Wednesday, February 29, 2012

Manchester United dianugerahkan ISO14001!


Manchester United adalah merupakan kelab Liga Inggeris pertama yang dianugerahkan International Environmental Management System Standard, ISO14001!

ISO14001 adalah merupakan anugerah yang diberikan kepada organisasi yang mengamal sistem pengurusan alam sekitar secara tersusun dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan, selain penampilan yang terbaik bagi mengekalkan piawaiannya berada dalam kelasnya yang tersendiri! Haaa..macam tu la lebih kurang!

Petikan kata-kata United Chief Operating Officer, Michael Bolingbroke:
 “We're delighted to have achieved this certification. Here at Manchester United we take environmental management very seriously and being certified to an international standard is testament to all the hard work across the club. It's a real boost to receive this recognition for the work we've been doing for many years."
Dan Encik Gary Neville, bekas kapten Man Utd yang juga Duta Alam Sekitar bagi Man Utd pulak berkata:
"It's fantastic to see Manchester United has been recognised for its efforts in environmental management. I know the club is extremely committed to improving sustainability and this certification proves we’re heading in the right direction."
Tahun lepas, Man Utd telah dianugerahkan Carbon Trust Standard dan dengan penanugerahan terkini, United ingin menjadi stadium utama yang pertama di UK menerima tiga anugerah piawaian: The Carbon Trust Standard, ISO14001 dan ISO2012, piawaian Sustainable Events Management!

Sumber: solarpowerportal.co.uk.

DHL Man Utd Trophy Tour di Dubai!


Jelajah Trofi Champ19ns kini sudah pun bermula! Dibawakan khas oleh rakan penajaan Man Utd, DHL..jelajah trofi kini singgah di Dubai..bersama dua bekas bintang United, Lee Sharpe dan Andy Cole!

Kehadiran dua bekas pemain Man Utd tersebut memberi peluang kepada para peminat The Red Devils di UAE utk beramah mesra serta menatap sendiri trofi kebanggaan Man Utd!

Andy Cole sempat memberi penghargaan kepada bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs yang membuat penampilan ke 900 bersama United dan menjaringkan gol kemenangan ke atas Norwich City...

"Giggsy masih bermain pada tahap yang terbaik! Dan merupakan watak yang terpenting kepada pasukan. Beliau sedar bahawa beliau tidak akan bermain dalam semua permainan. Tetapi apabila beliau bermain - caranya bermain, serta cara permainan yang konsisten, beliau mempunyai tanggungjawab yang besar untuk bermain!", kata Cole..

Lee Sharpe dalam pada itu ingin membuka sebuah sekolah bola sepak di UAE bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai cita2 mereka menjadi pemain bola sepak profesional!

Kata Sharpe," Saya lebih suka berinteraksi dengan pemain cilik berbanding pemain dewasa. Saya berazam untuk melakukan sesuatu mengenai bola sepak di wilayah ini!".

Baguslah tu...harap2nya bekas pemain Man Utd yang berkunjung ke Malaysia pada persinggahan jelaha trofi berikutnya juga terfikir benda yang sama di sini untuk memajukan bola sepak tanah air! Dan pastinya aku akan daftarkan anak aku masuk ke sekolah tersebut! Hahahahahhaaaa...!!

Sumber: khaleejtimes.com, gulftoday.ae dan gulfnews.com.

Tuesday, February 28, 2012

Coleen Rooney terima ancaman BUNUH!

Semua org tahu bahawa En. Wayne Rooney mmg aktif bertwitter..dan isteri beliau, Coleen Rooney pun mengikut jejaknya..

Namun tweet terkini daripada Coleen menyebabkan dia dan keluarganya menerima ancaman bunuh daripada fans United!

Kenapa? Semuanya gara-gara tweetnya berbunyi; "Congratulations Liverpool!", susulan daripada kejayaan Liverpool dalam Carling Cup!

Petikan daripada mirror.co.uk:
Coleen Rooney was sent a Twitter death threat after ­congratulating Liverpool on their Carling Cup win.
Scouser Coleen, 25, tweeted: “Congratulations Liverpool!!!” following the penalties victory against Cardiff City on Sunday.
But Manchester United fans were furious that striker Wayne’s wife was a fan of their arch rivals.
One with the Twitter name M.U.F.C@thebrickie posted: “I used to like you and now I want all your family to burn.”
Another wrote: “Are you allowed to say things like this Coleen?!”, to which she replied: “Of course.”
Coleen told her 610,000 followers she was “brought up a Liverpool supporter”, despite Wayne’s family being Evertonians.
It comes days after Wayne, 26, agreed to fight a Kop fan who was abusive on Twitter.
Coleen’s spokesman last night declined to comment.
Haaa...itu dia..tengok tu! Aku tataula sama ada Wayne Rooney wat dekk je atau dia kasik ajar sama binik dia, bahawa jangan sekali-kali menyokong musuh tegar United! Itupun kalo Rooney berani aa..kalo tidak, kena tido luar der!!!!

Ini lagi sebahagian tweet beliau yg agak controversy dan bikin hati fan Man Utd panassss jek!!!



Joe Flizzow & Faiz di Kaki Bola TV9!


Semalam, Joe Flizzow dan Faiz menjadi tetamu Kaki Bola di TV9! Aku respek Joe Flizzow kerana datang memakai jersi Harimau Malaya yang tertera nama Safee 10 sertai dipenuhi dengan tanda tangan para pemain! Memang terbaikk!!!


Manakala Faiz, seorang pengacara dan pelakon pula hadir menemani C-Lan Paul, yang baru sahaja gembira dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup! Yup, dia berbaju Liverpool malam tu!


Tetamu di grandstand pula adalah dari Seladang FC iaitu Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Perak dan Kelab Penyokong Tottenham Hotspurs Malaysia!



Well, topik semalam berkisar ttg perlawanan Malaysia dan Jepun baru2 ini, selain kejayaan Liverpool membawa pulang Carling Cup setelah menewaskan Cardiff City dalam perlawanan akhir di Wembley baru2 ini..




Reaksi Joe Flizzow selepas berjaya mengutip 8 markah!

Dan pada episod kali ini juga, buat pertama kalinya, dua orang selebiriti berjaya meletakkan nama dalam ranking Kaki Emas apabila kedua-duanya dapat mengutip 8 markah seorang ketika segmen tersebut!


Semalam jugak ada segmen baharu, iaitu segmen Refree Ahmad Kayu, yang membincangkan serta berkongsi ilmu undang-undang bola sepak FIFA! Refreenya pun Eone sendirik..hahaha!!


Oh ya, berita baik jugak utk para gadis! Anda yang rasa2nya diri anda berbakat dalam bidang pengacaraan..dan yang paling penting, ada knowledge yg tinggi dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa, Kaki Bola inginkan anda..ujibakat akan diadakan pada 3 Mac 2012 nanti..segala maklumat, layari www.tv9.com.my!

Oh, ya..skrang ni pun dah ada yang upload Kaki Bola ni kat youtube..so sape2 yang terlepas episod2 sbelum ni..silalah tengok yer..kat tonton.com.my pun ada!

Monday, February 27, 2012

Old Trafford Stadium Model!

Beberapa entri lepas, aku ada cite pasal model berskala kecil Old Trafford! Yup, sebenarnya ada banyak model berskala kecil OT dijual satu ketika dahulu..tapi skrg ni dah boleh kata dah kurang..kalo ada pun dijual, harganya sangat tinggi...

Just now aku tengok kat mudah.my..ada brader ni jual model OT! Well, cekidaut! Menarik jugak beb!!!


Deskripsi barangan ini:
hand made from U.K

MODEL DIMENSION 6"x7" (19CM x 21CM) , FRAME SIZE 8"x9" (21CM x 23CM)

Interior stadium with light inside.power supply by 3XAAA beteri

very nice for display and collection
..dan harganya adalah RM350 sahaja ok..jika berminat..sila call beliau!!

Adeii!!

Yusri & Lisa Surihani!


Satu Malaya sudah mengetahui bahawa Lisa Surihani kini adalah Lisa Suri Yusri! Jejaka-jejaka forever alone di luar sana sila berdukacita! Hehehehee..

Tahniah diucapkan! Cuma satu fakta menarik mengenai pasangan selebriti ini ialah, kedua-duanya fans United!!


Dengar khabarnya mereka akan berbulan madu ke Eropah..so alang2 tu..ke OT la kot..Hehehehe..


Semoga kekal bahagia di bawah rahmat Illahi! :)

Jalur Gemilang dan Paul Scholes!

Paul Scholes menjaringkan gol pertama ketika menentang Norwich City semalam..dan sesuatu yang menarik dapat kita saksikan ialah, ketika Scholes meraikan jaringan tersebut- terpapar jelas Jalur Gemilang pada papan iklan di belakang beliau!


Bangga beb! Nama Malaysia sememangnya terukir di BPL! Lagi satu, meskipun Cardiff City tewas kepada Liverpool dalam final Carling Cup..tapi satu dunia nampak nama Malaysia di Wembley!

Well, at least....kan?

Ini link videonya..

Sementara itu, Ryan Giggs yang membuat penampilan ke-900 bersama United juga menjadi penyelamat ke The Red Devils apabila menjaringkan gol kemenangan! Dan jelaslah semalam, otai jugak yang menyerlah..Hahaha!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...