Tuesday, February 21, 2012

Luqman, Fizo Omar, Ong Kim Swee & Apex di Kaki Bola TV9!

Kaki Bola TV9 semalam memasuki episod ketujuh, dan rasanya, tetamu jemputan semalam adalah yang paling ramai kalau tak silap..bukan 2, bukan 3, tetapi 4 org tetamu yg merupakan selebriti tanah air dari dua bidang iaitu bidang seni dan sukan!


Semalam jugak, ketiga-tiga pengacara memakai jersi Panthera Team Malaysia! Rasanya lebih cantik dan lebih seragam! Harapnya dapat dikekalkan sokmo macam ni, baru meriah! Atau sekurang2nya ada jersi atau baju khas kaki bola!


Utk round pertama, Kaki Bola menampilkan selebriti dari bidang seni iaitu Luqman, seorang pengacara Nasi Lemak Kopi 'O' yang jugak model bagi iklan 'berhenti merokok' Niquitin dan Fizo Omar, seorang pelakon terkenal!



Fizo hadir memakai jersi Man Utd season 09/10 manakala Luqman lebih selesa memakai jersi Malaysia! Topik yang dibincangkan macam biaselah, mengenai perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa, antaranya keputusan Piala FA Malaysia dan pastinya membikin fans Arsenal panasss...adalah prestasi buruk Arsenal sejak akhir2 ini!


Dan sebab itulah pasukan 'guest' di Grandstand Kaki Bola adalah dari Kelab Penyokong Arsenal Malaysia! Mcm beselaa..'tembak-menembak' pastinya ada...tapi masing2 cool jeeee tahan jiwa! Hahahahahhaaa...


Bagi round kedua pulak, giliran selebriti bola sepak pulak mengambil alih..kali ini Coach Ong Kim Swee dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex plak menjadi tetamu..fokus perbualan terarah kepada perkembangan pasukan Harimau Muda menjelang perlawanan kedua menentang Jepun dalam Kelayakan Olimpik 2012!


Tapik spring kpd coach sebab penggunaan Bahasa Melayunya cukup tersusun, tertib dan mudah difahami meskipun beliau berbangsa Cina! Terbaikkkkk!!!



Dan segmen wajib, Kaki Emas..macam biasa tetamu jemputan dikehendaki menendang bola ke arah lubang markah yang disediakan dan pada episod kali ini, Apex menyertai ranking Kaki Emas dengan berjaya menyumbat sebijik 'gol' ke lubang 8 markah...yang lainn...sipi-sipi jee...


So, cadangan akulah sekiranya Mr. Kieran baca blog ini, apa kata jika diadakan secara rasminya segmen kuiz dengan menyediakan hadiah2 yang lebih menarik seperti jersi Harimau Malaya atau pun mana-mana jersi original pasukan lain atau barangan futsal sumbangan mana-mana syarikat pengeluar barangan sukan..


Atau suruh je si E-one tu menjelajah ke stadium di setiap negeri setiap kali perlawanan Liga Super atau Liga Perdana berlangsung! Barulah feel di lokasi perlawanan itu dapat rasa..bertemu dengan Ultras2 di setiap negeri..interviu diorg, buat game atau trivia kuiz..dengan cara ini, aku rasa rating Kaki Bola akan naik, matlamat program ini pun sampai...kan???? Barulah Kaki Bola!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...