Monday, February 20, 2012

Rooney sokong Everton!

Encik Wayne Rooney telah hadir memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Everton ketika saingan Piala FA menentang Blackpool baru2 ini di Goodison Park!


Rooney di Goodison Park..

Rooney, yang memulakan karier bola sepaknya di Everton, pernah mencetuskan fenomena dengan t-shirt "Once A Blue, Always A Blue" ketika meraikan gol hadir memberi sokongan bersama bekas rakan sepasukannya, Alan Stubbs! Dalam perlawanan itu, Everton mengalahkan Blackpool 2-0, sekaligus layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2011/12.


Sementara itu, dikhabarkan juga bahawa Luiz Suarez akan hadir ke Old Trafford, juga untuk memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Ajax Amsterdam bertemu Man Utd dalam perlawanan kedua Liga Europa, awal pagi Jumaat ini!


Suarez yang masih lagi 'panas' dengan kontroversinya bersama Evra, dijangka akan menghangatkan lagi suasana di Old Trafford ketika perlawanan tersebut berlangsung!

PS: Amacam, ada gaya reporter tak? Hahaha..

Sumber: dailymail.co.uk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...