Buku di atas ni sebenarnya dah lama, diterbitkan sekitar tahun 2009 dahulu oleh penulis Ashadi Zain. Aku pernah tengok buku ni dijual di kedai buku Popular Kuantan satu masa dulu..
Buku ini dijual dalam satu rak bersama dengan koleksi 'Strategi Bisnes' yang lain seperti Strategi Bisnes Orang Cina, Strategi Bisnes Restoran Mamak dan Strategi Bisnes Orang Korea..
Kenapa aku pos pasal buku ni? Sebab ia ada dijual di mudah.my dengan harga RM16! Dan sebab itu ia memberi idea kepada aku untuk letak dalam entri hari ini.
Kenapa? Ada dua sebab! Pertama, betapa adanya individu yang melihat Man Utd ini dari aspek money-making atau bisnes! Profit! Keuntungan..yang difikirkan oleh beliau betapa bagusnya strategi yang dijalankan oleh pengurusan Man Utd untuk menjana keuntungan! 2009 adalah merupakan tahun penulis ini membuat kajiannya, dan kini, Man Utd adalah kelab sukan terkaya di dunia!
Penjual buku ni kat mudah.my beri sinopsis:
Sinopsis
Manchester United Footbal Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing.
Strategi Bisnes Manchester United, bukan buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United.
Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi;
- Penajaan untuk tingkatkan keuntungan.
- Ambil faedah dari harta intelek.
- Kerjasama dengan syarikat lain.
- Perdagangan dan pengurusan bakat.
- Merchandising dan penerbitan.
- Penerokaan pasaran baru.
- Cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita.
Buku ini sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja.
Kedua, kerana Man Utd itu sendiri adalah satu jenama yang cukup mahal! Fans di Malaysia ni memang sangat ramai tak terkira! Maka atas sebab itulah mana2 sahaja syarikat korporat yang besar2 berani untuk memberi tajaan atas jenama Man Utd ini! TM, Maybank, Mister Potato, Epson malah pengeluar jersi2 dan merchandise fake pun terkena tempiasnya! What a profit!
Buku ini boleh dibeli oleh mereka yang optimis melihat peluang bisnes dan ingin mengetahui strategi serta rahsianya (menumpang tempias Man Utd) atau bagi mereka yang ingin membuat koleksi buku2 Man Utd!
Nanti aku nak pegi jenguk Popular, ada lagi tak buku ni..kalau takde, aku rembat je kot mudah.my ni..tapi aku ni malas membaca!!!!!
No comments:
Post a Comment