Tuesday, February 7, 2012

Grand MV Chelsea vs Man Utd 5 Feb 2012!

Sorry guys..3 hari tak update..bz dengan mcm2 keje..ada yg dirancang, ada yg ad-hoc..dan antara kesibukannya adalah program Kuantan Showdown! Grand MV Chelsea vs Man Utd yg berlangsung pada 5 Feb 2012 baru2 ni!

Well, sebelum ni aku da 'promote' sket dlm entri yg lepas..dan aku promise nak share kesahnya..so, inilah kesahnya..

Grand MV ini kira anjuran bersama Kuantan GGMU FB Community dan Majlis Belia Negeri Pahang, dengan kerjasama Mymanutd dan Astro serta ditaja oleh Mister Potato..perancangan asalnya En. Kieran akan hadir sama..tapi last2 minit kensel! Agak keciwak jugakla kami...tapi kekecewaan kitaorang sume terubat apabila sambutan dari warga Kuantan mmg superb!

Event ini berlangsung di tepi Sungai Kuantan, iaitu di Taman Espalande, Kuantan! Memang cantik..sbb lokasinya dalam taman dan memang lokasi warga Kuantan bersantai hujung minggu!

Geng2 Mymanutd yg diketuai oleh Mr. Masrul pun sangat supportive..tambahan lagi plak Mister Potato sponsor banyak gile cip kentangnya sampai berebut2 orang nak dapatkannya!

VIP yg hadir pada hari tu adalah YB Dato' Wan Adnan Wan Mamat selaku Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang yang cukup sporting dan sangat sempoi..dengan pakai jersi Man Utdnya, beliau turut join sama aktiviti2 yang kami adakan termasuklah menimbang bola dan aksi 'Panna'..antara aktiviti yang dijalankan pada malam tu ialah demo freestyle, goal shooting, PES 12 challenge dan trivia quiz..

Terima kasih kami ucapkan kepada Van Remy yang banyak membantu menjayakan program ini..ginilah, kita tak payah citer banyak2 sbb aku malas nak menaip..hehehee...jom kita layan gambar yang tak berapa clear ni...


Booth Mister Potato dan Mymanutd


Banner Kuantan GGMU!


Tanpa Astro, tiadalah maknya MV tersebut..


Ini orang kuat jugak ni...


Giggs, Young dan Ferdy pun dtg gak..


Mr. Idlan dari Kuantan GGMU dengan aksi freestylenya!


Kumpulan dram ala Samba pun ada wehh!!


Ketibaan YB Dato' Wan Adnan, Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang...


Bergambar bersama YB Dato', wakil Mr. Potato dan Masrul Mymanutd pun ada...


YB Dato' melihat aksi peserta timbang bola..


Aksi peserta PES 12!~


Maka bermulalah game...


YB Dato' cukup sporting mengendalikan trivia quiz..

Haa, itu sajalah gambar yang ada..yang lain2 tak cantik..maklumlah, pakai kamera handphone..aku terlupa bawak kamera..hahahahaaa!!

Anyway, malam tu mmg cukup happening! Dengan fans Chelsea yang turut sama bikin panas..tapi seronok, sbb kalau takde fans rival mmg tak meriah..walopun pada awalnya kami tepuk dahi sebab kena 3-0, tapi bila Man Utd come back sampai 3-3, apa lagi berpestalah kami sume!!!

Mujo tak menang, sbab pertamanya..kalo menang, kami akan berjoget lambak depan fans Chelsea dan kedua..ada orang nak terjun Sungai Kuantan kalo Man Utd menang..hehehehehehe!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...