Friday, March 23, 2012

Wayne Rooney mohon ampun; patahkan pergelangan tangan kanak-kanak!


En. Rooney memohon ampun kepada seorang yang kanak-kanak yang patah pergelangan tangannya akibat terkena bola yang disepak beliau!

Kanak-kanak 'bertuah' tersebut, Jamie Thomas, 9, patah di pergelangan tangan kanannya ketika menampan bola yang tersasar ke bahagian penyokong ketika sesi 'warm up' pasukan Man Utd sebelum menentang Wolves, baru-baru ini!

Jamie datang bersama abahnya menyaksikan game tersebut selepas mendapat tiket free...namun keterujaan Jamie terbantut apabila dia tak dapat menyaksikan game yang berkesudahan 5-0 itu sepenuhnya akibat menerima rawatan...

Dan sebagai tanda minta maaf, Rooney kemudiannya tweet, "Jika saya patahkan pergelangan tangan kanak-kanak itu ketika warm up, saya minta maaf. Jika bapanya menghubung kelab (Man Utd), saya akan tanda tangan sehelai jersi untuknya",

"Saya ingin mintak maaf kepada Jamie Thomas,  saya sudah aturkan surat dan sehelai jersi dengan tandatangan untuk dihantar ke rumahnya. #getwellsoon".

Nah kau, sudahla tangan patah sebab ditendang star Man Utd, dapat jersi tandatangan Rooney lagi!! Kalo dapat yang player issue..perghhhh!!!!!!!

So lepas ni kalo aku ada rezeki ke OT, aku nak duk tepi padanglaa.....hmmmmmmmmmm!!!

Berita lanjut dan video di dailymail.co.uk!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...