Monday, December 19, 2011

Kategori penyokong: Anda yg mana satu?


Baru2 ni, ketika menonton perlawanan Chelsea vs Manchester City, aku ngan sorang kawan aku dudukla bersembang2 pasal bola. Kawan aku ni minat Liverpool, tapi sekadar minat saje. Tak lebih drpd tu.

Maka secara tak langsungnya terciptalah kategori2 penyokong bolasepak secara tak rasminya. Ini hanyalah pendapat peribadi kami sahaja..takde sangkut paut dengan mana2 fakta lain tauu..

Berikut adalah kategori berdasarkan apa yang kami sembangkan..


1. Penyokong Tegar Payah Nak Mati!

Ini bagi kami kira penyokong tegar, hardcore, die hard fan..Kiranya apa saja pasal pasukan tu dia sanggup mati! Pantang jentik sikit, dia melawan. Apa lagi kalau org kutuk team dia! Team dia menang, dia kutuk team orang. Team dia kalah, dia kutuk team orang jugak! Hahahahaha!! Kire hati kering punya orang ni! Aku kenal 2-3 orang fan Man Utd mc
m ni! Mmg kental!! Aku respek geng2 hati kering ni! Kalo kat UK tu kire hooligans laa...


2. Fanatik!

Bagi kami fanatik dia ada penambahan sikit bagi kategori kat atas, iaitu apa sahaja berkaitan ngan team dia, pasti dia akan follow atau kumpul. Kira kalo mcm kita fan Man Utd ni, segala macam fakta, sejarah, info, jersi2, official merchandise, collectibles dia akan dapatkan..kira pantang nampak barang Man Utd yang rare sket, dia mesti beli atau dapatkan. RM bukan masalah, tapi yang penting kepuasan.

Pakcik ni sanggup mencacah tattoo Man Utd yg besar gedabak kat belakang badan dia!!! Prosesnya mmg menyakitkan, kosnya pula apatah lagi..tapi dia tak kesah..Tegar punya pasal (story here).


3. Penyokong Setia!

Tetap memberikan sokongan walau kalah menang! Kalau kalah dia takkan melenting, tapi positif thinking dan tetap memberi sokongan..


4. Penyokong Yang Menyokong!

Sekadar menyokong aje. Kalau kalah tak kutuk, tapi marah sket2 pastu diam je. Kalau menang dia happy bersama penyokong yang lain.


5. Penyokong bermusim!

Ini bukan lalang, tapi mereka ini sokong ada masa je. Dulu kawan aku ada sorang mcm ni. Ada masa dia minat Man Utd, tgk match, beli jersi semua. Tapi bile dia ada awek ataupun jumpa hobi lain, macam masa tu orang tgh gile hip-hop..dia lupa pasal Man Utd ni, dia ber'yak auw auw' sampaila musim hip-hop abis, dia kembali menyarung jersi Man Utd, sebelum lepas tu dia hanyut ke mana aku pun tatau..


6. Lalang!

Yang ni sume orang tau, jenis orang tade pendirian! Kawan aku ramai yang lalang! Ada sorang tu dulu minat gile kat Samir Nasri. Sokong Arsenal bagai nak rak..Nasri blah ke City je, aih..alih2 sokong City pulakkk!!!!!! Dem!!!

Ini lalang betul yer..

7. Glory Hunter!

Menang sorak, kalah kutuk! Enuff said!


8. Trendy!

Yang ini jenis ngikut orang je, orang Man Utd dia pun Man Utd..sebabnya, jersi season ni cantik! Beli kat pasar malam, pakai buat pegi bandar! Hmmm...


9. Penyokong Yang Diam2 Ubi!

Woo..ini orang, tak kesahla jersi ori ke tak, join MV ke tak, ada geng ke tak..dia sorang pun jadi! Tapi apa sahaja berkaitan ngan Man Utd, dia tau..tapi, jenis tak suke kecoh2 punya..ade aku kesah!? Golongan mcm ini pun ramai..kawan aku ada sorang, aku tgk sekali je dia pakai jersi Man Utd season 2009/10..tapi, dia punya 'ilmu' pasal Man Utd..tu diaaa..takley celen!!! Ibarat dia adalah org no. 2 selepas Sir Alex!


10. Penyokong Kelab!

Yang ini baggus, macam kita semua. Tersusun, teratur. Ada pengurusan dan menyokong dengan penuh berhemah, selain bersosial bersama pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai minat yang sama! Malah ada jugak yang menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli! Perggghhh!!!


11. Penumpang!

Kategori ini bagi mereka yang sekadar mengikut orang yang rapat dengan mereka sahaja. Cthnya; pakwe-makwe, suami-isteri, ayah-anak, atuk-nenek..dan lain2 lagi. Mereka ini mungkin tidak faham sangat apa yang disokongnya..hehehe..

Tapi yg ni bukan menumpang da ni..ini sehidup semati ni...

12. Peminat Bola Sepak!

Yang last ni, kira dia ni minat bola sepak. Itu aje. Lantaklah pasukan mana pun. Janji permainan itu namanya bola sepak, jalaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....


Sekali lagi aku nak maklumkan bahawa info ini berdasarkan pendapat kami sahaja. Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan ketika mengantuk tgk game kul 3.30 pagi! Tade niat nak tuju kat sape2- But admit it, kita memang tergolong dalam salah satu kategori di atas, kan? Hehe!

1 comment:

  1. sy tergolong dlm golong no.3 tp kadng2 tuh panas and defensive kalo org start kutuk2 United.kalo team diorg tuh bagus xper gaks,kalo stakat main EPL utk kalahkn Menyu baik duk diam ye tak?huhu.
    GGMU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...