Tuesday, January 10, 2012

Peminat di Mumbai terpaksa bayar untuk bertemu dengan Gary Neville!


8 Januari 2012 baru2 ini mmg tarikh yang sangat cun bagi fans Man Utd di Malaysia! Pertama sebab Man Utd berjaya menewaskan City dalam saingan FA Cup pusingan ketiga dan kedua, kerana legenda Man Utd, Gary Neville sudi bertemu para peminat beliau di Malaysia!

Namun bagi fans Man Utd di India, mereka turut bertuah kerana Neville akan mengadakan sesi bertemu peminat di Mumbai pada 12 Januari ini!

Tetapi tidak macam kita di Malaysia, pihak penganjur di sana dikatakan mengenai bayaran sebanyak 3000 Rupee (RM182) utk makan malam bersama Neville dan berparti! Kira itulah sesi ramah mesra yang dianjurkan di Mumbai!

Perghh..kire untunglah kita Fans di Malaysia kerana Mister Potato sudi 'sponsor' lawatan Gary Neville ke Malaysia! Rugi aku tak pergi!!!!!

Tapi aku rasa, demi Man Utd, mmg fans sanggup buat apa sahaja! Di Mumbai, Gary Neville akan makan malam dan berjimba2 bersama dengan fans di Manchester United Cafe Bar, Mumbai!

Sumber: www.cnngo.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...