Tuesday, February 28, 2012

Joe Flizzow & Faiz di Kaki Bola TV9!


Semalam, Joe Flizzow dan Faiz menjadi tetamu Kaki Bola di TV9! Aku respek Joe Flizzow kerana datang memakai jersi Harimau Malaya yang tertera nama Safee 10 sertai dipenuhi dengan tanda tangan para pemain! Memang terbaikk!!!


Manakala Faiz, seorang pengacara dan pelakon pula hadir menemani C-Lan Paul, yang baru sahaja gembira dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup! Yup, dia berbaju Liverpool malam tu!


Tetamu di grandstand pula adalah dari Seladang FC iaitu Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Perak dan Kelab Penyokong Tottenham Hotspurs Malaysia!



Well, topik semalam berkisar ttg perlawanan Malaysia dan Jepun baru2 ini, selain kejayaan Liverpool membawa pulang Carling Cup setelah menewaskan Cardiff City dalam perlawanan akhir di Wembley baru2 ini..




Reaksi Joe Flizzow selepas berjaya mengutip 8 markah!

Dan pada episod kali ini juga, buat pertama kalinya, dua orang selebiriti berjaya meletakkan nama dalam ranking Kaki Emas apabila kedua-duanya dapat mengutip 8 markah seorang ketika segmen tersebut!


Semalam jugak ada segmen baharu, iaitu segmen Refree Ahmad Kayu, yang membincangkan serta berkongsi ilmu undang-undang bola sepak FIFA! Refreenya pun Eone sendirik..hahaha!!


Oh ya, berita baik jugak utk para gadis! Anda yang rasa2nya diri anda berbakat dalam bidang pengacaraan..dan yang paling penting, ada knowledge yg tinggi dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa, Kaki Bola inginkan anda..ujibakat akan diadakan pada 3 Mac 2012 nanti..segala maklumat, layari www.tv9.com.my!

Oh, ya..skrang ni pun dah ada yang upload Kaki Bola ni kat youtube..so sape2 yang terlepas episod2 sbelum ni..silalah tengok yer..kat tonton.com.my pun ada!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...