Wednesday, February 29, 2012

Manchester United dianugerahkan ISO14001!


Manchester United adalah merupakan kelab Liga Inggeris pertama yang dianugerahkan International Environmental Management System Standard, ISO14001!

ISO14001 adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada organisasi yang mengamal sistem pengurusan alam sekitar secara tersusun dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan, selain penampilan yang terbaik bagi mengekalkan piawaiannya berada dalam kelasnya yang tersendiri! Haaa..macam tu la lebih kurang!

Petikan kata-kata United Chief Operating Officer, Michael Bolingbroke:
 “We're delighted to have achieved this certification. Here at Manchester United we take environmental management very seriously and being certified to an international standard is testament to all the hard work across the club. It's a real boost to receive this recognition for the work we've been doing for many years."
Dan Encik Gary Neville, bekas kapten Man Utd yang juga Duta Alam Sekitar bagi Man Utd pulak berkata:
"It's fantastic to see Manchester United has been recognised for its efforts in environmental management. I know the club is extremely committed to improving sustainability and this certification proves we’re heading in the right direction."
Tahun lepas, Man Utd telah dianugerahkan Carbon Trust Standard dan dengan penanugerahan terkini, United ingin menjadi stadium utama yang pertama di UK menerima tiga anugerah piawaian: The Carbon Trust Standard, ISO14001 dan ISO2012, piawaian Sustainable Events Management!

Sumber: solarpowerportal.co.uk.

DHL Man Utd Trophy Tour di Dubai!


Jelajah Trofi Champ19ns kini sudah pun bermula! Dibawakan khas oleh rakan penajaan Man Utd, DHL..jelajah trofi kini singgah di Dubai..bersama dua bekas bintang United, Lee Sharpe dan Andy Cole!

Kehadiran dua bekas pemain Man Utd tersebut memberi peluang kepada para peminat The Red Devils di UAE utk beramah mesra serta menatap sendiri trofi kebanggaan Man Utd!

Andy Cole sempat memberi penghargaan kepada bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs yang membuat penampilan ke 900 bersama United dan menjaringkan gol kemenangan ke atas Norwich City...

"Giggsy masih bermain pada tahap yang terbaik! Dan merupakan watak yang terpenting kepada pasukan. Beliau sedar bahawa beliau tidak akan bermain dalam semua permainan. Tetapi apabila beliau bermain - caranya bermain, serta cara permainan yang konsisten, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk bermain!", kata Cole..

Lee Sharpe dalam pada itu ingin membuka sebuah sekolah bola sepak di UAE bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai cita2 mereka menjadi pemain bola sepak profesional!

Kata Sharpe," Saya lebih suka berinteraksi dengan pemain cilik berbanding pemain dewasa. Saya berazam untuk melakukan sesuatu mengenai bola sepak di wilayah ini!".

Baguslah tu...harap2nya bekas pemain Man Utd yang berkunjung ke Malaysia pada persinggahan jelaha trofi berikutnya juga terfikir benda yang sama di sini untuk memajukan bola sepak tanah air! Dan pastinya aku akan daftarkan anak aku masuk ke sekolah tersebut! Hahahahahhaaaa...!!

Sumber: khaleejtimes.com, gulftoday.ae dan gulfnews.com.

Tuesday, February 28, 2012

Coleen Rooney terima ancaman BUNUH!

Semua org tahu bahawa En. Wayne Rooney mmg aktif bertwitter..dan isteri beliau, Coleen Rooney pun mengikut jejaknya..

Namun tweet terkini daripada Coleen menyebabkan dia dan keluarganya menerima ancaman bunuh daripada fans United!

Kenapa? Semuanya gara-gara tweetnya berbunyi; "Congratulations Liverpool!", susulan daripada kejayaan Liverpool dalam Carling Cup!

Petikan daripada mirror.co.uk:
Coleen Rooney was sent a Twitter death threat after ­congratulating Liverpool on their Carling Cup win.
Scouser Coleen, 25, tweeted: “Congratulations Liverpool!!!” following the penalties victory against Cardiff City on Sunday.
But Manchester United fans were furious that striker Wayne’s wife was a fan of their arch rivals.
One with the Twitter name M.U.F.C@thebrickie posted: “I used to like you and now I want all your family to burn.”
Another wrote: “Are you allowed to say things like this Coleen?!”, to which she replied: “Of course.”
Coleen told her 610,000 followers she was “brought up a Liverpool supporter”, despite Wayne’s family being Evertonians.
It comes days after Wayne, 26, agreed to fight a Kop fan who was abusive on Twitter.
Coleen’s spokesman last night declined to comment.
Haaa...itu dia..tengok tu! Aku tataula sama ada Wayne Rooney wat dekk je atau dia kasik ajar sama binik dia, bahawa jangan sekali-kali menyokong musuh tegar United! Itupun kalo Rooney berani aa..kalo tidak, kena tido luar der!!!!

Ini lagi sebahagian tweet beliau yg agak controversy dan bikin hati fan Man Utd panassss jek!!!



Joe Flizzow & Faiz di Kaki Bola TV9!


Semalam, Joe Flizzow dan Faiz menjadi tetamu Kaki Bola di TV9! Aku respek Joe Flizzow kerana datang memakai jersi Harimau Malaya yang tertera nama Safee 10 sertai dipenuhi dengan tanda tangan para pemain! Memang terbaikk!!!


Manakala Faiz, seorang pengacara dan pelakon pula hadir menemani C-Lan Paul, yang baru sahaja gembira dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup! Yup, dia berbaju Liverpool malam tu!


Tetamu di grandstand pula adalah dari Seladang FC iaitu Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Perak dan Kelab Penyokong Tottenham Hotspurs Malaysia!



Well, topik semalam berkisar ttg perlawanan Malaysia dan Jepun baru2 ini, selain kejayaan Liverpool membawa pulang Carling Cup setelah menewaskan Cardiff City dalam perlawanan akhir di Wembley baru2 ini..




Reaksi Joe Flizzow selepas berjaya mengutip 8 markah!

Dan pada episod kali ini juga, buat pertama kalinya, dua orang selebiriti berjaya meletakkan nama dalam ranking Kaki Emas apabila kedua-duanya dapat mengutip 8 markah seorang ketika segmen tersebut!


Semalam jugak ada segmen baharu, iaitu segmen Refree Ahmad Kayu, yang membincangkan serta berkongsi ilmu undang-undang bola sepak FIFA! Refreenya pun Eone sendirik..hahaha!!


Oh ya, berita baik jugak utk para gadis! Anda yang rasa2nya diri anda berbakat dalam bidang pengacaraan..dan yang paling penting, ada knowledge yg tinggi dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa, Kaki Bola inginkan anda..ujibakat akan diadakan pada 3 Mac 2012 nanti..segala maklumat, layari www.tv9.com.my!

Oh, ya..skrang ni pun dah ada yang upload Kaki Bola ni kat youtube..so sape2 yang terlepas episod2 sbelum ni..silalah tengok yer..kat tonton.com.my pun ada!

Monday, February 27, 2012

Old Trafford Stadium Model!

Beberapa entri lepas, aku ada cite pasal model berskala kecil Old Trafford! Yup, sebenarnya ada banyak model berskala kecil OT dijual satu ketika dahulu..tapi skrg ni dah boleh kata dah kurang..kalo ada pun dijual, harganya sangat tinggi...

Just now aku tengok kat mudah.my..ada brader ni jual model OT! Well, cekidaut! Menarik jugak beb!!!


Deskripsi barangan ini:
hand made from U.K

MODEL DIMENSION 6"x7" (19CM x 21CM) , FRAME SIZE 8"x9" (21CM x 23CM)

Interior stadium with light inside.power supply by 3XAAA beteri

very nice for display and collection
..dan harganya adalah RM350 sahaja ok..jika berminat..sila call beliau!!

Adeii!!

Yusri & Lisa Surihani!


Satu Malaya sudah mengetahui bahawa Lisa Surihani kini adalah Lisa Suri Yusri! Jejaka-jejaka forever alone di luar sana sila berdukacita! Hehehehee..

Tahniah diucapkan! Cuma satu fakta menarik mengenai pasangan selebriti ini ialah, kedua-duanya fans United!!


Dengar khabarnya mereka akan berbulan madu ke Eropah..so alang2 tu..ke OT la kot..Hehehehe..


Semoga kekal bahagia di bawah rahmat Illahi! :)

Jalur Gemilang dan Paul Scholes!

Paul Scholes menjaringkan gol pertama ketika menentang Norwich City semalam..dan sesuatu yang menarik dapat kita saksikan ialah, ketika Scholes meraikan jaringan tersebut- terpapar jelas Jalur Gemilang pada papan iklan di belakang beliau!


Bangga beb! Nama Malaysia sememangnya terukir di BPL! Lagi satu, meskipun Cardiff City tewas kepada Liverpool dalam final Carling Cup..tapi satu dunia nampak nama Malaysia di Wembley!

Well, at least....kan?

Ini link videonya..

Sementara itu, Ryan Giggs yang membuat penampilan ke-900 bersama United juga menjadi penyelamat ke The Red Devils apabila menjaringkan gol kemenangan! Dan jelaslah semalam, otai jugak yang menyerlah..Hahaha!!


Thursday, February 23, 2012

Retro: Man Utd vs Singapore Young Lions!

Persaingan Liga Super bagi musim 2012 ini menyaksikan pasukan Singapura sekali lagi memeriahkan bola sepak tempatan.

Kali ini, pasukan Singapore Lions 12 atau boleh juga dinamakan sebagai The Young Lions bermain dalam liga tempatan. Bagi sesetengah peminat bola sepak tempatan, mereka tidak bersetuju..tetapi ada jugak yang berpendapat bahawa ini adalah sesuatu yang positif bagi 'memprestijkan' Liga Malaysia..hmm..aku tatau..

Dan sebagai balasan, Harimau Muda A kita pula bermain di Liga Singapura! Oklah tu..kira mcm pertukaran belia antara dua buah negara la kan...

In fact, The Young Lions sebenarnya bukanlah calang-calang pasukan..kerana The Young Lions sebenarnya pernah menjadi satu kuasa besar bola sepak Asean atau sekurang2nya pernah menjadi saingan kepada pasukan-pasukan bola sepak di rantau Nusantara, termasuklah Malaysia..

Malah, pada tahun 1986, Manchester United yang muncul juara Piala FA England pernah mencabar The Young Lions dalam aksi persahabatan sempena dengan jelajah Asia mereka.

Berikut adalah posternya..klasik kan!? Btw..ada sesape tau keputusannya..sebab aku tak jumpa rekod keputusan perlawanannya..


Klik utk besarkan gambar!

Out of Topic: Hotel Bertemakan Steven Gerrard!

Mari kita citer out of topik skett..Di Wilayah Bandung, Indonesia, terdapat sebuah hotel yang baru dibuka khusus untuk peminat dan penyokong pasukan Liverpool, iaitu Hotel Stevie G!


Yah, Hotel Stevie G adalah sebuah hotel bertemakan Steven Gerrard! Dan hanya ada satu sahaja bilik yang diberi nama 'This Is Anfield', dengan paparan gambar-gambar ikonik serta legenda Liverpool, selain daripada perkataan 'This Is Anfield' sendiri yang tertulis pada wallpapernya!


Sungguh menarik! Dan aku fikirkan sekiranya Encik Gary Neville tahulah mengenai kewujudan hotel ini, pastinya beliau kecewa! Yelah, hasrat beliau nak bina hotel bertemakan Man Utd terbantut, alih2 pasukan yang paling dimusuhi beliau iaitu Liverpool ada hotel temanya sendiri, walopun beribu-ribu kilometer jauhnya dari England!

Opss..a wild idea appears, kalo aku nak bukak hotel tema Eric Cantona cantik tak? Hmm......

More at kckrs.com.

Tuesday, February 21, 2012

Wayne Rooney sertai pesta samba di Brazil!


Ketika pesta Samba iaitu The Carnival berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil baru2 ini, pelajar2 dari The Uniao da Ilha Samba School yg menyertai pesta terbesar di Brazil sejak diperkenalkan 80 tahun lalu memakai kostum pemain-pemain bola sepak terkenal dunia!

Dan salah seorang bintangnya adalah En. Wayne Rooney! Lucunya, penari2 samba ini memakai kostum dengan wajah pemain bola sepak yang dikemekkan..dalam kes ni, Rooney kelihatan seperti kanak2!

Brazil, samba dan bola sepak..satu kombinasi yang cukup wow! Tak sabar nak tunggu World Cup 2014!

Sumber: dirtytackle.net.

Mamak Cyber!


Haha, aku nak share kartun 'Mamak Cyber' karya Maro yang disiarkan setiap hari dalam akhbar Utusan Malaysia dalam slot 'Senyum Pagi'..

Actually kartun ni disiarkan hari Isnin 20 Feb..tapi aku terlupa nak kongsi..hehehe..anyway, aku mmg fan of Mamak Cyber! Cool kan? Sila klik utk besarkan..

Tambah lagi koleksi! Man Utd Rooney #10 UCL 09/10!

Bermula dengan satu iklan oleh brader Amir Nurdin dalam grup Jersi Lelong.com, akhirnya aku dapat jugak satu khazanah yang agak superb bagi aku!


Brader ni offer sehelai jersi RM250 + postage..kalo angkat dua helai RM430..tapi yang season 10/12 aku dah ada..kalo tidakkkk....jadi jugak!

Inilah jersi Man Utd Rooney #10 UCL 09/10! Sebenarnya kalo nak diikutkan jersi ni masih lagi senang nak dicarik di kedai2 atau butik2 sukan..Malah kat Kuantan ni ada sebijik kedai Nike yang masih lagi jual jersi ni pada harga RM169 selepas 40% diskaun..aku pun mmg bercadang nak beli..tapi alih2 aku terjumpa plak iklan pasal jersi ni dalam grup tu...

So, aku congak..dengan kos nak membeli patches dan NNSnya..cecah gak harga yang lebih kurang sama..so, aku pun kontek seller, ada rezeki aku..aku pun sambarlaaa...


Hari ni jersi ni sampai...dan aku punya muka ada sinnnyummmm..BNWT and smells nice too..thanks bro!




Jika korang pun mencari jersi Man Utd atau apa2 sahaja jersi bola sepak tempatan dan antarabangsa yang authentic, sila join grup Jersi Lelong.com!

Luqman, Fizo Omar, Ong Kim Swee & Apex di Kaki Bola TV9!

Kaki Bola TV9 semalam memasuki episod ketujuh, dan rasanya, tetamu jemputan semalam adalah yang paling ramai kalau tak silap..bukan 2, bukan 3, tetapi 4 org tetamu yg merupakan selebriti tanah air dari dua bidang iaitu bidang seni dan sukan!


Semalam jugak, ketiga-tiga pengacara memakai jersi Panthera Team Malaysia! Rasanya lebih cantik dan lebih seragam! Harapnya dapat dikekalkan sokmo macam ni, baru meriah! Atau sekurang2nya ada jersi atau baju khas kaki bola!


Utk round pertama, Kaki Bola menampilkan selebriti dari bidang seni iaitu Luqman, seorang pengacara Nasi Lemak Kopi 'O' yang jugak model bagi iklan 'berhenti merokok' Niquitin dan Fizo Omar, seorang pelakon terkenal!



Fizo hadir memakai jersi Man Utd season 09/10 manakala Luqman lebih selesa memakai jersi Malaysia! Topik yang dibincangkan macam biaselah, mengenai perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa, antaranya keputusan Piala FA Malaysia dan pastinya membikin fans Arsenal panasss...adalah prestasi buruk Arsenal sejak akhir2 ini!


Dan sebab itulah pasukan 'guest' di Grandstand Kaki Bola adalah dari Kelab Penyokong Arsenal Malaysia! Mcm beselaa..'tembak-menembak' pastinya ada...tapi masing2 cool jeeee tahan jiwa! Hahahahahhaaa...


Bagi round kedua pulak, giliran selebriti bola sepak pulak mengambil alih..kali ini Coach Ong Kim Swee dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex plak menjadi tetamu..fokus perbualan terarah kepada perkembangan pasukan Harimau Muda menjelang perlawanan kedua menentang Jepun dalam Kelayakan Olimpik 2012!


Tapik spring kpd coach sebab penggunaan Bahasa Melayunya cukup tersusun, tertib dan mudah difahami meskipun beliau berbangsa Cina! Terbaikkkkk!!!



Dan segmen wajib, Kaki Emas..macam biasa tetamu jemputan dikehendaki menendang bola ke arah lubang markah yang disediakan dan pada episod kali ini, Apex menyertai ranking Kaki Emas dengan berjaya menyumbat sebijik 'gol' ke lubang 8 markah...yang lainn...sipi-sipi jee...


So, cadangan akulah sekiranya Mr. Kieran baca blog ini, apa kata jika diadakan secara rasminya segmen kuiz dengan menyediakan hadiah2 yang lebih menarik seperti jersi Harimau Malaya atau pun mana-mana jersi original pasukan lain atau barangan futsal sumbangan mana-mana syarikat pengeluar barangan sukan..


Atau suruh je si E-one tu menjelajah ke stadium di setiap negeri setiap kali perlawanan Liga Super atau Liga Perdana berlangsung! Barulah feel di lokasi perlawanan itu dapat rasa..bertemu dengan Ultras2 di setiap negeri..interviu diorg, buat game atau trivia kuiz..dengan cara ini, aku rasa rating Kaki Bola akan naik, matlamat program ini pun sampai...kan???? Barulah Kaki Bola!!!!!

Monday, February 20, 2012

Logo tercabut!? Guna Bostik!


Ini apahal plak ni? Hahahaa..ini adalah jersi aku..sebenarnya logo Vodafone dia da nak tercabut..asalnya dalam 15% je tercabutnya..lepas tu aku pakai jersi ni masa MV vs Liverpool baru2 ni..so, sebab 'gumbira' sakan meraikan kemenangan, jersi aku basah dek peluh..so, aku pun rendam dan esoknya basuh secara manual dengan penuh kelembutan..

Tapi time aku nak jemur tu, aku tengok logo Vodafonenya da nak terkulai layu..kira 80% da tercabut..panik dengan situasi tersebut, aku pun cube ikhtiar cari gam atau kaedah yang baik utk menampal logo tu semula..

Kawan aku cadang gam UHU laa..gam kainlaa..tapi aku tak percaya, so aku mintak pendapat kawan2 kat group Malaysian House of Jersey Collector di FB..dan mereka menyarankan aku menggunakan ini..


Bostik! Aku pun cari gam ni kat Parkson..ada jumpa, regenye murah je, RM4.50! Tapi aku agak kurang meyakinkan jugak, sebab daripada selain harganya murah..gam ni macam gam yang biasa budak sekolah guna..tapi takpe, I give it a try..balik rumah, aku pun apply..yup, melekat..tapi still boleh tercabut..dan mengikut pandangan pakar jersi, En. Azuan Sabri..gamnya akan tercabut semula apabila dibasuh lagi..dem!!

Itu sebabnya aku letak dumbbell seberat 5kg utk kasik tekanan pada logo tu..lepas tu aku gosok plak ngan iron kat belakang dia..


Tapi nasib baik gak tak jadi mcm ni...kesian kawan kita! Macam mana la dia nak buat tu!?

Dan secara officialnya, jersi ini tidak lagi boleh aku pakai...melainkan hanya utk simpanan koleksi sahaja...!!! Kalo pakai takut tercabut dan logonya terus ilanggg!!!!

Terkini, aku akan beli Lextra BPL Champion patch 2002/03 utk ditepek pada lengan dan Lextra Ronaldo 7 NNS bagi melengkapkan jersi ini! Tungggggggggguuuuuu!!!

Safee & Ramli 19!



Safee Sali membuat penampilan dalam iklan 100 plus terbaru..dan jika anda sume perasan, pemain Man Utd dari Malaysia, Ramli 19 yang famous itewww pun ada! Beliau boleh kelihatan menogok 100 plus pada 0:23!

Manchester United Tak Setuju Hotel Gary Neville!


Beberapa entri yang lepas, aku penah citer bahwa En. Gary Neville bercadang utk bina hotel bertemakan Man Utd berhampiran Old Trafford!

Tetapi baru2 ini, Man Utd telah menolak idea tersebut atas sebab, hotel ataupun kompleks tersebut terlalu besar!

Berikut adalah petikan kata2 jurucakap Man Utd dari laman web goal.com:
"The club has been developing its vision for the area over the last few months, following on from the very successful pedestrianisation scheme executed in July," said a United spokesman. 
"As part of that vision, we considered in detail the changes to the sheer scale of the new project proposed, as distinct to the original plan. 
"We had some projections done of what the view of the stadium would be from various angles on the other side of Wharfside Way and have concluded that, on balance, we do not want a building of that size so close to the stadium."
So, kita harap En. Gary jangan bersedih, sebaliknya fikirkan  pulak projek lain yang mungkin lebih kurang sama, tapi takdelah terlalu mega sangat..macam taman tema ke..zoo ke..kan?

Anyway, good luck Mr. Gary!

Rooney sokong Everton!

Encik Wayne Rooney telah hadir memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Everton ketika saingan Piala FA menentang Blackpool baru2 ini di Goodison Park!


Rooney di Goodison Park..

Rooney, yang memulakan karier bola sepaknya di Everton, pernah mencetuskan fenomena dengan t-shirt "Once A Blue, Always A Blue" ketika meraikan gol hadir memberi sokongan bersama bekas rakan sepasukannya, Alan Stubbs! Dalam perlawanan itu, Everton mengalahkan Blackpool 2-0, sekaligus layak ke pusingan suku akhir Piala FA 2011/12.


Sementara itu, dikhabarkan juga bahawa Luiz Suarez akan hadir ke Old Trafford, juga untuk memberikan sokongan kepada bekas pasukannya, Ajax Amsterdam bertemu Man Utd dalam perlawanan kedua Liga Europa, awal pagi Jumaat ini!


Suarez yang masih lagi 'panas' dengan kontroversinya bersama Evra, dijangka akan menghangatkan lagi suasana di Old Trafford ketika perlawanan tersebut berlangsung!

PS: Amacam, ada gaya reporter tak? Hahaha..

Sumber: dailymail.co.uk.

Sunday, February 19, 2012

Shopping di ebay!

Aku beli jersi Man Utd season 2004-2006 menerusi ebay! Harga yg ditawarkan oleh seller yang dilabel sebagai 'Top-Rated' ini pada asalnya adalah GBP17.99..tapi aku mintak kurg jadi GBP15.99 dan seller tu bersetuju..dengan kos shipping GBP9++, dan setelah ditukar matawang RM, regenye ialah RM124.90 termasuk shipping..


Setelah masing2 bersetuju, aku pun buat pembayaran menerusi paypal! Tapi masalahnya, selepas aku bayar..ebay ckp aku masih lagi ada '1 item to pay'! WTF! Aku pun try bayar lagi..dan masalah yg sama masih lg berulang!




Mungkin ini prosuder baru ebay..proses dulu menerusi paypal dan kemudian baru accept..tapi sebelum2 ni, aku banyak beli barang kut ebay..tapi tade pun probs mcm ni..dalam beberapa menet je, terus ebay kirim resit kut email..


Takut jadi apa2 pada akaun aku..aku 'hold' dulu payment, kontek seller dan kasitau problem aku..krg aku duk tekan 'confirm payment' banyak kali kang..lebur pitis aku..

Lebih kurg setengah jam mcm tu..aku pun try lagi kot2 boleh...dan Alhamdullillah, prosesnya sangat smooth! Dan berjaya! Aku lega apabila aku terima resit pembelian kot emel..bermakna proses pembayaran diterima..


Skang ni apa yang perlu aku lakukan ialah menunggu jersi ni sampai depan pintu umah dalam masa seminggu dua ni..yeah!!!

PS: Thanks to En. Azuan Sabri sbb rekomenkan aku seller ni! Terbaik!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...