Monday, December 5, 2011

Ingin ke Old Trafford!?

Sebagai penyokong Man Utd, pastinya salah satu daripada impian kita adalah nak melawat ke Old Trafford (OT).

Aku jugak bermimpi sedemikian. Ini adalah satu daripada ribu-ribu impian hidup aku! Tapi nak ke OT memamg kos perbelanjaannya supermega! Kira2 kalau pakai duit simpanan pun, memang takkan cukup. Nak mengumpul RM? Berapa zamanlah agaknya baru cukup lantaran kos sara hidup sekarang ni memang macam raksasa!

Nak mintak sponsor? Hehehe, siapa yang murah hati nak sponsor tu?

Maka, ini ada 3 cara short cut, yang memerlukan sedikit kreativiti dan hampir 100%, NASIB! Short cut tak short cutla kalo da namanya peraduan kan???? Kenala jugak melabur...

Peraduan Red Protect yang memberi peluang menyaksikan Man Utd 'belasah' Liverpool nanti!
Tak silap aku ini syarikat insurans. Mudah cara nak sertainya, isi detail dan lengkapkan slogan (mudahlah sangat nak karang2 slogan ni!). Sila ke www.redprotect.my. Oh, ye! Aku dah submit penyertaan!


Yang ni pulak anjuran Maybank. Ini utk orang bergaji besar dan 'berada' bolehla kot..Sbb peraduan ni melibatkan penggunaan kad kredit, lagi banyak anda swipe, lagi besar peluang nak menang! Dayyum!!! Cekidaut www.maybank2u.com!

Contest ni paling mudah! Paling senang..beli berapa banyak pek Mr. Potato! Makan sampai muntah, SMS atau log-in kod unik yang disertakan, dan isikan 3 patah perkataan yang paling kreatif utk menggambar Mr. Potato (bab tu yang lemah tu!). Contest ini start bulan September lalu dan berlanjutan sampai Disember ini, and trust me, lidah aku betul2 masin sbb baham Mr. Potato banyak2 semata2 nak memperbanyakkan penyertaan!! Pemenang utk 2 bulan pertama da ada (arghhhhhhhh!!) dan aku berserah kepada-Nya utk dua peluang terakhir ni! Mintak2la..Hehehe..cekidaut misterpotato.com.my!

Dan kepada anda yang teringin nak menambah saingan kepada aku, silalah sertainya! Gudlak! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...