Tuesday, January 31, 2012

Liverpool vs Man Utd di Kaki Bola TV9!

Rancangan Kaki Bola di TV9 sudah pun 'berusia' 4 episod semalam. Dan episod semalam adalah merupakan episod yang sangat sedeyhhh kepada semua fans Man Utd!!!

Kesedihan Kieran 'dipujuk' oleh C-Lan...

Mana tidaknya, pada episod semalamlah, C-Lan Paul selaku pengacara dan fans Liverpool kaw2 bagi kat Kieran! Dan lebih sedeyh lagi, Kaki Bola smalam sekali lagi menjemput Apai dan geng2 Liverbirds semalam di 'grand stand' Kaki Bola!!!! Dengan chant dan sorakannya, kaw2 Man Utd kena semalam! Semuanya gara2 kekalahan Man Utd kpd Liverpool dalam saingan FA Cup!


Aku sendiri semalam berbuluuuuuuuu jer bila tengok muka budak2 Liverbirds semalam..tapi hakikat kena terima, so, senyum2 kelat je la semalam, walao hati di dalam siapa yang tahu..Heheheheh!!

Tapi semalam, sekali lagi jugak Malaysian Red Devils dijemput jadi team 'guest'! Well, sekurang2nya tidaklah di Kieran terkontang-kanting sorang2 mempertahankan maruah United..kiranya semalam berbalas2 chant jugakla mereka.. Havoc jugakla!!



Kaki Bola semalam juga menjemput 2 orang tetamu, kedua-duanya penyokong Man Utd iaitu Aidid Marcello dan Black Mentor..sudah tentunya kehadiran mamat dua orang ini menambah lauk buat C-Lan untuk menghentam Man Utd habis2an..Hehehehehhee...keadaan bertambah panas apabila kedua2 penyokong pasukan saling cabar mencabar utk berlawan futsal pada 11 Februari 2012 nanti, bersempena dengan perlawanan kedua BPL Man Utd vs Liverpool...


Aidid Marcello steady pakai jersi Man Utd!

Kata Black, jersi Man Utd dia basuh..Hehhehehe..

Tercabar dengan cabaran tersebut, maka C-Lan dan Kieran akhirnya telah menetapkan satu perlawanan futsal antara Man Utd dan Liverpool pada hari tersebut. Oh, ye..sebelum ni Kieran dah kalah betting ngan C-Lan dan terpaksa mencuci lima buah kereta fans Liverpool dalam satu cabaran di Hot FM!!

Boss MRD..

Macam kenal..tapi di mana ya!?

Fans United yg diinterbiu selepas kekalahan..

Aidid & Black ketika cabaran segmen Kaki Emas..

Tapi malangnya kedua-duanya gagal!!

Anyway, Kaki Bola semalam memang terhibur! Cuma harapnya selepas ini, Kaki Bola slowkan sikit berbincang pasal liga BPL, fokuskan pulak liga tempatan macam menjemput penyokong2 atau ultras-ultras negeri plak..kerana mereka ini sebenarnya pejuang bola sepak negara yang terus setia memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan bola sepak tempatan!

Majulah sukan untuk negara!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...