Hahahahaaa..kasarkan bahasa..tapi itulah hakikatnya, kan?
Sebagai ganti, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan dari US, Warrior akan mengambil alih kontrak tajaan pasukan Liverpool!
Bayangan fans Liverpool terhadap jersi mereka sendiri..
Warrior??? Ada ke jenama sukan Warrior?? Ramai yang taktau wujudnya Warrior..dan sememangnya mmg kow2la kene kutuk Liverpool di dalam FB sbbnya, seingat akula, ada satu kasut sekolah jenama Warrior..hahahahahaha!!!
Dan sebagai sebuah kelab bola sepak yang ternama di dunia, pastinya Liverpool menerima tamparan hebat apabila satu syarikat barangan sukan yang tidak terkenal menaja pasukan yang terkenal..Hehehehhee...
So, apakah Warrior ni? Setelah diselidiki menerusi laman sesawang rasmi warrior.com, Warrior ni banyak taja pasukan hoki ais dan juga sukan Lacrosse (klik sini utk tau pasal sukan ni)..tapi aku tak jumpa pulak barangan utk bola sepak..sedangkan di US sendiri kebanyakan pasukan MLSnya ditaja oleh Adidas...
Glove hoki ais Warrior..
Adidas memang cukup sinonim dengan Liverpool. Kerana Adidas mula menaja Liverpool sejak tahun 1984 lagi. Cuma pada tahun 1996 hingga 2006 sahaja Reebok taja Liverpool, sebelum Adidas kembali amek alih!
Dan sebut pasal Reebok, aku pernah berharap bahawa Reebok juga menaja Man Utd satu ketika dahulu. Sebabnya aku pernah gila2 punya minat Reebok sekitar awal 90an dulu hanya kerana Ryan Giggs ditaja Reebok, meskipun aku minat Cantona. Tapi Cantona masa tu pakai Nike, yang agak kurang femes dalam bidang bola sepak sbb Nike banyak taja pasukan NBA!
Sekarang pulak aku berharap bahawa Puma plak akan mengambil alih Nike bagi tajaan jersi Man Utd sbb pada aku, jersi-jersi keluaran Puma memang dabomb!
Tengok sahaja jersi Itali tahun 2006 dan 2010, sempoi tapi cun! Dan terkini, jersi pasukan-pasukan negara Afrika!!
Italy 2006 kit
Italy 2010 kit
Puma juga mempunyai corak yang menarik pada setiap design jersinya, memberikan satu latar belakang atau watermark yang tersendiri, sama macam design-design Umbro pada jersi Man Utd sekitar 90an!
Koleksi Jersi Puma bagi pasukan negara-negara Afrika 2012. Nice!
Apa2pun, kontrak Nike bersama dengan Man Utd akan tamat pada 2015, dan masih belum dibincangkan penyambungannya..dan dalam tempoh tiga tahun, sama2lah kita berharap agar Man Utd terus cemerlang dan tidak mengecewakan Nike dan seterusnya menyebabkan syarikat FBT, Kika atau Jking yang amek alih...Hehehehehehe..
Nota tambahan: Warrior menaja Liverpool dengan kontrak bernilai 25 juta Pound, mengatasi Nike yang menaja Man Utd dengan kontrak bernilai 23.3 juta Pound! Ok..
No comments:
Post a Comment