Thursday, January 26, 2012

Setan Merah di mana-mana!

Haha, jgn terkejut plak baca tajuknya..takde propaganda atau dakyah apa2 eik..ini sekadar sharing mengenai nama Red Devils yang sebenarnya bukanlah nickname kepada pasukan Manchester United semata-mata..

Yup, Red Devils, atau dalam Bahasa Indonesia digelar Setan Merah (hahaha, obvious doohh) yang merujuk kepada pasukan Man Utd juga turut digunakan oleh pasukan atau kelab berkaitan bola sepak di tempat lain..

Antaranya:

1. Pasukan Kebangsaan Belgium, juga dikenali sebagai Red Devils..Pasukan Akrobatik Tentera Udara Belgium juga turut dikenali sebagai The Red Devils..


2. Kelab Penyokong Pasukan Kebangsaan Korea Selatan, Red Devil..


3. Beberapa buah kelab bola sepak tempatan di Amerika Syarikat, logo pun ada yang hampir sama dengan Man Utd, seperti:


Midwest Red Devils FC

Thunder Soccer Club, Maryland.


Salt Lake City Football Club


Ridge High School Soccer Team (Kesemua pasukan/kelab sukannya digelar Red Devils)

4. Di Australia:


Ballarat Red Devils, kelab bolasepak di Victoria.


Marrickville FC di Sydney.

Selain itu Red Devils juga turut digunakan sebagai nama pasukan bagi sukan yang lain seperti American Football, antaranya kelab Hinsdale Central Red Devils Football, Lincoln County Red Devils dan Williston Red Devils Football!

Kalau sukan basketball plak ada Red Devils Basketball Team dan Pike High School Basketball! Tidak ketinggalan juga Red Devils Baseball Team..

Dan yg terbaru, pasukan World Superbike Ducati Team telah menukar namanya kepada Red Devils Ducati Roma!

Well, entri ini hanya sekadar memberi info sahaja dan tidaklah berniat untuk mengagung2kan setan atau syaitan! Jangan salah faham pulak..sebabnya kalau nak diikutkan, penggunaan nama setan ni bukan sekadar maskot atau nama samaran bagi kelab sukan semata2..malah nama manusia sendiri pun dah 'dipersetan' malah dikomersilkan secara meluas di negara kita..

Tak percaya?? Pernah tengok cite Ali Setan dan Legenda Budak Setan?? Hehehehehehhe..jangan marahhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...