Jelajah Trofi Champ19ns kini sudah pun bermula! Dibawakan khas oleh rakan penajaan Man Utd, DHL..jelajah trofi kini singgah di Dubai..bersama dua bekas bintang United, Lee Sharpe dan Andy Cole!
Kehadiran dua bekas pemain Man Utd tersebut memberi peluang kepada para peminat The Red Devils di UAE utk beramah mesra serta menatap sendiri trofi kebanggaan Man Utd!
Andy Cole sempat memberi penghargaan kepada bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs yang membuat penampilan ke 900 bersama United dan menjaringkan gol kemenangan ke atas Norwich City...
"Giggsy masih bermain pada tahap yang terbaik! Dan merupakan watak yang terpenting kepada pasukan. Beliau sedar bahawa beliau tidak akan bermain dalam semua permainan. Tetapi apabila beliau bermain - caranya bermain, serta cara permainan yang konsisten, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk bermain!", kata Cole..
Lee Sharpe dalam pada itu ingin membuka sebuah sekolah bola sepak di UAE bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai cita2 mereka menjadi pemain bola sepak profesional!
Kata Sharpe," Saya lebih suka berinteraksi dengan pemain cilik berbanding pemain dewasa. Saya berazam untuk melakukan sesuatu mengenai bola sepak di wilayah ini!".
Baguslah tu...harap2nya bekas pemain Man Utd yang berkunjung ke Malaysia pada persinggahan jelaha trofi berikutnya juga terfikir benda yang sama di sini untuk memajukan bola sepak tanah air! Dan pastinya aku akan daftarkan anak aku masuk ke sekolah tersebut! Hahahahahhaaaa...!!
Sumber: khaleejtimes.com, gulftoday.ae dan gulfnews.com.
No comments:
Post a Comment