Monday, January 16, 2012

5 Soalan Bersama: Mirnawan Nawawi!

Siapa yang tidak kenal Mirnawan Nawawi? Bekas pemain hoki Negara yang banyak memberi sumbangan dalam menaikkan imej negara di persada sukan dunia! Dengan pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa yang telah beliau sertai, Mirnawan sememangnya boleh dianggap sebagai legenda sukan hoki negara!


Dan satu perkara menarik yang aku nak kongsikan bersama, brader Mirnawan kita rupa2nya mmg fan Man Utd tegar! Bangganya aku haha! Lebih membanggakan lagi apabila Saudara Mirnawan sudi berkongsi tentang minat beliau terhadap Man Utd melalui 5 soalan yang aku aku ajukan menerusi facebook beliau! Nice!

1. Bilakah Saudara Mirnawan mula meminati Man Utd?
Sejak sekolah menengah, pada tahun 1984 kalau tak silap..tapi minat kepada United lebih mendalam pada tahun 1988, iaitu selepas tamat sekolah menengah!

2. Siapakah player favourite Saudara Mirnawan?
Wayne Rooney & Paul Scholes! Ex-player pun ramai jugak yg saya minat..

3. Apakah koleksi peribadi Saudara Mirnawan?
Setakat ni, adalah 3 helai jersi Man Utd ngan beberapa helai t-shirt Man Utd..selain drpd tu, beberapa keping gambar masa melawat Old Trafford..dan yang paling best, gambar ngan Gary Neville!

4. Selalu join MV? Atau biasanya tengok match katner?
Currently baru join Mymanutd..so dah pernah join MV 4 kali ngn Mymanutd..kalo tak pun tgk kat Arena Cafe Wangsa Maju je..

5. Ok, apa aktiviti terkini Saudara Mirnawan?
Selepas bersara, saya melanjutkan pengajian dalam Business Administration (MBA) pada tahun 2002. Now, saya mengusahakan sebuah perniagaan sendiri, selain menjadi Pengurus Pasukan Hoki Remaja Malaysia dan Penasihat Pasukan Hoki Universiti Kuala Lumpur dan juga menjadi Duta Saluran Astro Arena 801!


Yup, itu dia secara ringkas apa yang dikongsikan oleh Mirnawan Nawawi bersama dengan kita fan Man Utd semua!! Semoga Mirnawan terus suksesss dalam apa jua yang beliau lakukan!! So, next time, kalau ada kesempatan, bolehla kita berMV bersama Mirnawan Nawawi di Arena Cafe! Hehehhee..

Insya Allah, nanti aku 'jemput' selebriti lain plak...Tedengg!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...