Tuesday, April 10, 2012

Kaki Bola TV9: Bola Gal, Peter Schmeichel & Gua Kaki Bola NTV7!

Kaki Bola bertarikh 9 April 2012 semalam aku sempat tonton utk setengah jam yang pertama setelah beberapa minggu terlepas...Lagi setengah jam selepasnya aku tengok citer Jackie Chan kat TV3!

Namun sempat jugakla aku tengok kecantikan Intan Ladyana yang hadir sebagai tetamu bersama errr..Kamal Adli, si budak Pekan Pahang iteww..Hehehehee!! Cuma semalam tak sempat nak snap gamba sbb terlalu asyik menonton!


Lama tak tengok, rupa2nya set Kaki Bola dah ada perubahan..Sudah ada tiang goal, sudah ada couch yang menempatkan tetamu, juga ada entrance ala-ala terowong kat stadium (cuma ada curtain hitam menyebabkan ia kelihatan macam tabir sarkis) dan yang paling penting ada Bola Gal yang sangat kiut, yang menjadi pujaan ramai2 kaki-kaki bola yang tak abes2 tweet pasal beliauuuuuu!!!!

Sape Bola Gal tu? Wajahnya iras2 Shila Amzah, membuatkan si E-one Lalang tak senang duduk! Nanti sat gi aku citer..Sebab sebelum tu nak cite sket pasal Intan Ladyana ni, bersama ngn Kamal Adli, beliau menyokong Man Utd; dan meminati C. Ronaldo! Sebabnya ~ Kehenseman beliau...ceyyyy!!

Kamal Adli pulak minat ngan Rooney ~ dan aku setuju ngan pendapat Kamal..sememangnya Rooney adalah key player dalam pasukan Man Utd ketika ini, kerana beliau berada hampir di semua posisi di atas padang semata-mata ingin memastikan United dapat title kali ke-20!!!

Kamal Adli, selaku orang Pahang, kata beliau pernah menyokong Pahang..kemudian dah tak sokong, kerana apa? Kerana satu ketika dahulu pemain import dihentikan...hahaha, alasan...skang ni pemain Import dah ada semula bro...boleh da sokong, Pahang plak tgh perform ni!

Dalam episode semalam jugak, ada sedikit story pasal Peter Schmeichel dtg Malaysia, ulasan beliau mengenai Ferguson serta beberapa muka geng Mymanutd seperti boss mereka, Mr. Masrul pun muncul!


Dan Bola Gal?? Siapakah ini Bola Gal? Sebelum ini, pada satu episode, Kaki Bola pernah menjemput tetamu dari kalangan artis wanita pertama mereka ke studio, iaitu Neelofa, bertitik tolak dari situlah, peminat Kaki Bola mencadangkan perlu adanya hos wanita sebagai penyeri dan yang penting pendapat serta pandangan mengenai sukan bola sepak dari kaca mata seorang wanita..so, pihak penerbitan Kaki Bola pun melakukan pencarian Bola Gal dan akhirnya, Diana Rusdi terpilih menjadi Bola Gal!!!! Dan beliau adalah fans tegar Man Utd!!!!!!!!!!!!!

Diana Rusdi bukanlah muka baru sebenarnya, sebab sebelum ini dia pernah muncul dalam satu program yang hampir sama konsepnya, malah tajuknya jugak pun hampir2 sama..iaitu Gua Kaki Bola menerusi saluran NTV7!!!!

Ini adalah klip yang aku dapat menerusi youtube..so, aku baru perasan yang aku dah type panjang!! Apa kata korang layari youtube dan search Gua Kaki Bola yang selainnya, selain Kaki Bola TV9 ini sendiri...:)




Kiut?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...