warnanya lain sebab dulu aku jumpa dlm internet gambar warnanya mcm ni..search baru2 ni, jumpa gamba berkaler!

Just Eric Cantona!


Eric 'The King' Cantona is the main, biggest reason I supported Man Utd! This photo was taken on 26th November 1992, his early year with Man Utd!

Anyone notice that Man Utd away kit looks like celoreng PLKN? Hehehe!

Thursday, January 5, 2012

Random Man Utd Player!


Nope, itu adalah Paul Ince, menyarungkan jersi pada perlawanan 2nd Leg menentang Galatasaray di Al Sami Yen Stadyumu, Istanbul ketika saingan UCL musim 1993/94!

Malangnya United terkandas kerana perlawanan tersebut berkesudahan seri 0-0! Pada perlawanan pertama kedua2 pasukan juga terikat 3-3 di OT..Galatasaray layak kerana away goal!

Wednesday, January 4, 2012

Dion Dublin!


Aku jalan2 dlm dunia maya, dan terjumpa this photo!

Dion Dublin, pemain baru yg dibeli Man Utd dgn harga GBP1 juta pd 7 Ogos 1992, bersama Alex Ferguson! Yg lawaknya topi yang dipakaikan oleh Fergie tu mcm tak senonoh sangat..haha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...