Tuesday, January 31, 2012

Stadium Darul Makmur!

Tahun ini, Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah bagi SUKMA 2012! Dan sebagai persediaan, beberapa venue sukan seperti Stadium Hoki dan Kolam Renang di Wisma Belia & Sukan Pahang dinaiktaraf...termasuklah Stadium Darul Makmur (SDM)..

Penaiktarafan stadium ini menyebabkan venue home bagi pasukan Liga Perdana Pahang, Skuad Tok Gajah berpindah ke Stadium Mini Temerloh buat sementara waktu..

Tadi waktu lunch, aku lalu depan SDM..dan wow, aku terkejut, sebab skang ni kerja2 renovasi sdg dijalankan di pintu utama stadium dan struktur besi2nya kelihatan seperti....Old Trafford! Hahahahhaaa...

Tak percaya? Tengok ni!!! Klik gambar utk besarkan..



Hehehe..tak payahla aku susah2 pegi OT..Haha, jangan mareyy...


Bantal? Comforter?


Aku geram-geram tengok comforter yg boleh transform jadi bantal ni!! Macam best je..iklan ni pulak da banyak kali BUMP kat Mudah.my!

Bukan ape, aku ni suka baring kat ruang tamu sambil tengok TV..kadang2 tu jugak, aku ngan orang umah aku suka gi jalan2 mcm pegi KL, Melaka, Penang. Selain itu, aku ni plak slalu outstation..so aku fikir sesuai jugak kalo angkat satu..

Pikir nak beli banyak kali, tapi tak beli2 jugak..Hahahahahaa!!

What do you mean King!?

Banner fans Liverpool ketika saingan keempat FA Cup, merujuk kepada King Kenny!


Original by outsideoldtrafford.blogspot.com

Liverpool vs Man Utd di Kaki Bola TV9!

Rancangan Kaki Bola di TV9 sudah pun 'berusia' 4 episod semalam. Dan episod semalam adalah merupakan episod yang sangat sedeyhhh kepada semua fans Man Utd!!!

Kesedihan Kieran 'dipujuk' oleh C-Lan...

Mana tidaknya, pada episod semalamlah, C-Lan Paul selaku pengacara dan fans Liverpool kaw2 bagi kat Kieran! Dan lebih sedeyh lagi, Kaki Bola smalam sekali lagi menjemput Apai dan geng2 Liverbirds semalam di 'grand stand' Kaki Bola!!!! Dengan chant dan sorakannya, kaw2 Man Utd kena semalam! Semuanya gara2 kekalahan Man Utd kpd Liverpool dalam saingan FA Cup!


Aku sendiri semalam berbuluuuuuuuu jer bila tengok muka budak2 Liverbirds semalam..tapi hakikat kena terima, so, senyum2 kelat je la semalam, walao hati di dalam siapa yang tahu..Heheheheh!!

Tapi semalam, sekali lagi jugak Malaysian Red Devils dijemput jadi team 'guest'! Well, sekurang2nya tidaklah di Kieran terkontang-kanting sorang2 mempertahankan maruah United..kiranya semalam berbalas2 chant jugakla mereka.. Havoc jugakla!!



Kaki Bola semalam juga menjemput 2 orang tetamu, kedua-duanya penyokong Man Utd iaitu Aidid Marcello dan Black Mentor..sudah tentunya kehadiran mamat dua orang ini menambah lauk buat C-Lan untuk menghentam Man Utd habis2an..Hehehehehhee...keadaan bertambah panas apabila kedua2 penyokong pasukan saling cabar mencabar utk berlawan futsal pada 11 Februari 2012 nanti, bersempena dengan perlawanan kedua BPL Man Utd vs Liverpool...


Aidid Marcello steady pakai jersi Man Utd!

Kata Black, jersi Man Utd dia basuh..Hehhehehe..

Tercabar dengan cabaran tersebut, maka C-Lan dan Kieran akhirnya telah menetapkan satu perlawanan futsal antara Man Utd dan Liverpool pada hari tersebut. Oh, ye..sebelum ni Kieran dah kalah betting ngan C-Lan dan terpaksa mencuci lima buah kereta fans Liverpool dalam satu cabaran di Hot FM!!

Boss MRD..

Macam kenal..tapi di mana ya!?

Fans United yg diinterbiu selepas kekalahan..

Aidid & Black ketika cabaran segmen Kaki Emas..

Tapi malangnya kedua-duanya gagal!!

Anyway, Kaki Bola semalam memang terhibur! Cuma harapnya selepas ini, Kaki Bola slowkan sikit berbincang pasal liga BPL, fokuskan pulak liga tempatan macam menjemput penyokong2 atau ultras-ultras negeri plak..kerana mereka ini sebenarnya pejuang bola sepak negara yang terus setia memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan bola sepak tempatan!

Majulah sukan untuk negara!

Monday, January 30, 2012

Warga K-Pop berbangga!


Hahaha, actually bukanlah para penyanyi K-Pop, tetapi warga Korea Selatan keseluruhannya yang sangat berbangga dengan Park Ji-Sung yang menyumbang satu2nya gol Man Utd ketika menentang Liverpool baru2 ini!

Meskipun tewas, tetapi bagi rakyat Korea Selatan, sumbangan Park itu sangat besar maknanya kerana gol tersebut adalah gol tunggal United yang memberi sekurang2nya defisit yang kecil jumlah gol selain memberi tekanan kepada Liverpool untuk mencari gol kemenangan!

Itulah dia rakyat Korea Selatan! Semangat juang mereka cukup tinggi! Takkan mengaku kalah sebelum berjuang!

Haih, bilala agaknya 'Ramli' dapat membuatkan rakyat Malaysia pulak berbangga yer???

Rooney main golf!


Wayne Rooney adalah merupakan player yang boleh dimuat-turun dalam game Tiger Woods PGA Tour Golf 13 keluaran EA Sports.

Sebelum ini pada tahun 2008, Rooney adalah golf player Bonus! Selain Rooney, Peter Cech, Theo Walcott dan James Milner turut 'tersenarai' sebagai pemain golf profesional!

Wajah Rooney mmg kacak! Sebijik mcm muka dia, cume Peter Cech jer lain. Sebabnya, dia tak pakai helmet! Haha!

Monyet Perkauman!

Firstly, maaf sebab blog ini terkebelakang sket..maksud aku dari segi pengemaskinian entri..Haha. Aku ada kursus pada hujung mggu lalu yang menyebabkan bukan sahaja blog aku ni tak update, tapi aku jugak terlepas nak tonton Liverpool vs Man Utd dalam saingan pusingan keempat FA Cup!

Well, semua da tau resultnya kan? Sedeyhhh!!! Tapi yang lebih sedih adalah sikap penyokong Liverpool yang begitu racist!!! Dan mangsanya, sudah tentulah Patrice Evra!

Now, bro! Dalam konteks ini, aku rasa bukan Evra sahaja terpalit, sebenarnya seluruhnya pemain berkulit hotam sepatutnya bengkek dengan sikap fans Liverpool ni! Malah, sorry to say, as far as I know, apabila disebut pasal racist atau perkauman, apa2 sahaja kaum yang di luar lingkungan kaum mereka (dalam isu ini Mat Salleh di Merseyside) sepatutnya patut bengkek sama, kerana dasar perkauman itu sendiri adalah membenci kaum yang lain kerana beranggapan bahawa kaum mereka superior!


Adakah ini satu 'perkauman'? Sumber: akustressgiler.blogspot.com.

Evra dikutuk oleh fans Liverpool ketika di Anfield atas insiden Luiz Suarez melakukan perkara yang sama ketika saingan BPL tak lama dulu! Sebagai hukuman, Suarez dihukum gantung 8 perlawanan dan ini menyebabkan fans Liverpool pissed off!


So, kononnya nak membalas dendam, fans mereka mengejek Evra dengan melakukan aksi monyet! WTF! Dan aksi monyet ni memang sinonim dengan cara puak2 racist di menghina kaum atau pemain  kulit hitam. Samuel Eto'o pernah diejek oleh fans pasukan lawan dulu ketika beliau masih bermain di Barcelona!


Mujurlah Polis Merseyside cekap dan bertindak adil apabila menahan seorang 'monyet perkauman' beberapa jam selepas game di Anfield! Sedihnya penyokong ni adalah seorang warga emas yang hanya menunggu maut sahaja.

Lelaki berusia 59 tahun dari Wales Utara ini ditahan setelah pihak polis mengkaji rakaman video dan terbukti, memang beliau melakukan aksi tersebut!


Sepatutnya FA England mengambil tindakan yang lebih keras kepada Liverpool atas sikap tak beradap fans mereka tempoh hari! Tengok macam SAF, siap tulis surat rasmi lagi kepada fans Man Utd agar menjaga disiplin masing2..dan ternyata fans United memang berdisiplin..macam aku, berdisipilin sampaikan 'tak sanggup' nak ponteng kursus utk tengok match.. sedeyhh!!

Friday, January 27, 2012

Retro: Man Utd vs Liverpool FA Cup Clash!

Man Utd akan bertandang ke Anfield bagi pusingan keempat FA Cup esok (28 Januari 2012)..

Mari kita lihat sedikit gambar bersejarah bertembung klasik Man Utd - Liverpool ini dalam FA Cup pada tahun 1996!


Eric 'The King' Cantona melakukan volley pada minit ke 86 perlawanan bagi memastikan United menang ke atas Liverpool pada saingan akhir FA Cup 1996 di Stadium Wembley..Selepas itu Cantona pun bersara...


Tapi yang menariknya pada tahun itu, para pemain daripada kedua2 pasukan sebelumnya memakai suit di atas padang sambil beramah mesra..kira macam menghadiri cocktail party la..Hahaha..pemain Liverpool memakai suit tajaan Armani berwarna krim..styleeeeeeeeeeeee...


Apa2pun perlawanan Man Utd dan Liverpool senantiasa KLASIK!!!

Video Lama: CR & English Edukesyennnnn..

Yup, ini mmg video lama. Tapi aku rasa menarik untuk dikongsi sebabnya kalau gi tengok biase2 je mmg tak perasan..Hahaha!

Ok, Masa mula2 Cristiano Ronaldo join Man Utd dulu, dia ni tak pandai cakap omputih! Hahaha, dalam satu temubual, dia tergagap2 nak menjawab soklan, last2 dia terus cakap dia tak faham English..terpaksalah Si Gary Neville ni tlg jawab bagi pihak beliau..sila tengok..


Itu belum campur betapa 'berkaratnya' muka CR ni..dengan rambut tengah serabai..Hahaha..ok, selepas beberapa tahun kemudian..Muka da kacak, rambut da cacak..CR dah mula terer cakap omputih..siap eksyen lagi kenakan Si Anderson.."In English please.."..kononnyelaa..Hahahaha!!


Nakal!! Apa2pun aku merindui kelibat C.Ronaldo di atas padang Old Trafford!!!!

Trophy Tour is back again!

Manchester United bersama dengan rakan penajanya DHL akan sekali lagi mengadakan ' Champ19nsTrophy Tour' dengan menjelajah ke 27 buah negara Asia, antaranya India, Turki, Jepun, Korea, Vietnam selain Norway di Eropah dan Benua Afrika.

Petikan daripada laman sesawang rasmi manutd.com;
The four-month tour kicks off in Delhi on Saturday 4 February 2012 and will be accompanied by United legends Denis Irwin and Quinton Fortune, as well as the club’s famous Fred The Red mascot. After visiting Delhi, it will move on to Mumbai on Monday 6 February. This is the first time the club have toured India with the trophy and fans’ response is expected to be significant.
Other legends who will join the tour as it travels around the world include Andrew Cole, Lee Sharpe, Bryan Robson, Paul Parker, Ronny Johnsen, Jesper Blomqvist, Gary Bailey and Gary Pallister - with even more names due to be confirmed.
Fans will have the opportunity to have their picture taken with the coveted trophy and club legends during various events including fan parties, in-store events and soccer schools, which will take place in each country.

Haa, tengok tu..berapa ramai Man Utd legend yg join sama!!! Termasuk si maskot Fred The Red!! Mmg superb! Dan setakat pendengaran aku menerusi salah seorang member Mymanutd, Malaysia adalah antara 27 buah negara yang tersenarai..tapi itu khabar yang tidak rasmi lagilah..

Dan sekiranya benarlah Malaysia antara salah satu destinasi jelajah trofi ini, aku pasti-jika tiada aral, akan pergi memeriahkan suasana bagi mengubat duka lara tak dapat join minggu lepas...wuwuwuwuwwuuu...!!

Update pasal jelajah trofi ini, sila like facebook.com/manchesterunited.


BPL Trophy Tour di KLCC tahun lepas..memang aku melepass..
(Gambar drpd facebook Mymanutd)

Thursday, January 26, 2012

Official Man Utd Annual 2012!

Sememangnya buku-buku mengenai Man Utd banyak dijual! Tak kisahlah autobiografi pasal player ke, buku pasal sejarah Man Utd ke, pasal season review ke..memang banyak.

Dan aku pernah beli sebuah buku Man Utd yang berharga RM80++ dulu pasal United 100 Greatest Player..tapi dah hilang, aku tak ingat hilang kat mana..tapi yang aku ingat, pemain No. 1 adalah Eric Cantona!

Bukan yg ini, sebab yg. aku beli tu cover dia lain..

Jika anda ulat buku, atau pengumpul koleksi Man Utd tegar, dapatkan Buku Rasmi Tahunan Man Utd 2012! Kat amazon.com banyak..kat kedai2 buku di Kuantan, aku tak jumpa lagi..KL ada kot..

Just an old Umbro ad with Sir Matt Busby!


Ini adalah merupakan sekeping naskhah iklan pada sekitar tahun 1958 yang mempromosikan Umbro sebagai penaja kepada kelab-kelab bolasepak dan ragbi, termasuk Man Utd.

Umbro mula menjadi syarikat pengeluar sukan yang pertama menaja Man Utd, bermula tahun 1955. Sir Matt Busby adalah antara individu yang bertanggungjawab 'memperkenalkan' Umbro kepada Man Utd ketika itu..

Dalam iklan berwarna ini, kita dapat lihat bahawa design V-neck pada jersi Man Utd itu direka oleh Sir Matt Busby sendiri..naisss...!!

Umbro adalah merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan sukan yang berpengkalan di Cheadle, Greater Manchester, England dan pada zaman itu, kira Umbro ni salah satu produk sukan yang branded laa..Nike zaman tu tak wujud lagi..saingan pada Umbro ketika itu pun Adidas..


Dan disebabkan itu Umbro hanya menaja team yang Champion! Haha!


Setan Merah di mana-mana!

Haha, jgn terkejut plak baca tajuknya..takde propaganda atau dakyah apa2 eik..ini sekadar sharing mengenai nama Red Devils yang sebenarnya bukanlah nickname kepada pasukan Manchester United semata-mata..

Yup, Red Devils, atau dalam Bahasa Indonesia digelar Setan Merah (hahaha, obvious doohh) yang merujuk kepada pasukan Man Utd juga turut digunakan oleh pasukan atau kelab berkaitan bola sepak di tempat lain..

Antaranya:

1. Pasukan Kebangsaan Belgium, juga dikenali sebagai Red Devils..Pasukan Akrobatik Tentera Udara Belgium juga turut dikenali sebagai The Red Devils..


2. Kelab Penyokong Pasukan Kebangsaan Korea Selatan, Red Devil..


3. Beberapa buah kelab bola sepak tempatan di Amerika Syarikat, logo pun ada yang hampir sama dengan Man Utd, seperti:


Midwest Red Devils FC

Thunder Soccer Club, Maryland.


Salt Lake City Football Club


Ridge High School Soccer Team (Kesemua pasukan/kelab sukannya digelar Red Devils)

4. Di Australia:


Ballarat Red Devils, kelab bolasepak di Victoria.


Marrickville FC di Sydney.

Selain itu Red Devils juga turut digunakan sebagai nama pasukan bagi sukan yang lain seperti American Football, antaranya kelab Hinsdale Central Red Devils Football, Lincoln County Red Devils dan Williston Red Devils Football!

Kalau sukan basketball plak ada Red Devils Basketball Team dan Pike High School Basketball! Tidak ketinggalan juga Red Devils Baseball Team..

Dan yg terbaru, pasukan World Superbike Ducati Team telah menukar namanya kepada Red Devils Ducati Roma!

Well, entri ini hanya sekadar memberi info sahaja dan tidaklah berniat untuk mengagung2kan setan atau syaitan! Jangan salah faham pulak..sebabnya kalau nak diikutkan, penggunaan nama setan ni bukan sekadar maskot atau nama samaran bagi kelab sukan semata2..malah nama manusia sendiri pun dah 'dipersetan' malah dikomersilkan secara meluas di negara kita..

Tak percaya?? Pernah tengok cite Ali Setan dan Legenda Budak Setan?? Hehehehehehhe..jangan marahhh..

Wayne Rooney nak beli set dram..

..dan bukannya sembarangan set dram, kerana set dram itu adalah milik bekas anggota kumpulan Brit-Pop terkenal UK, Oasis, iaitu Tony McCaroll!


Tony yang mengetahui hasrat Rooney itu begitu teruja sekali kerana tidak menyangka seorang bintang bolasepak terkenal mahu membeli set dramnya.

"Aku dengar khabar angin bahawa Rooney berminat nak beli dram tu..aku rasa molek jugak daripada berabuk dalam stor", lebih kurang begitulah kata Tony..

Tony McCaroll adalah antara line-up terawal Oasis dan sempat merakamkan album bertaraf legend iaitu Definetely Maybe dengan menggunakan dram tersebut. Beliau meninggalkan Oasis pada tahun 1995 secara kontroversi!

'The drum kit has been locked away for years with all my old discs, so it's getting dusted down now.
'It was a great recording set — Premier kit. Back in the day we would hire cymbals but the bass drum, toms and Black Beauty snare were mine. It's all up for auction.
'If this rolls out well I'll be giving part of the proceeds to a music-related charity too.'
 Itu adalah petikan kata2 Tony kepada metro.co.uk!

And some interest part is, front man Oasis, Noel serta Liam Gallagher adalah penyokong tegar Manchester City!



Sumber: metro.co.uk.

Wednesday, January 25, 2012

The Legendary Kung Fu Kick!


Pada hari ini 17 tahun lalu, Eric Cantona melakukan aksi tendangan Kung Fu kepada Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace! Tindakan itu dilakukan setelah beliau diejek oleh Simmons selepas diperintah keluar padang oleh pengadil..

Akibatnya, beliau diban selama 4 bulan dan didenda GBP20,000! Insiden tersebut turut menyebabkan Cantona terkenal dengan ungkapan emasnya, "When the seagulls follow the trawler, it's because they think sardines will be thrown into the sea. Thank you very much", sebelum beliau blah begitu aje menyebabkan hadirin yang hadir pada sidang media tersebut terkedu!

What a legend! And here's the video of the famous line..



And the video of the famous 'kung fu' kick!



Design Stanley Chow 2012

Sebelum ini aku ada cerita pasal Stanley Chow, seorang artis grafik dari Manchester dengan hasil karya superb beliau!!


So, utk tahun 2012 ni, Stanley ada hasilkan 2 lagi karya terbaru beliau! Menampilkan The Holy Trinity dan juga Wayne Rooney 'The White Pele' 2012! Holy Trinity dijual pada harga GBP15 manakala Rooney GBP20!


Mmg sangat cun!!!! So, apa lagi..rip off, print dan tampalla buat koleksi!

SOPA?? Naaaahhhh....for more of his collection, visit here.

Just something from 9gag!

Yup, aku suka 9gag.com! And for some reason kebanyakan rage comics atau awkward moment dlm 9gag mmg 'true story'! Hahhaa..

In fact, Man Utd pun sebahagian daripada gags yg selalu kena dan mengenakan! Just some Man Utd gags digest to share!


Masa game Arsenal vs Man Utd bebaru ni..


Damn..hahaha!




Hahahahhahahaa....Problem!?

Eric Cantona: Switch (2011)

Eric Cantona sebelum ini pernah berlakon dalam filem Looking For Eric (2009) yang memegang watak sebagai diri beliau sendiri! Filem ini aku pernah download, tapi dapat separuh je..tapi memang best sebab ia mengisahkan ttg seorang posmen yang merupakan fan Man Utd yang mengalami masalah peribadi dan menerima 'rawatan psikologi' oleh Eric Cantona, secara halusinasi!


Tahun lepas Cantona sekali lagi berlakon sebagai Pegawai Polis Damien Forgeat yang ditugaskan memburu seorang wanita yang dituduh melakukan pembunuhan! Filem bercorak aksi ni mmg kalau dilihat trailernya macam awesome! Lakonan King Cantona pun nampak macam layanlaa...

Well, filem ini walaupun ditayangkan tahun lepas, tetapi di beberapa pawagam di UK baru sahaja menayangkannya!

Since Megaupload dah ditutup, ada sesiapa yang boleh kasi aku situs nak downloadnya? Hehehe..

Berikut adalah trailernya..


Sumber: imdb.com.

Ustaz Azhar Idrus Menjawab...


Jelas?? Kawan aku plak komen, lebih kurang mcm ni la ayatnya, "pertama sekali orang duk cakap itu gambar setan..diorg penah tengok setan ke? Macam itu ke rupe setan??"..Hmmmm...

Orang berilmu sudah memberi jawapan, yang pastinya jika kita mau sokong..sokonglah pasukan dan permainan bola sepak itu semata2..jangan terlalu taksub sehingga kita lalai..contohnya game Man Utd sekarang ni banyak jugak main kul 8 malam, kul 8.45 malam..kalau nak pegi MV tu, pastikan solat Maghrib tak tinggal..kemudian nak tengok, tengokla..time Isyak tu, jika lokasi MV kita dekat dgn surau/masjid, pelankan suara, itu sahaja..mudah..lepas tu, solat Isyak..

Dan jangan jugak kita terlalu mendewa-dewakan pemain2 lebih daripada segala2nya..Cukupla sekadar minat sahaja..hanya pendapat aku sahaja..Islam itu mudah, Islam itu indah..

Jadi, renung2kan..dan selamat beramal...

Surat daripada Boss!!


Ini adalah surat rasmi daripada Manager Sir Alex Ferguson kepada semua fans Man Utd yang akan ke Anfield bagi menyaksikan perlawanan pusingan keempat FA Cup 28 Januari 2012 nanti.

Surat ini menasihatkan kepada para penyokong The Red Devils agar sentiasa berdisiplin dan menjaga adab-adab sopan seperti:

1. Duduk hanya di kerusi yang dibeli (ikut nombor pada tiket).
2. Jangan menghalang laluan.
3. Menghormat 'steward' (petugas stadium).
4. Mematuhi undang-undang stadium.

SAF berkata bahawa game antara kedua-dua pasukan sememangnya game yang besar dan beliau turut menghargai sokongan fans semua sepanjang kejayaan United!

Yes, SAF sememangnya terbaik!

Tapi malang bagi aku, disebabkan ada kursus pada 28hb ni, maka besar kemungkinan game ini aku tak dapat tengok!! Damn!!!

Btw, aku dah print surat ni, konon2nya SAF kirim ke aku la..hahaha..!! Perasan!!

Tuesday, January 24, 2012

Malaysian Red Devils di Kaki Bola TV9!

Minggu lepas aku post pasal En. Tomok di Kaki Bola TV9! Untuk siaran malam tadi 23 Januari 2012, Fans Man Utd dari Malaysian Red Devils pulak dijemput sebagai team penyokong jemputan!

Aku tak berkesempatan untuk tonton Kaki Bola minggu ni sbb aku pegi ke open house seorang taukey Cina kat Kuantan ni..al-maklumlah, Tahun Baharu Cina kan..uniknya open house ni, semua makanan yang dihidangkan adalah makanan Melayu..siap ada pulut kuning ngan rendang woo..macam Raya Puasa plakk..

Tapi, lepas aku balik dr open house tu..aku pegi lepak Teluk Chempedak..dan salah sebuah kedai makan kat situ pasang TV9..sedang ke udara adalah Kaki Bola..arghhh..baru aku teringatt!!

Sempatlah aku jeling jap..aku nampak dari jauh mcm fans Man Utd..tapi aku tak pasti betul atau tak..aku SMS sepupu aku, suh tengok TV9 and yupp..dia ckp fans Man Utd..

Dan ternyata konfirm mmg betul fans Man Utd bile aku tengok status FB Van Remy, seorang die-hard fan Man Utd!

So, aku pinjam gambar beliau dan kongsikan dalam blog ni! Tahniah Malaysian Red Devils! Glamer masing2 masuk TV! Ehehehehehe..

Thanks Van Remy for the photo!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...