Wednesday, December 7, 2011

Sembang-sembang!

Masa kanak2, majalah Gila-gila memang kegilaan aku. Sapa yang tak kenal Profesor Serba Tau, Tiga Dara Pingitan ataupun Adegan Yang Tak Ingin Kita Lihat?

Tapi, apabila majalah Ujang memasuki pasaran, aku tinggalkan Gila-gila dan baca Ujang.

Sekarang ni, kadang2, aku beli semula Gila-gila, ternyata aku rindu akan majalah ini! Memang nostalgia.

Dan antara kolum yang aku suka baca adalah 'Sembang-sembang' karya Nud's! Tak silap aku sebelum itu nama kolum ni 'Sembang Sumbang'..Kolum ini mengkritik isu semasa dengan 'brilliant' sekali. Ringkas tapi padu setepek kena muka!

Ini adalah dua panel 'Sembang-sembang' yang agak kene setepek dekat muka. Hehe. Dipetik daripada Gila-gila Isu 721 Mac 2011. Sepatutnya kartun ni berwarna, tapi scanner kat opis aku ini old skool! Haha. Enjoi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...