Seorang jejaka bernama Jonathan Cruise, 21 tahun tengah syok melepak sambil menghisap rokok di luar sebuah kelab malam di Barcelona, apabila beliau didatangi seorang lagi jejaka yang meminta sebatang rokok..
Cruise, yang memerlukan teman seperokokan, menghulurkan sebatang rokok sambil memulakan bicara..
"Dari mana bro?"
"Manchester", jawab lelaki itu.."Nama saya Raphael...".
Cruise tersenyum, sambil memperkenalkan namanya, dia bertanya, "Biru ke Merah?"..
"Merah!", jawab Raphael..Senyuman Cruise bertambah lebar...kerana dia juga adalah penyokong Man Utd!
"Ayah saya merupakan'King of Manchester!", Raphael menyambung dengan nada yang lebih bangga!
Terkejut dengan kata2 itu, Cruise inginkan kepastian..."Adakah ini bermakna, ayah ngko ni..Eric Cantona!??"..
"YA!", jawab Raphael.."Ayah saya sehingga kini masih lagi cintakan United! Ketika Man Utd gagal mempertahankan kejuaraan liga dan City merampas takhta tersebut..ayah saya terajang 'coffee table' sampai hancur berkecai dan tergolek atas karpet!", Raphael menambah..kali ini dengan lebih semangat sambil tertawa..
Mereka terus berbual lagi..dan pada akhirnya perbualan mereka, Cruise bersalam dengan penuh erat, berbangga kerana dapat melepak dengan anak legenda tersohor Man Utd!
Sekembalinya ke England, Cruise terus cari Raphael di FB..dan ternyata..Raphael adalah anak Cantona!
Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Jonathan Cruise kepada Daily Mirror
Sumber di sini.
No comments:
Post a Comment