Friday, January 6, 2012

Old Crest Sticker! Without The 'Setan'!


Ok, aku suka logo Man Utd classic ni sbb ia nampak begitu simple..dan ketiadaan 'setan' di situ menyebabkan ia 'mudah diterima dalam kalangan masyarakat', jika anda faham apa yang aku maksudkan..

Dulu kat keter aku, aku tampal stiker plastik logo Man Utd besar kat cermin belakang..satu hari aku singgah di sebuah surau..lepas je solat, dtg sorang pakcik ni, kebetulan keter aku parkir sebelah keter beliau..beliau nampak je logo Man Utd tu, terus dia tegur aku.."Dik, awok letak gambo setan buat mende?" dalam loghat Pahang sejati..

Aku tak saspek pakcik tu haters! Haha, but..a point there..beselaa, org tua.

Kat taman perumahan aku ade sebijik kete Wira, pun ada logo Man Utd jugak kat cermin belakang..cuma, pada logo tu ada satu kekurang, iaitu, setannya dibuang...tapi aku tau brader tu fan hardcore United!

So, bagi mengelak kejadian yg sama berlaku lagi dan bagi menghormati sensitiviti warga emas, aku pun tempah stiker logo Man Utd old skool punya!


Yup, warnanya lain sebab dulu aku jumpa dlm internet gambar warnanya mcm ni..search baru2 ni, jumpa gamba berkaler!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...