Wednesday, December 7, 2011

90's Jersey Collection!


Aku mula meminati Man Utd pada tahun 1994, ataupun ketika form 1. Kawan aku yang perkenalkan aku kpd pasukan ni, melalui majalah2 (Kick, Shoot, Match dan Glory Glory). Yelah, zaman tu mana ada Astro, internet apatah lagi. Nak tau result, kena tgk highlights kat TV3 ataupun Dunia Jam 10 kat RTM..

Kawan aku minat gila Giggs, manakala aku jatuh
hati pada Cantona! Tapi disebabkan aku masih sekolah, nak beli jersi ori tade RM. Waktu tu, mana ada jual lagi jersi fake 'Made In Siam' ni dekat bazar larut malam ataupun pasar malam. Kalo ada pun yg replika jenis Flyhawk ataupun Henberg ke apa dia ntah namanye. Satu lagi, yang tade jenama langsung! Haha!

So, pada aku, replika mcm ni obvious sngt fake! Kalo mcm ada logo Umbro tu, bley kirala. Kalo yg Flyhawk ni, malu sket beb! :)

Dah tua mcm nila baru aku dapat kumpul semula jersi2 zaman kegemilangan Cantona ni. Dan harganya pun masih tetap 'berbulu' utk aku membayarnya. Menerusi mudah.my, pemburuan aku terhadap jersi2 lama ni mengambil masa yang panjang jugak, tapi berbaloi!

Aku cuma kumpul jersi 'home' sahaja. Cukupla. Tak mampu nak kumpul 'away' dan 3rd kit! And of course, semuanya replika Cantona dan ada dua Beckham!

MAHAL! Tapi puas hati!!!! My precious!!

So, planning aku lepas ni nak collect utk sesi 2000 hingga kini! Dan mcm biasa, Home saja da memadai! Hehe! Mudah.my, aku datang!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...