Thursday, January 5, 2012

Kaki Bola di TV9!


Pertamanya, aku tidak mendapat sebarang bayaran utk mempromosikan program di TV9 ni (yg sebenarnya aku berharap at least aku peroleh sedikit income menerusi blog ni, hehe)..Tetapi aku ingin feature mengenai rancangan Kaki Bola di TV9 adalah kerana dia ada satu segmen menarik..

Petikan daripada laman web mediahiburan.karangkraf.com:

Berita baik untuk semua peminat bola sepak di negara ini, TV9 membuka lembaran 2012 dengan membawakan sebuah program bual bicara sukan bola sepak terbaru berjudul Kaki Bola yang akan memulakan siarannya pada setiap Isnin bermula 9 Januari ini.

Kaki Bola yang merupakan kolaborasi bersama syarikat telekomunikasi TM dan Hot FM bakal dipancarkan secara langsung pada jam 9.30 malam dan rancangan ini turut boleh didengari melalui corong radio selama sejam dari 6 petang hingga 7 malam sekaligus memberi peluang kepada para peminat untuk mendengar aktiviti bola sepak sebelum rancangan Kaki Bola bermula di sebelah malamnya.

Pelbagai segmen menarik disediakan kepada penonton dirumah dan di studio antaranya adalah 'Team Malaysia Kaki Sukan', 'Mencari Ramli', 'Gua Cabar Lu Buat', 'Kenali Pemain Anda' dan lain-lain lagi.

Jangan ketinggalan untuk menonton Kaki Bola bersama dua pengacara hebat, Kieran dan Seelan Paul pada setiap Isnin jam 9.30 malam.

Haaa..aku highlightkan kat atas tu Mencari Ramli! Semalam dalam segmen Sukan Buletin Utama TV3, katanya segemen Mencari Ramli ini memberi peluang kepada penyokong Man Utd utk pamerkan bakat bola sepak mereka, dan sekiranya merekalah 'Ramli' yang dicari tu, maka individu bertuah tersebut berpeluang ke Sekolah Bola Sepak Manchester United! Jika tidak silap pendengaran akula semalam sbb aku mencarik info mengenai segmen di tiada!

Apa2pun sama2 kita tengok Kaki Bola ni nanti!!! Oh, yer..satu lagi fakta menarik, Kieran penyokong Man Utd manakala Seelan Paul sokong Liverpool!!!! Nice!!!

Sumber lain: www.tv9.com.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...