Sunday, February 12, 2012

Kontroversi Evra vs Suarez!

Baiklah, semua sudah mengetahui bahawa Man Utd menang ke atas Liverpool 2-1! Yeaaarhhh!! Memang satu kemenangan yang sangat memuaskan...!!!! Aku semalam bersama geng2 Kuantan GGMU memang berpuas hati merayakan kemenangan ini sambil menyanyi dan berjoget atas kerusi kat salah sebuah food court di Kuantan di hadapan lebih kurang 20-30 orang fans Liverpool!!!!

Tetapi game semalam memang banyak kontroversinya! Ini lantaran kes isu perkauman oleh Suarez terhadap Evra, yang menyebabkan si jongos itu digantung 8 perlawanan akibat kesalahannya mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada Evra, seterusnya menjadi satu bentuk polemik bola sepak antara kedua-dua buah pasukan..

Ketika saingan peringkat keempat Piala FA, Evra diejek dan diboo oleh penyokong Liverpool ketika Man Utd tewas di Anfield 1-2..Kemuncaknya semalam, apabila Man Utd membalas kekalahan tersebut 2-1 di Old Trafford! Manisnya apabila Evra meraikan kemenangan tersebut dengan penuh KEPUASANNN!! Kerana pertama, Man Utd menang dan kedua, beliau sendiri MENANG ke atas Suarez yg enggan bersalam dengannya!

KARMA IS A B*TCH & REVENGE IS SWEET!

Jom kita ringkaskan insiden berikut dalam bentuk gambar serta pelbagai insiden rentetan daripada kontroversi tersebut!


Bermula daripada insiden ini di Anfield..


Evra diejek dan diboo oleh penyokong Liverpool di Anfield ketika saingan pusingan keempat Piala FA!



Suarez enggan bersalam dengan Evra..Rio Ferdy pun back-up Evra dengan enggan bersalam dengan Suarez..


Kedua-dua pemain ketika perlawanan...



Evra meraikan kemenangan Man Utd di hadapan Suarez...


Pengadil memperkatakan sesuatu kepada Evra..tapi Evra pedulik hape!!

Sementara itu, Police Greater Manchester merampas fanzine Manchester United iaitu Red Issue yang tertera topeng cut-out KKK (satu pertubuhan perkauman) yang tertulis perkataan LFC dan SUAREZ IS INNOCENT yang diedar kepada orang ramai! Majalah Red Issue adalah bukan majalah atau penerbitan rasmi Man Utd dan tidak diketahui pihak mana yang mengedarkannya. Polis juga yakin bahawa tujuan pengedaran majalah tersebut adalah bertujuan menghasut orang ramai berkaitan isu ini!

Pihak polis jugak terpaksa 'memisahkan' pemain daripada kedua-dua pasukan semalam dalam terowong selepas perlawanan bagi mengelak lebih banyak kejadian yang tidak diingini berlaku..


Dalam pada itu, Sir Alex Ferguson berkata, "Suarez is a disgrace and should not be allowed to play with Liverpool again!". Sir Alex juga tidak bersetuju dengan tindakan Evra yang meraikan kemenangan di hadapan Suarez sebaik sahaj wisel penamat dibunyikan...

Apa-apapun, pertembungan Man Utd & Liverpool sememangnya sangat klasik dan penuh dengan kontroversi sepanjang zaman! Tapi ingat, ini bukan isu Evra-Suarez! Tapi ini isu perkauman derr...harus diingat dan kita sedar!!!! Yang sepatutnya kita menentang adalah isu itu sendiri! Bukan Evra, bukan Suarez..

Kerana jika isu ini berlanjutan, walau di mana-mana jua, ia akan menjadi barah dalam masyarakat dan nilai-nilai kemanusiaan akan hilang!

Ingatlah..perkauman di mana-mana! Hatta di Malaysia sendiri pun wujud...Ingat insiden KFC di i-City????

Sama-sama kita fikir.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...