Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Bwin.com nak taja Man Utd!?



Sportsbook Bwin - yang menaja AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat utk menaja Man Utd! Syarikat perjudian atas talian itu dijangka akan mengambil alih penajaan sebuah lagi syarikat perjudian online, Betfair yang sebelum ini menaja United!

Dikhabarkan Bwin akan bersama United utk tempoh 3 tahun akan datang!

Sumber: online-casinos.com!

Maybank ni ngada2 betulla!!

Yelah, sebelum ni mereka lancarkan kad kredit dan kad debit Visa Man Utd! La...skarang ni ada pulok kad prepaid Man Utd! Adeiii!!!




Huhuhu..actually bukanla apa kan..cuma aku geram je! Sebab kad dia cantik..lagi pulak sebelum ni aku pernah beli kad prepaid Ambank...hmm..

Apa dia kad prepaid ni? Dia macam ni laa..kad prepaid ni macam debit card jugak..fungsinya lebih kurang sama dengan kad kredit..kalo kad kredit, korang gune dulu, bayo kemudian..kalo debit card, menggunakan RM yg dalam akaun bank korang..

Tapi kalo prepaid kad pulok, kalo korang nak gune, korang kene masukkan dulu RM ke dalam akaun..barula boley gune! Dan tak silap akula..ia boleh jugak digunakan untuk urusan online shopping..




Istimewanya kad ini, ia menampilkan Chicharito, Smalling dan Rooney..lengkap dengan tanda tangan mereka! Sangat cun dan sangat kiut!

Maka, saya belum ada lagi..anda??? Huhuhuhuu...


Opsss...chup!! Sebelum itu...aku pernah teringat2..pada tahun 2010 dulu..kalo tak silapla, Public Bank pun pernah mengeluarkan kad kredit Man Utd lengkap dengan official merchandisenya sekali..aku taula pakcik aku keje Public Bank..so, macam mana? Ada lagi tak kad tu eik??


Friday, June 22, 2012

Sir Bobby Charlton dan larian obor!


Old Trafford adalah merupakan salah satu venue wajib bagi sukan Olimpik 2012 London dan disebabkan itulah, legenda Man Utd, Sir Bobby Charlton akan berlari-lari anak sambil membawa obor melintasi stadium kebanggaan The Red Devils!

Beliau dijadualkan akan melakukan larian obor pada Ahad ini dan akan berhenti seketika untuk sesi fotografi bersama tugu ikonok, The Holy Trinity, yang menampilkan ukiran tugu beliau sendiri bersama dua lagi Legenda United, George Best dan Denis Law!

Oh, yea..tidak dilupa juga acara sampingan pada pagi itu, acara memecah rekod orang yang paling ramai makan bijirin sarapan di satu tempat! Huhuhuhuhu...Untunglaaa....!!!

Sumber: www.messengernewspapers.co.uk!

Anda ingin 'training' bersama Wayne Rooney???

Yaaaa...inilah peluang anda untuk berlatih bersama bintang Man Utd di Carrington!!! Jika anda berkelayakan dan tetapi 'tidak layak' utk menyertai program Mencari Ramli TV9, jangan bimbang..kerana peluang untuk anda ke Manchester dan training bersama bintang Red Devils menjengah lagi!!

Cuma...ada cumanya kat situu...anda perlulah menjadi warga Bangladesh kerana peluang ini dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi utama di negara itu, Bharti Airtel!!! Hahahhahahahaa...!!!

Legenda Man Utd, Quinton Fortune bersama Chris Tobit, CEO Airtel Bangladesh ketika pelancaran Airtel Rising Stars di Bangladesh

Eyh, jangan bimbang...mudah je nak jadi warga Bangla, korang pergi tuka suke sama suke je ngn mana2 Mat Bangla yang wujud kat Malaysia ni, for sure diorang nak..rasanya setakat nak makan diorang ni skill bola...kacang jeee..huhuhuhuuu!!!

Program ini dinamakan Airtel Rising Stars dan mensasarkan jutaan belia Bangladesh yang berbakat dalam bola sepak dalam usaha mereka utk melahirkan lebih ramai wira bola sepak di negara mereka..

Wahhh...cube lihat usaha mereka...kau ade???

Nak tau lebih lanjut ada di sini!

Thursday, June 21, 2012

Sila atur jadual anda....

...kerana fixtures utk season 2012/13 secara rasminya sudah boleh dimuat turun di laman web manutd.com...

bersedia utk Kagawa?


Friday, June 15, 2012

Man Utd ke Afrika Selatan, Nani dan Ronaldo ke Singapura?

Sempena jelajah pra musim ini, Man Utd telah memilih Afrika Selatan sebagai destinasi mereka, dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dua kali dalam tempoh empat hari!

United akan bertemu kelab dari Durban City iaitu AmaZulu pada 18 Julai dan Ajax Cape Town pada 21 Julai!

Yang pastinya kunjungan ke Malaysia mungkin tidaklah kot...melainkan hanya dua buah pasukan sahaja iaitu Man City dan Arsenal...Hmmmm...

Sementara itu, di Singapura (HUH!!), Legenda Man Utd Cristiano Ronaldo dan Nani, yang juga merupakan pemain kebangsaan Portugal akan singgah ke negara tersebut pada bulan dalam rangka lawatan promosi..apa yang nak dipromosi, tak tau la pulak...(atau malas nak amik tau sebab jeles)..hmmmphhh!!!


Sumber: www.straitstimes.com dan www.capital.co.ke!

Tuesday, May 8, 2012

Manchester United ke Norway!

Manchester United akan berkunjung ke Norway, pertama kali selepas 10 tahun, bagi siri jelajah pra-musim 2012/13!

Man Utd akan bertemu dengan pasukan Valerenga di Osla pada bulan Ogos nanti! Sebelum itu khabarnya Man Utd akan ke Malaysia, ye dok!??


"Selamat datang ke kampung saya boss!", kata Solskjaer kepada Sir Alex...

Wednesday, April 25, 2012

Berpesta sampai ke pagi! Harapnya janganlah kalah lagi!


Tajuk entri saje dah macam pantun dua kerat! Yup, kengkawan sume..bagi pihak Mymanutd - silakan hadir memeriahkan acara ini yer! Sokong sampai pitam! Biar menang sorak, biar menang pasukan! Aku? BerMV di Kuantan aje...hmmmm....

(Klik gambar utk saiz sebenar)

Friday, April 20, 2012

Ke Old Trafford bersama Turkish Airlines!


Aku gagal dalam peraduan merebut jersi bertanda-tangan pemain Man Utd anjuran FB Turkish Airlines baru2 ni..namun kini, masih menerusi laman FBnya, Turkish Airlines selaku rakan penaja Man Utd menganjurkan peraduan baru..kali ini dengan membawa 19 orang pemenang bertuah menyaksikan perlawanan pembukaan Man Utd di Old Trafford musim 2012/13!

Tapi serius aku tamo join! Sebab rumit..dan macam peraduan yang menang jersi tu, aku tengok pemenang2nya bernama 'Turki' sahaja...

So Globally Yours!

Nak join silalah ke FB Turkish Airlines!

Tuesday, April 10, 2012

EPL Masters Football Asia 2012!


Untungla rakan2 yang duk di Lembah Klang, boleh tengok EPL Masters Football Asia 2012! Sebenarnya kalo aku nak pegi pun boleh jugakk..tapi masalahnya pada hari tersebut, kena kerja daaaaaaaa...adeii tensi!

Sudah banyak event yang melibatkan legend aku tak berkesempatan nak pergi! Masih tade rezeki! Tapi takpela..tuah ayam nampak di kaki yer dak!!

Apa2pun, pada tahun ini, sekali lagi EPL Masters Football Asia akan berlangsung, dan macam biasa..legend2 Man Utd dan Liverpool serta EPL yang lainnya akan turun! Tidak lupa juga legend2 dari pasukan kebangsaan kita!!

So, korang yang dah ada tiket tu untunglaa..boley jumpa legend seperti Andy Cole dan David May serta melakukan pelbagai aktiviti! Apa2pun semoga tahun ini Man Utd menjadi Juara!! Yeahhhhhhhhhh!!!!

Wednesday, March 7, 2012

Pembaca Goal.com pilih Man Utd!

Dalam satu undian yang dilakukan oleh website goal.com, majoriti pembacanya memilih Man Utd sebagai pasukan yang akan menjuarai BPL bagi musim 2011/12, berbanding saingan setempat, Man City!


60.55% memilih United dan hanya 28.99% sahaja yg memilih City, manakala selebihnya boleh dikatakan atas pagar atau undi rosak. Hahahahhaa..

See, at least United sudah menang banyak dengan majoriti yang besar. Sekiranya ini PRU13, bermakna United memang sah jadi wakil rakyat!! Majoriti selesa tu der!!!

Info lanjut di goal.com!

Monday, March 5, 2012

Laporan Hazran Mohamed (TV3) ke Old Trafford!

Akhbar tabloid no. 1 negara, Harian Metro menerusi Metro Ahad smalam  (4 Mac 2012) memaparkan laporan khas Hazran Mohamed, seorang wartawan TV3 yang sangat bertuah diberi peluang oleh Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd ke Old Trafford!

Mamee-Double Decker melalui produknya, Mister Potato turut membawa Tomok dan Mirnawan Nawawi menyaksikan perlawanan idaman semua fans Man Utd, iaitu Man Utd vs Liverpool!

Menariknya wartawan kita ni sudah dua kali menjejakkan kaki ke OT. Sebelum ini ketika perlawanan Man Utd vs Chelsea..Haihh, untunglaaaaaaa..

Apa2pun, bacalah sambil jeles laporan beserta gambar2nya sekali secara maya di pautan ini, atau cari balik Metro Ahad 4 Mac 2012!


ps: Tak syoknya dalam laporan tu, Hazran guna MU instead of Man Utd! Kata fans tegar bro!




Thursday, March 1, 2012

Carta pengurusan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sejak 2000!


Dari blog whoateallthepies.com, ini adalah satu carta ringkas pengurusan (managerial) kelab-kelab BPL sejak tahun 2000!

Man Utd dan Arsenal kekal dengan seorang pengurus, tapi kalo disukat sejak mula Liga Perdana, Man Utd tetap kekal no. 1!

Sila klik utk gambar bersaiz mega!

Thursday, February 23, 2012

Out of Topic: Hotel Bertemakan Steven Gerrard!

Mari kita citer out of topik skett..Di Wilayah Bandung, Indonesia, terdapat sebuah hotel yang baru dibuka khusus untuk peminat dan penyokong pasukan Liverpool, iaitu Hotel Stevie G!


Yah, Hotel Stevie G adalah sebuah hotel bertemakan Steven Gerrard! Dan hanya ada satu sahaja bilik yang diberi nama 'This Is Anfield', dengan paparan gambar-gambar ikonik serta legenda Liverpool, selain daripada perkataan 'This Is Anfield' sendiri yang tertulis pada wallpapernya!


Sungguh menarik! Dan aku fikirkan sekiranya Encik Gary Neville tahulah mengenai kewujudan hotel ini, pastinya beliau kecewa! Yelah, hasrat beliau nak bina hotel bertemakan Man Utd terbantut, alih2 pasukan yang paling dimusuhi beliau iaitu Liverpool ada hotel temanya sendiri, walopun beribu-ribu kilometer jauhnya dari England!

Opss..a wild idea appears, kalo aku nak bukak hotel tema Eric Cantona cantik tak? Hmm......

More at kckrs.com.

Monday, February 20, 2012

Manchester United Tak Setuju Hotel Gary Neville!


Beberapa entri yang lepas, aku penah citer bahwa En. Gary Neville bercadang utk bina hotel bertemakan Man Utd berhampiran Old Trafford!

Tetapi baru2 ini, Man Utd telah menolak idea tersebut atas sebab, hotel ataupun kompleks tersebut terlalu besar!

Berikut adalah petikan kata2 jurucakap Man Utd dari laman web goal.com:
"The club has been developing its vision for the area over the last few months, following on from the very successful pedestrianisation scheme executed in July," said a United spokesman. 
"As part of that vision, we considered in detail the changes to the sheer scale of the new project proposed, as distinct to the original plan. 
"We had some projections done of what the view of the stadium would be from various angles on the other side of Wharfside Way and have concluded that, on balance, we do not want a building of that size so close to the stadium."
So, kita harap En. Gary jangan bersedih, sebaliknya fikirkan  pulak projek lain yang mungkin lebih kurang sama, tapi takdelah terlalu mega sangat..macam taman tema ke..zoo ke..kan?

Anyway, good luck Mr. Gary!

Rooney sokong Everton!

Encik Wayne Rooney telah hadir memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Everton ketika saingan Piala FA menentang Blackpool baru2 ini di Goodison Park!


Rooney di Goodison Park..

Rooney, yang memulakan karier bola sepaknya di Everton, pernah mencetuskan fenomena dengan t-shirt "Once A Blue, Always A Blue" ketika meraikan gol hadir memberi sokongan bersama bekas rakan sepasukannya, Alan Stubbs! Dalam perlawanan itu, Everton mengalahkan Blackpool 2-0, sekaligus layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2011/12.


Sementara itu, dikhabarkan juga bahawa Luiz Suarez akan hadir ke Old Trafford, juga untuk memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Ajax Amsterdam bertemu Man Utd dalam perlawanan kedua Liga Europa, awal pagi Jumaat ini!


Suarez yang masih lagi 'panas' dengan kontroversinya bersama Evra, dijangka akan menghangatkan lagi suasana di Old Trafford ketika perlawanan tersebut berlangsung!

PS: Amacam, ada gaya reporter tak? Hahaha..

Sumber: dailymail.co.uk.

Wednesday, February 8, 2012

Sesi bertemu David May!


Inginkan autograf David May, bekas pemain United era 1994 - 2003 seperti ini? Daftar diri anda forum Meet & Greet David May bersama Mymanutd yang dibawakan untuk anda oleh Mister Potato!

Maklumat lanjut mymanutd.com & Mister Potato!

Wednesday, February 1, 2012

Belajar buat bisnes!


Buku di atas ni sebenarnya dah lama, diterbitkan sekitar tahun 2009 dahulu oleh penulis Ashadi Zain. Aku pernah tengok buku ni dijual di kedai buku Popular Kuantan satu masa dulu..

Buku ini dijual dalam satu rak bersama dengan koleksi 'Strategi Bisnes' yang lain seperti Strategi Bisnes Orang Cina, Strategi Bisnes Restoran Mamak dan Strategi Bisnes Orang Korea..

Kenapa aku pos pasal buku ni? Sebab ia ada dijual di mudah.my dengan harga RM16! Dan sebab itu ia memberi idea kepada aku untuk letak dalam entri hari ini.

Kenapa? Ada dua sebab! Pertama, betapa adanya individu yang melihat Man Utd ini dari aspek money-making atau bisnes! Profit! Keuntungan..yang difikirkan oleh beliau betapa bagusnya strategi yang dijalankan oleh pengurusan Man Utd untuk menjana keuntungan! 2009 adalah merupakan tahun penulis ini membuat kajiannya, dan kini, Man Utd adalah kelab sukan terkaya di dunia!

Penjual buku ni kat mudah.my beri sinopsis:
Sinopsis
Manchester United Footbal Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing.


Strategi Bisnes Manchester United, bukan buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United.


Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi;
- Penajaan untuk tingkatkan keuntungan.
- Ambil faedah dari harta intelek.
- Kerjasama dengan syarikat lain.
- Perdagangan dan pengurusan bakat.
- Merchandising dan penerbitan.
- Penerokaan pasaran baru.
- Cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita.


Buku ini sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja.
Kedua, kerana Man Utd itu sendiri adalah satu jenama yang cukup mahal! Fans di Malaysia ni memang sangat ramai tak terkira! Maka atas sebab itulah mana2 sahaja syarikat korporat yang besar2 berani untuk memberi tajaan atas jenama Man Utd ini! TM, Maybank, Mister Potato, Epson malah pengeluar jersi2 dan merchandise fake pun terkena tempiasnya! What a profit!

Buku ini boleh dibeli oleh mereka yang optimis melihat peluang bisnes dan ingin mengetahui strategi serta rahsianya (menumpang tempias Man Utd) atau bagi mereka yang ingin membuat koleksi buku2 Man Utd!

Nanti aku nak pegi jenguk Popular, ada lagi tak buku ni..kalau takde, aku rembat je kot mudah.my ni..tapi aku ni malas membaca!!!!!

Thursday, January 26, 2012

Setan Merah di mana-mana!

Haha, jgn terkejut plak baca tajuknya..takde propaganda atau dakyah apa2 eik..ini sekadar sharing mengenai nama Red Devils yang sebenarnya bukanlah nickname kepada pasukan Manchester United semata-mata..

Yup, Red Devils, atau dalam Bahasa Indonesia digelar Setan Merah (hahaha, obvious doohh) yang merujuk kepada pasukan Man Utd juga turut digunakan oleh pasukan atau kelab berkaitan bola sepak di tempat lain..

Antaranya:

1. Pasukan Kebangsaan Belgium, juga dikenali sebagai Red Devils..Pasukan Akrobatik Tentera Udara Belgium juga turut dikenali sebagai The Red Devils..


2. Kelab Penyokong Pasukan Kebangsaan Korea Selatan, Red Devil..


3. Beberapa buah kelab bola sepak tempatan di Amerika Syarikat, logo pun ada yang hampir sama dengan Man Utd, seperti:


Midwest Red Devils FC

Thunder Soccer Club, Maryland.


Salt Lake City Football Club


Ridge High School Soccer Team (Kesemua pasukan/kelab sukannya digelar Red Devils)

4. Di Australia:


Ballarat Red Devils, kelab bolasepak di Victoria.


Marrickville FC di Sydney.

Selain itu Red Devils juga turut digunakan sebagai nama pasukan bagi sukan yang lain seperti American Football, antaranya kelab Hinsdale Central Red Devils Football, Lincoln County Red Devils dan Williston Red Devils Football!

Kalau sukan basketball plak ada Red Devils Basketball Team dan Pike High School Basketball! Tidak ketinggalan juga Red Devils Baseball Team..

Dan yg terbaru, pasukan World Superbike Ducati Team telah menukar namanya kepada Red Devils Ducati Roma!

Well, entri ini hanya sekadar memberi info sahaja dan tidaklah berniat untuk mengagung2kan setan atau syaitan! Jangan salah faham pulak..sebabnya kalau nak diikutkan, penggunaan nama setan ni bukan sekadar maskot atau nama samaran bagi kelab sukan semata2..malah nama manusia sendiri pun dah 'dipersetan' malah dikomersilkan secara meluas di negara kita..

Tak percaya?? Pernah tengok cite Ali Setan dan Legenda Budak Setan?? Hehehehehehhe..jangan marahhh..

Wayne Rooney nak beli set dram..

..dan bukannya sembarangan set dram, kerana set dram itu adalah milik bekas anggota kumpulan Brit-Pop terkenal UK, Oasis, iaitu Tony McCaroll!


Tony yang mengetahui hasrat Rooney itu begitu teruja sekali kerana tidak menyangka seorang bintang bolasepak terkenal mahu membeli set dramnya.

"Aku dengar khabar angin bahawa Rooney berminat nak beli dram tu..aku rasa molek jugak daripada berabuk dalam stor", lebih kurang begitulah kata Tony..

Tony McCaroll adalah antara line-up terawal Oasis dan sempat merakamkan album bertaraf legend iaitu Definetely Maybe dengan menggunakan dram tersebut. Beliau meninggalkan Oasis pada tahun 1995 secara kontroversi!

'The drum kit has been locked away for years with all my old discs, so it's getting dusted down now.
'It was a great recording set — Premier kit. Back in the day we would hire cymbals but the bass drum, toms and Black Beauty snare were mine. It's all up for auction.
'If this rolls out well I'll be giving part of the proceeds to a music-related charity too.'
 Itu adalah petikan kata2 Tony kepada metro.co.uk!

And some interest part is, front man Oasis, Noel serta Liam Gallagher adalah penyokong tegar Manchester City!



Sumber: metro.co.uk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...