Wednesday, December 7, 2011

Berapa ramai fans United di seluruh dunia sebenarnya?



Jawapannya, bermillion-million-billion kot!

Menurut majalah orang2 kaya, Forbes, Man Utd, selaku kelab sukan terkaya di dunia (bernilai GBP1.65 billion) mempunyai 333 juta peminat dan penyokong di seantero dunia! Ini termasuk 17 juta orang yang LIKE di Facebook!

Ok, aku tak bijak matematik, tapi mengikut official fan forum di www.manutd.com, hampir 2/3 penyokong adalah di ASIA! Yeay!!!!

Berdasarkan manutd.com lagi, di Asia ini, fan club yang rasminya ialah di Tokyo (Jepun), Jakarta (Indonesia), Singapura dan Malaysia sendiri. Sumber di sini.

Dan Malaysia, Mymanutd adalah antara kelab penyokong yang rasmi! FB Mymanutd ada hampir 12,400 org ahli, yg teramai setakat ini! Pergh!!! Itu tak termasuk kelab2 lain seperti SMUFC, Kuantan GGMU FB Community dan Red Knight! Senang citer, tolak campur darab bahagi, tidak termasuk yang tidak melibatkan diri dalam mana2 kelab, ada 1,000,000 orang penyokong Man Utd di Malaysia ni kot! Hehehe!

Motifnya, bangga menjadi sebahagian daripada 333 juta supporters Man Utd di seluruh dunia!

1 comment:

  1. tak tau jumlah sebenarnya, tak blh bergantung kpd kajian sendiri yg sememangnya bg kelebihan kpd MU...cuma yang nampak secara kasar fan MU dan Liverpool paling ramai di Malaysia, juga di Asia...MU lbh diminati golongan muda dan remaja, Liverpool golongan 30an ke atas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...