Showing posts with label Celebrity Fan. Show all posts
Showing posts with label Celebrity Fan. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Alex Morgan fan Man Utd!


Anda kenal gadis ini? Ya, Alex Morgan...anda kenal beliau?? Beliau adalah pemain bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat! Beliau adalah antara ikon bola sepak wanita di US dan pernah membantu pasukan wanita US dalam Piala Dunia Wanita baru2 ini..

Dalam satu gambar yang diupdate menerusi laman twitter beliau, Morgan kelihatan sangat kiut memakai jersi Man Utd Gingham..

Now ladies and gents, ternyata jersi United terkini bukan alas meja. Sekian!!




Wednesday, May 2, 2012

Safee Sali sudah..Anda?


Yup, beliau sudah mendaftar sebagi ahli Mymanutd - sekaligus melancarkan kit rasmi Mymanutd bersama tajaan Mister Potato!


Semakin meriah Mymanutd! Untunglaaa!!!


Jangan kecewa! Mesti terus bersemangat!!

Janganlah murung dengan kekalahan 1-0 kpd Man City! Memetik kata-kata seorang rakan FB, yang lebih kurang mcm ni la bunyiknya.."Kita kalo tak dapat piala pun baru satu season miss, City tu tunggu 40 tahun woo!!"..

Ada kebenarannya kan?? Rileks..tenang2 sudah...Moh, bina kembali semangat bersama Jac Victor!!! Superbb!!!


Manly tearss!! Dem!!!

Monday, April 30, 2012

Hepi Befdae!!


Ohohoh..ini bukan kek befdae aku, sebab befdae aku lambat lagi..bulan 9..ini kek yang di'surprise'kan oleh celebrity terkenal tanah air, Sazzy Falak kepada suaminya! So sweet!!! Tak sangka Sazzy Falak dan suami adalah fans Man Utd!!!

38 tu adalah usia beliau!! Hehehee..apa-apa pun aku mmg suka Sazzy Falak! Dan setiap update FB beliau pun cam sweet dan very 'down to earth'! beliau adalah seorang yang sangat nice dengan peminat beliau!

Anyways, happy birthday to Nazril Idrus!!! GGMU Bro! City kita kasik hancuss! Hahahaa!!!

ps: Aku just 'follow' FB Sazzy Falak je..


Friday, April 27, 2012

BEAUTIFULNARA!



Opss..jangan marah semua peminat blog hiburan Beautifulnara yang tetiba je search google image, tersangkut masuk ke blog ini..

Hehehe...just nak sharing, brader yang tengah pegang dua bungkus Maggi ini adalah penulis atau pun tuan tanah kepada blog hiburan yang agak femes di alam maya ini, En. Nara...atau nama sebenarnya..En. Nara! Hehehehhee...

Blog beliau, www.beautifulnara.com sememangnya banyak menampilkan cite2 sensasi artis tempatan dan antarabangsa..aku pun sebenarnya kaki beautifulnara jugakkk..hahaha, tapi cite yg paling aku suka baca adalah cite2 pasal bab artis kantoi seksi2 ni! Tehehehehehehe!!!

Abang Nara adalah seorang fans Man Utd! Jelas di situ kan? So, jika anda nak tau citer pasal Neelofa, Rozita Che Wan atau Fasha Sandha..ahh, silalah ke blog beliau eik...blog aku ni citer pasal Man Utd je...tade gossip pun...

Monday, February 27, 2012

Yusri & Lisa Surihani!


Satu Malaya sudah mengetahui bahawa Lisa Surihani kini adalah Lisa Suri Yusri! Jejaka-jejaka forever alone di luar sana sila berdukacita! Hehehehee..

Tahniah diucapkan! Cuma satu fakta menarik mengenai pasangan selebriti ini ialah, kedua-duanya fans United!!


Dengar khabarnya mereka akan berbulan madu ke Eropah..so alang2 tu..ke OT la kot..Hehehehe..


Semoga kekal bahagia di bawah rahmat Illahi! :)

Sunday, February 12, 2012

Seronoknya Tomok & Mirnawan!!!

Tomok dan Mirnawan Nawawi adalah antara ribuan penyokong Man Utd yang menyaksikan pertembungan klasik Man Utd vs Liverpool di Old Trafford!


Tomok dibawa oleh Mister Potato ke sana..aku sangat jeles, kerana game ini sememangnya superb dan mereka dapat melihat dengan mata kepala beliau sendiri insiden Evra dan Suarez! Terbaikkk!!!


BTW, aku tak sure sama ada mereka terserempak kat sana atau mereka memang kebetulan amik gambar kat tempat yg sama.

Gambar daripada FB Tomok Indra One dan Mirnawan Nawawi.

Thursday, February 9, 2012

Ummi Nazeera: Errr..citer gossip artis sikit boleh tak?

Aku minat Ummi Nazeera, selain cantik..lakonannya juga mantap! Malah pada aku, wajah Ummi ni memang nampak redup..mungkin sbb mata beliau kot..Hehehe..

Bagi aku, watak Ummi dalam citer Hikayat Merong Mahawangsa mmg sesuwaiiii..sbb Ummi memiliki wajah keMelayuan klasik..Walaupun demikian, aku tak follow sangat kisah beliau..

Tapi gossip yang aku petik dari laman blog beautifulnara.com ini adalah berkaitan Ummi Nazeera yang khabarnya skang ni study kat Australia eik??? Dan dulu jugak beliau pernah couple ngan jejaka idama Malaya, Remy Ishak kan?? Lepas tu putus dengan penuh kontroversikan??

Skang ini Ummi ada bf baru, nama Aizat..


Petikan menarik dari laman blog tersebut:
Disebabkan si Aizat ini pakai baju Manchester United, Abang Nara percaya Ummi Nazeera telah membuat pilihan yang tepat. Selalunya fans Manchester United memang baik-baik orangnya. Dan dengar cerita Ummi Nazeera dan Aizat sudah pun berfikir mengenai kehidupan berumahtangga. Semoga urusan tersebut dipermudahkan.
Problem?? Hehehehhe..Mungkinkah Ummi pun fans Man Utd?

Untuk gambar yang lebih banyak, silakan ke blog beautifulnara.com!

Monday, January 16, 2012

5 Soalan Bersama: Mirnawan Nawawi!

Siapa yang tidak kenal Mirnawan Nawawi? Bekas pemain hoki Negara yang banyak memberi sumbangan dalam menaikkan imej negara di persada sukan dunia! Dengan pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa yang telah beliau sertai, Mirnawan sememangnya boleh dianggap sebagai legenda sukan hoki negara!


Dan satu perkara menarik yang aku nak kongsikan bersama, brader Mirnawan kita rupa2nya mmg fan Man Utd tegar! Bangganya aku haha! Lebih membanggakan lagi apabila Saudara Mirnawan sudi berkongsi tentang minat beliau terhadap Man Utd melalui 5 soalan yang aku aku ajukan menerusi facebook beliau! Nice!

1. Bilakah Saudara Mirnawan mula meminati Man Utd?
Sejak sekolah menengah, pada tahun 1984 kalau tak silap..tapi minat kepada United lebih mendalam pada tahun 1988, iaitu selepas tamat sekolah menengah!

2. Siapakah player favourite Saudara Mirnawan?
Wayne Rooney & Paul Scholes! Ex-player pun ramai jugak yg saya minat..

3. Apakah koleksi peribadi Saudara Mirnawan?
Setakat ni, adalah 3 helai jersi Man Utd ngan beberapa helai t-shirt Man Utd..selain drpd tu, beberapa keping gambar masa melawat Old Trafford..dan yang paling best, gambar ngan Gary Neville!

4. Selalu join MV? Atau biasanya tengok match katner?
Currently baru join Mymanutd..so dah pernah join MV 4 kali ngn Mymanutd..kalo tak pun tgk kat Arena Cafe Wangsa Maju je..

5. Ok, apa aktiviti terkini Saudara Mirnawan?
Selepas bersara, saya melanjutkan pengajian dalam Business Administration (MBA) pada tahun 2002. Now, saya mengusahakan sebuah perniagaan sendiri, selain menjadi Pengurus Pasukan Hoki Remaja Malaysia dan Penasihat Pasukan Hoki Universiti Kuala Lumpur dan juga menjadi Duta Saluran Astro Arena 801!


Yup, itu dia secara ringkas apa yang dikongsikan oleh Mirnawan Nawawi bersama dengan kita fan Man Utd semua!! Semoga Mirnawan terus suksesss dalam apa jua yang beliau lakukan!! So, next time, kalau ada kesempatan, bolehla kita berMV bersama Mirnawan Nawawi di Arena Cafe! Hehehhee..

Insya Allah, nanti aku 'jemput' selebriti lain plak...Tedengg!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...