Tuesday, July 31, 2012

Mini Rooney dan aksi silang gunting!!


Ini adalah figura mini aksi Wayne Rooney ketika menjaringkan gol superb vs Man City tahun lalu..dikeluarkan oleh Subbuteo Art!

Now Subbuteo art ni adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk table top games, atau games yang secara asasnya dimainkan dalam rumah - di atas meja macam monopoly dan scrabble!

Cuma Subbuteo ni berasaskan sukan seperti ragbi, kriket dan bola sepak adalah salah satunya. Aku tatau macam mana main game ni, tapi aku pikir macam kita main bola jentikla kot..cuma yg ni lebih advance!

Ginilah, korang baca sendiri infonya di wikipedia ini utk maklumat lanjut! :)

Manchester is RED!


Inilah banner yang terpampang di SNBJ semalam ketika Malaysia bertemu Man City! Banner ini dibawa oleh geng2 Red Knight! Sebelum itu, ketika Liverpool berkunjung ke Malaysia tahun lepas, banner GGMU 19 sebelah tu yang dipasang mereka!

Apa2pun pasukan Harimau Malaya semalam lemas dengan asakan City - tewas 1-3! Tapi aku bangga sebab Alex score, ogha Paha' tu wehh!!!

Alex Morgan fan Man Utd!


Anda kenal gadis ini? Ya, Alex Morgan...anda kenal beliau?? Beliau adalah pemain bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat! Beliau adalah antara ikon bola sepak wanita di US dan pernah membantu pasukan wanita US dalam Piala Dunia Wanita baru2 ini..

Dalam satu gambar yang diupdate menerusi laman twitter beliau, Morgan kelihatan sangat kiut memakai jersi Man Utd Gingham..

Now ladies and gents, ternyata jersi United terkini bukan alas meja. Sekian!!




Chevy ganti AON! Glazer makin kaya!!!


Mulai musim 2014/2015 dan sehingga tujuh musim berikutnya, Chevrolet, pengeluar kereta dari Amerika Syarikat akan menjadi penaja baru pada jersi Man Utd!

Chevrolet atau nama manjanya Chevy, yang terkenal dengan kereta Camaro Bumble Bee yang dikeluarkan oleh General Motors akan menggantikan Aon, sebuah syarikat insurans yang juga berpengkalan di Amerika!

No wonderlla sbb inikan kelab milik hartawan dari US, Glazer...

Terkini, Man Utd telah disenaraikan di bursa saham New York dan para kapitalist pemilik Man Utd ini berharap keuntungan The Red Devils akan meningkat berganda2!!

Cehh..kalo untung banyak, beli player kedekut mmgla haram jadah namanya!!!!


Gambar di atas dipetik dari Mymanutd - memberi gambaran awal rupa tajaan Chevy kat atas jersi Man Utd nanti..ok now, sudah ada yg berasa kurang senang kerana logo Chevy seolah2 cross..achaner tu??

Sama2 kita nantikan lagi 2 tahun!

Monday, July 30, 2012

Malaysia XI vs Man City!

Malam ni, pasukan Harimau Malaya akan melayan Man City!

Setelah 'menggoyangkan' Arsenal, mampukah Malaysia goyangkan City plak..

Yang pastinya - fans City tak ramai! Dan dengar citenya - fans Man Utd akan memenuhkan stadium memberikan sokongan kepada Harimau Malaya, sekaligus menunjukkan bahawa Manchester is RED!

Agak2, brader ni datang tak tengok match malam ni..eyh, maklumla, teket RM10 je..huhu!


In Trend TV2 @ Mymanutd Club House!



Ok, actually rancangan In Trend yang menampilkan Mymanutd di Club House mereka sudah pun lama bersiaran..tapi aku baru teringat nak share..

In Trend, yang bersiaran di TV2 adalah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan remaja-belia dan santai yang menampilkan apa sahaja kegilaan remaja masa kini utk dikongsi bersama penonton!

Ok, videonya agak out-of sync, tapi yg lebih out of sync adalah hos pompuannya pakai jersi Barca! Huhu!

Peter Schmeichel adalah duta Man Utd!


Legenda United, Peter Schmeichel telah dilantik menjadi duta Man Utd dalam usaha kelab tersebut mempromosikan The Red Devils!

"Ia adalah merupakan satu penghormatan kepada saya utk menjadi Duta Man Utd!", kata Kapten Skuad UCL Champions 1999 ini!

Selain duta Man Utd - Schmeichel juga merupakan duta perabut Courts! Huhuhuhu..


Unitedkits.com in Bahasa???


Unitedkits.com (United Kits) sememangnya merupakan laman sesawang yang menjadi rujukan kepada aku serta fans yang lain untuk mendapatkan info mengenai jersi serta patches2 yang dipakai oleh Man Utd! Sejak zaman Newton Heath sampaila ke Gingham, segala mcm info pasal jersi2 bersejarah Man Utd direkodkan!

Fansite ini sangat2 berguna kpd para collector dari seluruh dunia utk memastikan bahawa patches atau NNS yang mereka tampal menepati 'piawaian'!

Pada awalnya, United Kits yang berpengkalan di UK ni kurang dikenali - tetapi apabila jumlah fans Man Utd di seluruh dunia meningkat, maka unitedkits pun mula melakukan penambahbaikan kpd laman sesawangnya..

Dan tak lama lagi, para collector dari Malaysia tak perlu risau utk menterjemah bahasa Inggeris standard UK sbb site ini akan datang dalam versi Bahasa Melayu!



Super cool!!!! Aku taktau sape yang translate..tetapi yang pastinya, kegilaan fans Malaysia dalam mengumpul jersi2 Man Utd telah menyebabkan United Kits mempunyai versi tempatan!!

Sangat2 superb!!! Skrg ni under construction! Tak sabar nak tgk hasilnya..so, moh kite ke unitedkits.com!

Ustaz Azhar Idrus UNITED!

Ustaz Azhar Idrus (UAI) sememangnya merupakan satu fenomena ketika ini! Hampir di setiap pustaka atau toko buku Islam ada jual CD2 ceramah beliau, di pasar2 malam turut kedengaran suara beliau..di masjid2 begitu 'box office' setiap kali UAI dijemput memberikan ceramah, melimpah ruah sampai ke tengah jalan jemaah yang hadir..

Kalo tak pun UAI hadir, VCD ceramahnya tetap dipasang di masjid2 atau surau2 bagi menggantikan penceramah yang ada..

Di youtube, takpayah kiralah berapa view dan like yang beliau dapat..di FB sekalipun, jika dulu banyak koleksi print screen beliau, sekarang ni dah banyak 'poster' FB yg di'share' dan 'diedar'...

Majoritinya orang muda..tetapi kita tolak tepilah apa sahaja fahaman politik beliau, yang kadang kala sindiran sinisnya cukup memedihkan telinga! Tapi aku nak tau, UAI ni fans Man Utd ke?? Huhuhuhu...ramai jugak yang bertanya soklan pasal Man Utd pada UAI..tak taula fans ke haters yang tanye..

Tapi UAI macam bese...jawab dengan selambe..ke guane boh!?


By the way..steady dok stiker ni? Huhuhuhuhuuu....nakal sunggoh puok2 nings!!


Psstt..bukan ke singa pegang tongkat tu logo Chelsea ke? Huhuhuhuu...

Olympics at OT!


Sukan Olimpik London 2012 sudah bermula..!! Cuma yang tak bestnya, Olimpik tahun ini dibuat ketika bulan Ramadan yang mulia..pastinya, terlalu banyak konspirasi teori berkaitan Illuminati dan Freemason ttg Olimpik di London kali ini..

Korang boleh google sendiri teori2 berkaitan Olympics 2012 Illuminati ini..Anyways, aku tidak 'berpeluang' sangat utk tengok semua games Olimpik..sebab bukan semua sukan yg aku minat..

Tapi aku cuba utk tengok acara bola sepak..dan pasukan yang aku sokong sudah tentunya Brazil..dan sebut pasal Brazil, Oscar, bintang baru Brazil berjaya mencurik tumpuan Chelsea dan dengan bayaran 25 juta Pound, beliau sah bersama Chelsea utk musim depan..

Oscar setakat ini menyerlah membantu pasukannya membenam Mesir (yg sebenarnya mengejutkan Brazil kerana hampir menang dengan keputusan tipis 3-2)..Ini sedikit sebanyak memberi gambaran jelas betapa Chelsea bakal kembali menggugat pasukan2 yang lain dlm saingan EPL 2012/13!~


Cuba ada sesuatu yg 'rare'nya ttg jersi pasukan Brazil adalah, instead of logo CBF, jersinya menampilkan bendera Brazil dengan logo Olimpik..nice!!


Dan sudah tentunya - aku nak tgk Team GB beraksi..nak tgk Giggs dan Cleverley!! Huhuhuhuuu...




Enjoi goal pertama Team GB oleh Ryan Giggs - pemain tertua menjaringkan gol dalam acara bola sepak sukan Olimpik! Hehehehhe..

CR7 supports Palestine!

Tidak diketahui bile gambar ini dirakam dan dalam majlis apa, tetapi jelas CR7 - legenda United menyokong perjuangan rakyat Palestin! :)


Friday, July 27, 2012

Man Utd 'berjalan kucing' di Shanghai!

Mereka bukan sekadar hadir ke China utk bermain bola sepak..tetapi juga sebagai model..


Huhuhu...ini adalah aksi Kagawa dan Anderson ketika memperagakan koleksi terkini jam Hublot..

Hublot juga merupakan salah stau rakan penaja Man Utd! :)

Wednesday, July 25, 2012

Davey Becks bikin surprise!

Sempena Olympic London 2012, Adidas selaku penaja utama Team Great Britain, menerusi kempen #takethestage iaitu kempen sokongan terhadap kontinjen tuan rumah, telah mengadakan satu photo booth yang memberi peluang kepada orang ramai utk mengambil foto sambil menonjolkan sokongan..

Yang bestnya, tengah diorg syok2 posing...jeng jeng jeng! Terpancul wajah seorang legenda bola sepak England nak join sama...



David Beckham mungkin tidak tersenarai utk menyertai pasukan bola sepak Great Britain..tetapi beliau adalah Duta Olimpik London 2012!

ps: budak kecik tu tak sangka berjumpa idolanya!

Tuesday, July 24, 2012

2 Jejaka dan Cantona!


Seorang jejaka bernama Jonathan Cruise, 21 tahun tengah syok melepak sambil menghisap rokok di luar sebuah kelab malam di Barcelona, apabila beliau didatangi seorang lagi jejaka yang meminta sebatang rokok..

Cruise, yang memerlukan teman seperokokan, menghulurkan sebatang rokok sambil memulakan bicara..

"Dari mana bro?"

"Manchester", jawab lelaki itu.."Nama saya Raphael...".

Cruise tersenyum, sambil memperkenalkan namanya, dia bertanya, "Biru ke Merah?"..

"Merah!", jawab Raphael..Senyuman Cruise bertambah lebar...kerana dia juga adalah penyokong Man Utd!

"Ayah saya merupakan'King of Manchester!", Raphael menyambung dengan nada yang lebih bangga!

Terkejut dengan kata2 itu, Cruise inginkan kepastian..."Adakah ini bermakna, ayah ngko ni..Eric Cantona!??"..

"YA!", jawab Raphael.."Ayah saya sehingga kini masih lagi cintakan United! Ketika Man Utd gagal mempertahankan kejuaraan liga dan City merampas takhta tersebut..ayah saya terajang 'coffee table' sampai hancur berkecai dan tergolek atas karpet!", Raphael menambah..kali ini dengan lebih semangat sambil tertawa..

Mereka terus berbual lagi..dan pada akhirnya perbualan mereka, Cruise bersalam dengan penuh erat, berbangga kerana dapat melepak dengan anak legenda tersohor Man Utd!

Sekembalinya ke England, Cruise terus cari Raphael di FB..dan ternyata..Raphael adalah anak Cantona!

Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Jonathan Cruise kepada Daily Mirror
Sumber di sini.


Aksi Giggs sebagai Kapten Great Britain!

Ryan Giggs, si Legenda Man Utd terpilih utk mewakili pasukan bola sepak Great Britain dlm acara Bola Sepak Lelaki di temasya Olimpik London 2012..

Berdasarkan undang2 Olimpik, hanya 2-3 org je pemain lebih umur atau senior dibenar bermain untuk membantu pasukan bawah 23 tahun..

Old Trafford adalah gelanggang HOME bagi Team GB..dan dalam satu aksi persahabatan di antara Great Britain vs Brazil, aksi Ryan Giggs boleh kita saksikan..dlm video ini, beliau ada pada minit ke 1.08!!

Huhuhu, aku ni penyokong tegar Brazil! So of coz video ni highlights kepada kemenangan Brazil! :)


Brazil, dalam edisi Olimpik yang lalu - gagal meraih emas dalam acara bola sepak di sukan Olimpik, meskipun dibantu oleh Ronaldinho..Pingat emas Olimpik adalah merupakan satu-satunya 'piala' yang tidak pernah dimenangi Brazil dalam sejarah kejayaan bola sepak negara Samba itu..

Jadi misi Olimpik London 2012 ini adalah amat besar bagi Neymar dan pasukannya!

Monday, July 23, 2012

Bwin.com nak taja Man Utd!?



Sportsbook Bwin - yang menaja AC Milan dan Real Madrid dikatakan berminat utk menaja Man Utd! Syarikat perjudian atas talian itu dijangka akan mengambil alih penajaan sebuah lagi syarikat perjudian online, Betfair yang sebelum ini menaja United!

Dikhabarkan Bwin akan bersama United utk tempoh 3 tahun akan datang!

Sumber: online-casinos.com!

'Happy'?

Betul ke SAF happy? Huhuhuhu...'happy'nya!


(Sila klik utk 'happy')

Ini Ariel!

Yes, Ariel...ala..Ariel yang ehem2 tuu...haaa...inilah dia..huhuhuhuhu!


Kacak x beliau berjersi Man Utd? Ariel Peterpan, selebriti Indonesia yang pernah menggemparkan persada muzik negara Garuda tersebut dengan skandal seksnya dilihat segak dan tampan dengan jersi away Man Utd season lepas..

Apa2pun semoga apa yang telah dilalui oleh beliau menjadi pengajaran buat kita semua dan semoga Allah memberi hidayah kepada Ariel!

No komen!

No komen!


Jelajah Man Utd kini di Shanghai!

Setelah Afrika Selatan..Man Utd kini sudah tiba di Shanghai bagi pertemuan persahabatan dengan pasukan Shanghai Shenghua!


Menariknya, musuh lama United, Drogba, yang kini bersama pasukan dari Negara Tembok Besar China itu akan kembali menghantui mereka!


Hehehee..takpela, sekurang2nya terubatlah rindu Drogba apabila bertemu seteru lamanya!

Baju teluk belanga, kain pelikat hitam!

Huhuhu..itu bukanlah merujuk kepada baju raya aku tahun ni..tapi hakikatnya itu jersi away Man Utd utk season 2012/13 ini..

So macam mane? Cantik tak?? Kalo cantik..belilaa...aku kumpul yg home je..Hehehehe..






Maybank ni ngada2 betulla!!

Yelah, sebelum ni mereka lancarkan kad kredit dan kad debit Visa Man Utd! La...skarang ni ada pulok kad prepaid Man Utd! Adeiii!!!




Huhuhu..actually bukanla apa kan..cuma aku geram je! Sebab kad dia cantik..lagi pulak sebelum ni aku pernah beli kad prepaid Ambank...hmm..

Apa dia kad prepaid ni? Dia macam ni laa..kad prepaid ni macam debit card jugak..fungsinya lebih kurang sama dengan kad kredit..kalo kad kredit, korang gune dulu, bayo kemudian..kalo debit card, menggunakan RM yg dalam akaun bank korang..

Tapi kalo prepaid kad pulok, kalo korang nak gune, korang kene masukkan dulu RM ke dalam akaun..barula boley gune! Dan tak silap akula..ia boleh jugak digunakan untuk urusan online shopping..




Istimewanya kad ini, ia menampilkan Chicharito, Smalling dan Rooney..lengkap dengan tanda tangan mereka! Sangat cun dan sangat kiut!

Maka, saya belum ada lagi..anda??? Huhuhuhuu...


Opsss...chup!! Sebelum itu...aku pernah teringat2..pada tahun 2010 dulu..kalo tak silapla, Public Bank pun pernah mengeluarkan kad kredit Man Utd lengkap dengan official merchandisenya sekali..aku taula pakcik aku keje Public Bank..so, macam mana? Ada lagi tak kad tu eik??


Salam Ramadan!

Ramadan Al-Mubarak kini tiba lagi. Alhamdullillah..pada ketika entri ni ditulis, kita semua selamat menunaikan ibadah puasa pada 3 Ramadan!

Sukan Malaysia VX Pahang 2012 sudah tamat...maka dengan itu serba sedikit bolehlah aku kembali aktif mengemaskini blog OTT ni, dan sementara tugas2 lain tidak lagi menjengah!

Makanya, dengan itu, aku akan meng'update' segala yang terkandas pada sebelum ini..so, harapnya jangan dianggap ia adalah berita basi..kerana apa sahaja berkaitan Man Utd tidak pernah basi!! Legend!!!


Jadi, apa kata kita layan gol Bebe yg super-RARE baru2 ini! :) Senyummmmmmmmmmmmmm!!!

Saturday, July 14, 2012

Man Utd vs Al-Hilal??

Setau aku Man City yg vs Al-Hilal, itu pun kalah 0-1....

Itulah kekhilafan yg dilakukan oleh apps Man Utd kt tab aku..dia punye update, konfiden je..sampaikan aku pun terpedaya carik match ni kt Astro...



ps: maaf kpd pembaca setia blog OOT ni sbb lama x update..sy bertugas di Sukan Malaysia XV Pahang 2012....update yg ni pun sbb kelako sgt!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...