Monday, June 4, 2012

Lee Sharpe Goal celebration!

Awal pagi tadi (4 Jun 2012, 1.25 pagi waktu Malaysia) telah berlangsung perlawanan Corazon Classic Match antara veteran Real Madrid & veteran Man Utd di Santiago Bernabeu!

Perlawanan amal ini menyaksikan legenda2 kedua2 pasukan seperti Andy Cole, Van De Sar, Teddy Sherringham, Luiz Figo, Zidane dan R. Carlos beraksi.

Man Utd tewas 3-2, gol Figo terbaik, skill Cole masih berbisa dan VDS sudah berisi sedikit..tetapi moment yang sangat legend adalah apabila Lee Sharpe meraikan gol penyamaan 1-1 dengan signature celebration beliau..saksikan!



Sangat klasik!!

Friday, June 1, 2012

Demi United, GM tolak Super Bowl!


Yup, impak daripada 659 juta penduduk dunia yang meminati Man Utd, General Motors (GM) syarikat automotif yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini sanggup mengetepikan kontrak tajaan Super Bowl (American Football) yg cukup lumayan!

Agak pelik kerana sebuah syarikat Amerika sendiri meminggirkan 'American Football' dan menaja kelab 'football' sebenarnya iaitu Man Utd!

Hahhaaaa..

So, kontrak 3 tahun ini adalah bertujuan utk mempromosikan rangkaian kenderaan GM seperti Chevrolet ke pasaran Eropah dan yang lebih penting, pasaran ASIA!!!!

Yelah, Super Bowl sape layan?? Orang Asia tak tgk pun 'football' yang main pakai tangan...kan?? Maka utk season akan dtg, segala kenderaan rasmi Man Utd adalah Chevy dan mungkin Rooney atau Nani akan dtg training naik Bumble Bee!

TERBAIK!!!

Justeru, bagi meraikan kontrak penajaan baru ini, Man Utd akan bertemu dgn Shanghai Shenhua dlm saingan Chevrolet China Cup di China pada 25 Julai nanti....

Berita lanjut di sini!

CR7 adalah Cyclop???

Haha, ini video sudah tersebar lama - cuma aku je lambat sket update! Anyways, salutelah kpd yg mengedit dan menambah FX ni! Memang Terbaikk!!!


Hancur kepala Rooney!!!!

SAF, Chicha, Giggsy & Rooney in the new DHL advert!

Inilah advert DHL - Man Utd! Aku perasan VO perempuan tu mcm yang sokmo baca laporan trafik kat radio Sinar fm!


Thanks Asyraf Shamsuddin!


Thursday, May 31, 2012

Himpunan jutaan fans!!!


Dan ini mmg berjuta-juta!! Ratus2 juta.....!!!!!!

Itulah figure yg diberikan oleh hasil satu kaji selidik yg dilakukan, 659 juta peminat di seantero dunia!!!!!!!

Manchester United! Tidak menjuarai liga season ini, tetapi masih ttp juara di hati penyokong!!! Bangga aku menjadi sebahagian drpd jutaan fans kpd kelab bola sepak terbaik di dunia!!

Tuesday, May 29, 2012

Tak sabar..tak sabar!!

Jersi Gingham akan dijual pada 31 Mei, yakni Khamis ini - secara rasminya menerusi United Direct (UD)..sebelum itu, beberapa otai jersi sudah mula buat bulk jersi season 2012/13 ni..bile da beli secara pukal, so harga akan jadi semurah RM200 sehelai..berbanding RM260 ikut harga pasaran standard!

Tapi aku tak sabo! Aku nak beli kut UD gak! Hmmphh....tak kire!!!! Feel dia lain!!!




Today 44 years ago!


May 29th 1968: on this day, 44 years ago MANCHESTER UNITED have become the first English club to win the European Cup beating Benfica 4-1 at Wembley. GGMU

Itulah kata2 member aku dlm FB beliau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...