Wednesday, January 4, 2012

Olympic London 2012!


Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung bermula 27 Julai hingga 21 Ogos 2012. Ramai atlit bertaraf dunia akan bertanding merebut pingat emas, dalam pelbagai jenis sukan termasuklah bola sepak.

Dan sebut pasal bola sepak, sudah tentu Stadium Old Trafford menjadi venue rasmi bagi sukan ini! Dan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana OT semenang menjadi pilihan venue rasmi bagi acara bola sepak bertaraf dunia sejak Piala Dunia 1966 di England sehinggalah ke Sukan Commonwealth 2002 di Manchester!

Malah OT juga pernah menjadi antara stadium rasmi kejohanan ragbi bertaraf dunia dan akan menjadi antara 12 stadium rasmi Piala Dunia Ragbi 2015 di England kelak, selain menjadi lokasi konsert artis antarabangsa!


Ketika London 2012, OT akan menjadi gelanggang kepada pasukan Great Britain, iaitu pasukan tuan rumah sendiri!


ps: Sekiranya pasukan Harimau Muda kita layak ke Olimpik 2012, agak2nya dapat tak Malaysia main kat OT? Hehehe..

Sumber: www.london2012.com/old-trafford & wikipedia.org.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...