Monday, January 30, 2012

Monyet Perkauman!

Firstly, maaf sebab blog ini terkebelakang sket..maksud aku dari segi pengemaskinian entri..Haha. Aku ada kursus pada hujung mggu lalu yang menyebabkan bukan sahaja blog aku ni tak update, tapi aku jugak terlepas nak tonton Liverpool vs Man Utd dalam saingan pusingan keempat FA Cup!

Well, semua da tau resultnya kan? Sedeyhhh!!! Tapi yang lebih sedih adalah sikap penyokong Liverpool yang begitu racist!!! Dan mangsanya, sudah tentulah Patrice Evra!

Now, bro! Dalam konteks ini, aku rasa bukan Evra sahaja terpalit, sebenarnya seluruhnya pemain berkulit hotam sepatutnya bengkek dengan sikap fans Liverpool ni! Malah, sorry to say, as far as I know, apabila disebut pasal racist atau perkauman, apa2 sahaja kaum yang di luar lingkungan kaum mereka (dalam isu ini Mat Salleh di Merseyside) sepatutnya patut bengkek sama, kerana dasar perkauman itu sendiri adalah membenci kaum yang lain kerana beranggapan bahawa kaum mereka superior!


Adakah ini satu 'perkauman'? Sumber: akustressgiler.blogspot.com.

Evra dikutuk oleh fans Liverpool ketika di Anfield atas insiden Luiz Suarez melakukan perkara yang sama ketika saingan BPL tak lama dulu! Sebagai hukuman, Suarez dihukum gantung 8 perlawanan dan ini menyebabkan fans Liverpool pissed off!


So, kononnya nak membalas dendam, fans mereka mengejek Evra dengan melakukan aksi monyet! WTF! Dan aksi monyet ni memang sinonim dengan cara puak2 racist di menghina kaum atau pemain  kulit hitam. Samuel Eto'o pernah diejek oleh fans pasukan lawan dulu ketika beliau masih bermain di Barcelona!


Mujurlah Polis Merseyside cekap dan bertindak adil apabila menahan seorang 'monyet perkauman' beberapa jam selepas game di Anfield! Sedihnya penyokong ni adalah seorang warga emas yang hanya menunggu maut sahaja.

Lelaki berusia 59 tahun dari Wales Utara ini ditahan setelah pihak polis mengkaji rakaman video dan terbukti, memang beliau melakukan aksi tersebut!


Sepatutnya FA England mengambil tindakan yang lebih keras kepada Liverpool atas sikap tak beradap fans mereka tempoh hari! Tengok macam SAF, siap tulis surat rasmi lagi kepada fans Man Utd agar menjaga disiplin masing2..dan ternyata fans United memang berdisiplin..macam aku, berdisipilin sampaikan 'tak sanggup' nak ponteng kursus utk tengok match.. sedeyhh!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...