Thursday, January 12, 2012

Gary Neville mahu bina hotel tema Man Utd?


Yup..betul, En. Gary Neville kita bercita2 untuk membangunkan sebuah hotel bertemakan Manchester United, di sebelah Old Trafford!

Dari sumber dailymail.co.uk, jika diluluskan oleh kerajaan tempatan, hotel ini akan mempunyai 10 buah tingkat, dengan 139 bijik katil dan akan diwarnakan dengan warna rasmi Man Utd, merah, hitam dan putih! Cool!

Lokasi cadangannya adalah berhampiran dengan OT, iaitu berhampiran simpang Sir Matt Busby Way dan Wharfside Way (dalam bulatan merah)!


Hotel ini nanti akan mampu memuatkan 1,200 fans dalam satu masa manakala di bahagian aras bawahnya pula dikhaskan untuk ahli2 kelab penyokong Man Utd! Hotel ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan yang terbaik untuk fans Man Utd seperti restoran dan bar!!

Yang bestnya, Anggota Majlis Bandar Raya Manchester, Mike Cordingley, sangat menyokong idea dan usaha Gary ini, walaupun beliau sebenarnya penyokong tegar Manchester City! Hahahaa, Apa yang penting, hotel ini mampu menarik pelancong dan menjana ekonomi bandar Raya Manchester!! Salute!!!

Sama2lah kita tunggu hotel ni..mana tau kot2 ada rezeki nanti bley sampai!

Oh, ya..Gary Neville menggunakan wang hasil kutipan sumbangan ketika perlawanan testimonial beliau pada bulan Mei tahun lalu utk membiayai projek ini! Perghhhh!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...