Thursday, March 29, 2012

Retro: Man Utd Pepsi Advert!


Pertama sekali, seingat aku, iklan ini memang tak pernah ada kat TV Malaysia..tapi apa yang membuatkan aku sangat suka akan iklan ini ialah ia menampilkan pasukan Manchester United lewat 90an! Salah satu line-up yang sangat legend!!!!

Yup, iklan ini aku pikir semua orang dah tengok..tapi aku tetap nak post jugak. Just enjoy it again and again..dan lihatlah betapa rindunya anda terhadap mereka semua!!!! Legend!!!

Because wearing jersey is too mainstream!

From 9gag! Tegar! Dan yang pasti, tak perlu susah payah beli jersi!


T-shirt CHAMP20NS mula dijual???


Ok, keyakinan fans Man Utd terhadap kejayaan 20 sememangnya tebal! Dengan sekarang ini Man Utd mengungguli carta hati mengatasi City dengan 73 points, sudah ada bau-bau juara yang ditiup oleh fans United seluruh dunia walopun bagi game tinggal lagi 8!~

Dan kini, sudah ada satu websitus yang mula menjual t-shirt CHAMP20NS! Tidak tahulah sama ada ianya utk kepentingan bisnes semata2..yelah, puak kapitalis sememangnya suka mengambil kesempatan atas sesuatu demi duit..petikan dari dirtytackle.net:
Already on sale at UnitedTees.com, the shirt is being billed as an exercise of faith, not only announcing the club's 20th league title, but with the added barb of "Money only gets you so far..." directed at City (like Man United players are being paid in candy).
Tapi dari satu sudut, ia memang positif..memberikan motivasi serta perang gerak saraf kpd fans City! Now, kat Malaysia ni fans City ibarat melukut di tepi gantang sahaja jumlahnya..yang ramainya haters...so maybe, jika Man Utd berjaya menang 20, maka pastinya t-shirt ini akan menjadi rebutan!!

Tapi jika gagal..apa salahnya jika beli? at least utk season depan kita da pakaikan??

Tengok iklannya..jika anda beli t-shirt, ada siap dapat tiket ke Community Shield season depan!!!! Terbaik derr!! Silalah ke websitusnya atau klik like pada fan page FBnya!

Friday, March 23, 2012

Wayne Rooney mohon ampun; patahkan pergelangan tangan kanak-kanak!


En. Rooney memohon ampun kepada seorang yang kanak-kanak yang patah pergelangan tangannya akibat terkena bola yang disepak beliau!

Kanak-kanak 'bertuah' tersebut, Jamie Thomas, 9, patah di pergelangan tangan kanannya ketika menampan bola yang tersasar ke bahagian penyokong ketika sesi 'warm up' pasukan Man Utd sebelum menentang Wolves, baru-baru ini!

Jamie datang bersama abahnya menyaksikan game tersebut selepas mendapat tiket free...namun keterujaan Jamie terbantut apabila dia tak dapat menyaksikan game yang berkesudahan 5-0 itu sepenuhnya akibat menerima rawatan...

Dan sebagai tanda minta maaf, Rooney kemudiannya tweet, "Jika saya patahkan pergelangan tangan kanak-kanak itu ketika warm up, saya minta maaf. Jika bapanya menghubung kelab (Man Utd), saya akan tanda tangan sehelai jersi untuknya",

"Saya ingin mintak maaf kepada Jamie Thomas,  saya sudah aturkan surat dan sehelai jersi dengan tandatangan untuk dihantar ke rumahnya. #getwellsoon".

Nah kau, sudahla tangan patah sebab ditendang star Man Utd, dapat jersi tandatangan Rooney lagi!! Kalo dapat yang player issue..perghhhh!!!!!!!

So lepas ni kalo aku ada rezeki ke OT, aku nak duk tepi padanglaa.....hmmmmmmmmmm!!!

Berita lanjut dan video di dailymail.co.uk!




Wednesday, March 21, 2012

Larian Obor di Old Trafford!


Sukan Olimpik London 2012 akan menjengah tidak lama lagi. Old Trafford, selaku stadium terbesar di UK akan menjadi gelanggang Olimpik bagi acara bola sepak lelaki, dan turut menjadi gelanggang kepada pasukan tuan rumah, Great Britain!


Sebagai mana biasa, setiap kali sebelum kejohanan Olimpik bermula, pasti akan ada larian obor..dan pada edisi kali ini, obor Olimpik akan dibawa mengelilingi England- dan salah satu tempat persinggahannya adalah Old Trafford!

Obor ini akan tiba pada 24 June 2012, iaitu pada hari ke 37 lariannya!

Petikan daripada menmedia.co.uk:
The 2012 Olympic torch relay will go from MediaCity at Salford Quays, past the Imperial War Museum and Manchester United's Old Trafford stadium, and onto Upper Chorlton Road on Sunday June 24th.
Anda yang gemarkan sukan Olimpik, atau ada merancang nak ke Manchester Jun ini...silalah semak jadual lariannya di sini!

Trofi Champ19ns kini di China!


Jesper Blomqvist dan Ronny Johnsen, bekas pemain Man Utd mengusung trofi juara BPL ketika di Shanghai, China baru2 ini..jom kita semak jadual jelajah trofinya di Malaysia plakk...


Ready??????

Tuesday, March 20, 2012

Silakan jelesss!!!


Kerana sememangnya aku pun sedang jelesss!!!

Inilah dia dinamakan rezeki..setelah hampir botak kepala aku menelan setiap kepingan cip Mister Potato dan menghantar banyak sekali penyertaan 'Peraduan Man Utd Mister Potato'..ternyata rezeki bukan milik aku!

Selama 4 bulan peraduan ini berlangsung pada tahun lepas, inilah dia ke'bertuahan' para pemenang yang diterbangkan terus ke Old Trafford bagi menjalankan pelbagai aktiviti bersama Manchester United!

Selain, melawat OT, tour ke muzium dan menyaksikan match, nah..inilah momen paling 'FFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU' bagi org yang jeles macam aku- bergambar bersama pasukan Man Utd!!!!!

FFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!

FFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!

Artikel ini adalah dari akhbar Sinar Harian!



FFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!

This is something we don't see everyday!

A miniature Man Utd drum set! I repeat, A MINIATURE MAN UTD DRUM SET! So, attention collectors! Grab your RM99 for this item if u dare!!!



Monday, March 19, 2012

Sokongan kepada Muamba!


Fabrice Muamba yang rebah, dipercayai akibat serangan jantung ketika beraksi bersama Bolton Wanderers menentang Tottenham Hotspurs di White Hart Lane dalam saingan Piala FA baru-baru ini terus menerima sokongan semangat daripada seluruh pemain dan pasukan bola sepak seluruh Eropah!


Muamba, setakat entri ini ditulis masih lagi kritikal dan menerima perhatian khusus di London Chest Hospital..




Sumber: dailymail.co.uk.


Reaksi lucu Phil Jones!

Enjoi!


Thursday, March 15, 2012

Pameran di rumah aku!


Hehehe..inilah koleksi jersi Man Utd (Home) aku yang aku kumpul setelah berbelanja besar! Segala pengorbanan masa dan wang bagi aku agak berbaloi..puas hati beb!

Cuma kalo korang perasan, ada sehelai lagi belum cukup, jersi home season 2011/12..Takpe, tadehal..masih banyak dijual di kedai2..

My next mission is to complete them with NNS and patches! Hummpphhh!!!

Bye Bye Berba!

Sir Alex sudah mengesahkan bahawa Berbatov akan meninggalkan United pada musim panas ini.


Bye bye! Thanks for everything! Official news is here!

Wednesday, March 14, 2012

Sudah tiba dari England! Bertambah lagi koleksi!


Akhirnya, penantian penuh debaran aku selama hampir 3 minggu terusai juga! Jersi Man Utd season 2004-2006 selamat jua tiba! Aku pun heran kenapa lambat sangat sampai...biasanya dalam dua minggu dah sampai dah..bukan jauh sangat England ngn Malaysia ni kan..kalo tak takkan British bley sampai Tanah Melayu zaman dolu2..Hahahhahaa!!!

Shirt-masters adalah nama store yang menjualnya!

Sekali 4 keping bisnes kad dia kasik daa...

Dengan ini, maka lengkaplah koleksi jersi Man Utd aku utk season2 yg lepas...cuma nak kumpul RM plak utk melengkapkan setiap jersi aku dengan NNS dan patches!


Oh yea, jersi Man Utd season ni aku nak tunggu mana2 store offer the best price dulu baru aku sambarrrr!!

Rooney mewarna (dan suasana desa yang ceria)!


Semalam, aku bertugas dalam satu program yang diberi nama Program Merakyat Seni Budaya bagi DUN Chenor (Maran) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang di Felda Jengka 7!

Aku sangat sukakan suasana kampung pada waktu pagi..dan rezeki aku semalam, pagi tersebut hujan turun dengan renyai-renyai..menjadikan cuacanya mendung dan cukup dingin! Kabus pada bukit dan lumpur pada kaki melengkapkan lagi senario kampung yang sememangnya mendamaikan!

Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Maran sebelum masuk ke Jengka 7 aku hayati sebaik-baik mungkin! Mana pernah kita nikmati keindahan pagi di kampung seawal jam 7.30 pagi..waktu inilah segala haiwan ternakan termasuk tuannya mencari rezeki, dan sesekali itulah mata aku jugak hanyut dek bayu pagi yang dingin..

Segalanya di kampung adalah kedamaian yang harus bersemadi dengan tenang!

Haha- amacam? Sentimentalkan?

Dan gambar di atas adalah anak kampung yang menyertai pertandingan mewarna ketika program tersebut berlangsung! Biarpun di desa, Man Utd tetap di hati kita! Hahahahaha!!!

Naz & Dira di Kaki Bola TV9! (versi bebelan panjang!)

Dalam rancangan Kaki Bola TV9 baru2 ini, hanya Kieran berseorangan sahaja yang mengendalikan show, manakala En. C-Lan Paul tiada kerana masih berada di Kuala Terengganu..dan khabarnya, C-Lan 'segan' nak datang gara-gara kekalahan 2 kali Liverpool! Hahahaha..


But the show still going on and two guests were invited! Both are TV show host, Naz and Dira! Naz ni banyak program dia pernah jadik host, tapi Dira hanya dikenali melalui program Melodi!


Naz ialah penyokong tegar Arsenal, begitu jua Dira! Cuma yang tak bestnya Dira tu dia anti-Man Utd! Obvious dohhh!! And even some of her statement masa interview tu sangat2 menyekikkannn!! I mean it's good to be obvious..but not that obviousss! Hahahahahaha!!


Her statements like, "Saya tak suka Man Utd sbb player dia macam giler glam giteww!!" dan "Lagipun fans dia macam over..dengan perempuan pun ramai minat Man Utd!"...WTF!??? Seriously Dira????

Duhhhhhhhhhhhh!!!

Di grandstand Kaki Bola, macam biasa, Team Malaysia sebagai home team manakala a bunch of unknown Man Utd fans plak sebagai team away! Yg ni aku kurang setuju sket..I mean, mereka ini bukanlah dari mana2 grup fan club jika tak silap..ok, tidak mengapa..tapi kelihatan seperti Kaki Bola ketandusan team away yang boleh memeriahkan grandstand kerana kerap dikitar fans yang sama..


Walaopun wajah2 yang ada kat grandstand itu berlainan, tetapi mereka still fan Man Utd..of coz, ini sangat positif dari satu sudut sbb menampilkan betapa ramainya bala tentera penyokong Man Utd di Malaysia..tetapi dari sudut yang lain, fan rival akan cakap..asyek Menyuuuuu je...bosan aku, lalu ditekan remote ke cenel lain..

Perbualan pasal bolasepak pun tak universal, just terarah hanya kepada pasukan yang sama sahaja setiap minggu..sedangkan terlalu banyak lagi liga serta kejohanan dunia yang boleh dibincangkan..

So, why not Kaki Bola stop jemput mana-mana big four punya fans..then lebihkan fans liga tempatan, atau fans La Liga, atau mungkin pasukan bola sepak kampung atau liga bawahan barangkali..tentu cerita mereka berlainan, pendapat pun berlainan, idea pun berbeza?? Kan??

Dan buka skop perbincangan melangkaui benua, cite pasal liga Sepanyol, liga MLS, liga Jepun atau mungkin liga Indonesia sendirik..kan?

Just an opinion..


Anyway, pada episod kali ini, Dira si Anti Man Utd berjaya mengutip 1 mata dalam cabaran Kaki Emas manakalan Naz, 0!

Phil Jones terbungkang!


Ketika menentang WBA baru2 ini! Hehehehee...

Monday, March 12, 2012

Tiba-tiba Old Trafford gegak gempita!

..akibat keputusan ini yang terpapar di scoreboard di Old Trafford semalam!!! Anda yang menyaksikan live menerusi Astro pastinya perasan kenapa tiba-tiba fans United semalam bersorak!


Aku pun terkujat...sekali rupe2nya Swansea sudah bedal sama City daaa...Hahahahahhaa!!!! Anyway, thanks Swansea!!!

Tomasz Kuszczak in Euro 2012 teaser!

This is Tomasz Kuszczak, Man Utd goalie (eventhough he's only the bench warmer) in Euro 2012 teaser for TV3 and NTV7!



His country, Poland will be hosting the tournament alongside with Ukraine! Hopefully Tomasz will be in the first eleven instead on the bench!

Substitute board vs Fergie!

Another 'incident' during Man Utd vs Bilbao!


Fail! Hehehehe..

Another bloody devil!

This is bloody Chris Smalling, during Europa League first leg match against Athletico Bilbao!


Wednesday, March 7, 2012

Pembaca Goal.com pilih Man Utd!

Dalam satu undian yang dilakukan oleh website goal.com, majoriti pembacanya memilih Man Utd sebagai pasukan yang akan menjuarai BPL bagi musim 2011/12, berbanding saingan setempat, Man City!


60.55% memilih United dan hanya 28.99% sahaja yg memilih City, manakala selebihnya boleh dikatakan atas pagar atau undi rosak. Hahahahhaa..

See, at least United sudah menang banyak dengan majoriti yang besar. Sekiranya ini PRU13, bermakna United memang sah jadi wakil rakyat!! Majoriti selesa tu der!!!

Info lanjut di goal.com!

Peraduan Turkish Airlines tamat! Harap-harap menang!


Peraduan tonton video dan jawab soklan di Facebook Turkish Airlines secara rasminya sudahpun tamat semalam! Peraduan ini menawarkan 3 helai jersi Man Utd yang ditandatangani sbg hadiah!

Yup, aku ada menyertainya..dan sangat berharap agar aku menang! Anda yang join pun, silalah berharap yer! Hehehe..lihat tu, siap aku pengomen pertama! :)

Disebabkan berharap bahawa aku jadi pemenanglah aku terpaksa hold dulu beli jersi Man Utd season 11/12 ni! Manalah tau kot2 ada rezeki!

Wayne Rooney dan gitar autograf Paul McCartney!

Dipetik daripada Facebook Wayne Rooney, inilah gambar terkini beliau! Gitar tersebut ditandatangani oleh Paul McCartney! Rooney sememangnya peminat kumpulan The Beatles, meskipun The Beatles berasal dan merupakan peminat pasukan Liverpool!


Anda yang belum like FB beliau..silalah berbuat demikian sekarang!

Bloody Devils!

Sebahagian drpd foto berdarah pemain Man Utd, dikongsi dalam blog whoateallthepies.com!


Nemanja Vidic selepas bertembung dengan Drogba!


Davey Becks ttp maintain macho!


Retro: Fergie & Incy!

Ini adalah sekeping foto yang cukup nostalgia- menampilkan Sir Alex Ferguson dan Paul Ince dalam aksi kekanak-kanakan!


Untuk yang lainnya, sila ke Awkward Photos from Football Photoshoots!

Tuesday, March 6, 2012

Katak vs Park Ji Sung!


Dalam autobiografinya pada 2006, Park Ji Sung mengaku bahawa ayah beliau sering memberinya minum jus katak sebagai penguat tenaga dan stamina ketika di atas padang. Kesan daripada tulisannya itu, ramai katak di Korea Selatan menjadi mangsa pemburuan para jantan yang kepingin tenaga dan stamina yang superb macam Park!

Yelahkan, dengan kederat serta ketangkasan Park yang memang macam haiwan liar kat atas padang, pastinya menjadi pujaan remaja Korea yang ingin bergelar bintang bola sepak!


Pembuatan jus katak di negara China!

Namun, pengakuan Park ini telah menyebabkan sekumpulan aktivitis haiwan di Korea Selatan, yang dikenali sebagai 'The Frog Friends' menentang sekeras-kerasnya diet pelik Park ini! Mereka menuduh Park sebagai penyumbang kepada penurunan jumlah populasi haiwan amfibia itu di negara K-Pop tersebut!

Petikan daripada Reuters:
I do not know if it is just coincidence but after it was revealed… that Park eats frogs as a means to boost his strength, the number of cases of illegal poaching of frogs and toads residing in mountains has increased," campaign organiser Park Wan-hee was quoted as saying by Yonhap News Agency on Monday.
Since its establishment in 2007, Frog's Friends has been campaigning to stop Koreans killing amphibians for perceived health properties.
 Aku rasa tiba masanya akar Tongkat Ali dikomersilkan ke peringkat global!

Monday, March 5, 2012

Laporan Hazran Mohamed (TV3) ke Old Trafford!

Akhbar tabloid no. 1 negara, Harian Metro menerusi Metro Ahad smalam  (4 Mac 2012) memaparkan laporan khas Hazran Mohamed, seorang wartawan TV3 yang sangat bertuah diberi peluang oleh Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd ke Old Trafford!

Mamee-Double Decker melalui produknya, Mister Potato turut membawa Tomok dan Mirnawan Nawawi menyaksikan perlawanan idaman semua fans Man Utd, iaitu Man Utd vs Liverpool!

Menariknya wartawan kita ni sudah dua kali menjejakkan kaki ke OT. Sebelum ini ketika perlawanan Man Utd vs Chelsea..Haihh, untunglaaaaaaa..

Apa2pun, bacalah sambil jeles laporan beserta gambar2nya sekali secara maya di pautan ini, atau cari balik Metro Ahad 4 Mac 2012!


ps: Tak syoknya dalam laporan tu, Hazran guna MU instead of Man Utd! Kata fans tegar bro!




Friday, March 2, 2012

Will Ferrell hanya tau "Chicharito!!"


Ketika rehat separuh masa pertama perlawanan persahabatan Mexico vs Colombia di Miami baru-baru ini, Will Ferrel, pelawak terkenal Hollywood telah ditemubual dalam satu rancangan berbahasa Sepanyol. Ferrell ditemani oleh dua orang pelakon Latin, Diego Luna dan Genesis Rodriguez mempromosikan filem terbaru mereka, 'Casa de mi Padre'!

Walopun dalam filem tersebut, Ferrell berlakon dalam bahasa Sepanyol, tetapi sebenarnya beliau sikit habuk pun tak pandai cakap Sepanyol..so, bila hos rancangan tu tanya Ferrell soklan, beliau selamba je jawab, "Chicharito!"..bukan sekali, tapi 2 kali gak..hahahaha!!

Chicharito tu selain nama timangan Hernandez, jugak bermaksud 'Little Pea'! Jadinya katakanlah kalo hos tu tanye soklan, "Seronok tak jadik pelakon?" dan jawab Ferrell, "Kacang halus!".....

So, inilah kaedahnya kalo org tanye kita dlm bahasa yang kita tak paham..kita jawab balik dengan menyebut nama warganegara mereka yang kita tau..contohnya kalo orang Korea tanya kita dalam bahasa dia, kita jawab apa murid-murid??? betul, jawab "Park Ji Sung!!!!!"..kalo orang Bulgaria pulak tanya kita jawab? Betul...Dimitar Berbatov!!!!

Tapi kalo Mat Salleh UK plak tanye jangan plak korang jawab, "Wayne Rooney!"...itu mmg tak sekolahla namanya! Hahahahhaa!!

BTW Mexico menang 2-0 dalam game tu..

Woopsss...sila ke dirtytackle utk videonya!


Thursday, March 1, 2012

Carta pengurusan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sejak 2000!


Dari blog whoateallthepies.com, ini adalah satu carta ringkas pengurusan (managerial) kelab-kelab BPL sejak tahun 2000!

Man Utd dan Arsenal kekal dengan seorang pengurus, tapi kalo disukat sejak mula Liga Perdana, Man Utd tetap kekal no. 1!

Sila klik utk gambar bersaiz mega!

Facebook rasmi Manchester United yang baru!



Manchester United telah melancarkan wajah baru FB rasmi mereka, kali bersesuaian dengan layout terkini laman sosial milik Mark Zuckerberg yang mempunyai time line!


Menariknya, fans Man Utd dari seluruh dunia dapat mengikuti sejarah Man Utd hanya menerusi FB, bermula pada zaman penubuhan kelab tersebut pada 1878 dengan nama Newton Heath LYR (Lancashire and Yorkshire Railway) sehinggalah tragedi Munich 1958!



FB baru Man Utd juga turut menampilkan sejarah kejayaan The Red Devils dalam Liga Inggeris dan beberapa kejayaan di peringkat Eropah sebagai tatapan lebih 22 juta likes!  FB Man Utd juga turut mempunyai 18 bahasa pilihan!

Menurut Commercial Director Man Utd, Richard Arnold, "kami sangat berbangga kerana menjadi yang pertama dalam pelancaran global wajah baru Facebook!".

Anda yang belum like, sila lakukannya sekarang dengan klik di sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...