Tuesday, June 26, 2012

JS Park terus jadi duta!


Duta kepada Asiana Airlines! Sebelum ni Park sudah 3 tahun jadi duta kpd syarikat penerbangan yang berpengkalan di Korea Selatan iteww..

Err, penting ke berita ni? Pentingla bagi mengelak berita mengenai Ashley Young tak dpt score penalty shoot out dulu..Hehehhehee...

Friday, June 22, 2012

Rio Ferdy ke Tanah Arab!

En. Rio Ferdinand kita ni nanti akan pergi ke Arab Saudi pada 24 Jun ini bagi melancarkan aplikasi terkini Man Utd oleh Syarikat STC!

Apps terkini ini akan membolehkan fans mengikuti perkembangan United di mana sahaja, dari statistik perlawanan, segala macam info serta gossip terkini, keputusan perlawanan serta berita2 terkini Man Utd!!!

Dan setakat ini, ia hanya boleh didapati menerusi IOS dan Android, lepas tu barulah Blackberry dan Nokia!

Btw, moh kita enjoi video iklan STC bersama Man Utd beberapa season yang lepas....harapnya korang fahamla bahasa Arab ye...



PS: Rindukan aksi CR7!

Sumber: manutd.com!

Sir Bobby Charlton dan larian obor!


Old Trafford adalah merupakan salah satu venue wajib bagi sukan Olimpik 2012 London dan disebabkan itulah, legenda Man Utd, Sir Bobby Charlton akan berlari-lari anak sambil membawa obor melintasi stadium kebanggaan The Red Devils!

Beliau dijadualkan akan melakukan larian obor pada Ahad ini dan akan berhenti seketika untuk sesi fotografi bersama tugu ikonok, The Holy Trinity, yang menampilkan ukiran tugu beliau sendiri bersama dua lagi Legenda United, George Best dan Denis Law!

Oh, yea..tidak dilupa juga acara sampingan pada pagi itu, acara memecah rekod orang yang paling ramai makan bijirin sarapan di satu tempat! Huhuhuhuhu...Untunglaaa....!!!

Sumber: www.messengernewspapers.co.uk!

Kad debit Maybank Man Utd menjadi rebutan!!


Dengan pertambahan jumlah fans Man Utd di seluruh dunia, dengan dianggarkan 8 juta peminat di Malaysia sahaja, Maybank Malaysia melaporkan bahawa permintaan untuk kad debit Man Utd  meningkat secara mendadak!

Malah peningkatan ini dilapor semakin menggila menjelang musim baru BPL 2012/13!! Maybank setakat ini sudah menerima 100,000 permohonan sedangkan jumlah yang dijangka hanyalah 50,000 sahaja!

Kad ini dilancarkan pada 20 April 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya sekali lagi dilancarkan oleh legenda Man Utd Gary Pallister dan Ronny Johnsen di Sunway Lagoon!

Jadi, anda yang masih tidak menukar kad ceri anda kepada kad debit Man Utd...jgn tunggu lagi, kerana terlampau banyak faedah yang boleh anda dapati dengan kad ini, termasuk peluan ke Old Trafford..

Haters, korang tak percaya fakta ini? Silalah baca di sini!

Anda ingin 'training' bersama Wayne Rooney???

Yaaaa...inilah peluang anda untuk berlatih bersama bintang Man Utd di Carrington!!! Jika anda berkelayakan dan tetapi 'tidak layak' utk menyertai program Mencari Ramli TV9, jangan bimbang..kerana peluang untuk anda ke Manchester dan training bersama bintang Red Devils menjengah lagi!!

Cuma...ada cumanya kat situu...anda perlulah menjadi warga Bangladesh kerana peluang ini dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi utama di negara itu, Bharti Airtel!!! Hahahhahahahaa...!!!

Legenda Man Utd, Quinton Fortune bersama Chris Tobit, CEO Airtel Bangladesh ketika pelancaran Airtel Rising Stars di Bangladesh

Eyh, jangan bimbang...mudah je nak jadi warga Bangla, korang pergi tuka suke sama suke je ngn mana2 Mat Bangla yang wujud kat Malaysia ni, for sure diorang nak..rasanya setakat nak makan diorang ni skill bola...kacang jeee..huhuhuhuuu!!!

Program ini dinamakan Airtel Rising Stars dan mensasarkan jutaan belia Bangladesh yang berbakat dalam bola sepak dalam usaha mereka utk melahirkan lebih ramai wira bola sepak di negara mereka..

Wahhh...cube lihat usaha mereka...kau ade???

Nak tau lebih lanjut ada di sini!

Thursday, June 21, 2012

Nganjingnyerss!!!!

Hahaha, tgh aku syok2 search jersi Man Utd LS, tibe2 item baju kemeja kotak2 ni muncul...mula2 aku wat dek je, tp...on second look, mcm nganjing Gingham je....siot, huhu!!


Selangor vs Man Utd!

Seseorang telah meng'upload' gambar ini di salah satu grup fans Man Utd di FB! Wow, sgt retro dan sgt klasik!

Aku rase jika keratan artikel ini dijaga rapi dan dibingkai...pasti nilai2 retro dia akan lebih mahal!!!


Sila atur jadual anda....

...kerana fixtures utk season 2012/13 secara rasminya sudah boleh dimuat turun di laman web manutd.com...

bersedia utk Kagawa?


Rumput OT di rumah anda...

Opsss...aku bz lg, haha...bulan Jun dan Julai akan dtg ni adalah bulan busy aku...sebenarnye boley je aku update pakai tab ni...tp leceh...huhuhu, baru aku ia sgt2 leceh...


Okla, ini adalah satuu merchandise yg sgt kiut!! Rumput yg same standard ngn rumput OT boleh anda miliki dan dijadikan hiasan...

Lengkap dgn background OT, mini tiang gol dan garisan pdg, sgt kawaii!!! Korang bley tgk dan bandingkan nilai hargenye dgn RM dan jika berminat...sambarla satu...

Aku kt ebay ni memburu jersi Man Utd LS je...huhuhu!!!!

Friday, June 15, 2012

Tengok Euro 2012, dapat pergi ke OT?

Itula yg aku terperasan melalui promo Euro 2012 Real Fan Real Football menerusi TV3! Katanya, sekiranya kita menghadiri lokasi2 MV Euro 2012, maka kita berpeluang ke OT! Benarkah?

Bagaimanakah kaedahnya?

Aku search kat websitus rasminya TV3 tidak bertemu pulak maklumat ini...ntah ikhlas ke tidak tau nak anta fans ke OT..huhuhu..


So, jika da maklumat, sama2la kita berkongsi ye?

PS: Peraduan Mamee Slurp aku da takley nak join..gile berkotak2 Mamee Slurp kena beli baru belum tentu dapat lagi nak ke sana...hmmmmmmmmmmmmmm!!!

Man Utd ke Afrika Selatan, Nani dan Ronaldo ke Singapura?

Sempena jelajah pra musim ini, Man Utd telah memilih Afrika Selatan sebagai destinasi mereka, dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dua kali dalam tempoh empat hari!

United akan bertemu kelab dari Durban City iaitu AmaZulu pada 18 Julai dan Ajax Cape Town pada 21 Julai!

Yang pastinya kunjungan ke Malaysia mungkin tidaklah kot...melainkan hanya dua buah pasukan sahaja iaitu Man City dan Arsenal...Hmmmm...

Sementara itu, di Singapura (HUH!!), Legenda Man Utd Cristiano Ronaldo dan Nani, yang juga merupakan pemain kebangsaan Portugal akan singgah ke negara tersebut pada bulan dalam rangka lawatan promosi..apa yang nak dipromosi, tak tau la pulak...(atau malas nak amik tau sebab jeles)..hmmmphhh!!!


Sumber: www.straitstimes.com dan www.capital.co.ke!

Rambut Euro Rooney!


Haha, pada permulaan season 2011/12, Wayne Rooney telah berbangga dengan jumlah helaian rambut beliau yang kian lebat...

Maka, atas dasar itulah, beliau sudah mula yakin untuk menggayakan rambut beliau dengan fesyen yang kelihatan agak klasik!! Ala2 zaman perang dunia kedua punya pegawai tentera gitu..

Rooney masih lagi duduk memanaskan bangku simpanan ketika kempen England di Euro 2012 gara2 kad merah yang dikenakan ke atas beliau ketika di peringkat kelayakan dahulu - dan jika England layak ke suku akhir, barulah kelibat beliau akan kelihatan di atas padang...

Selamat Datang Nick Powell!!!

Wahhh!! Busy nye akuu!!!

Bukan bz sbb Euro 2012, tp bz dgn kerja hakiki aku! Sehingga tak terkemas kini blog ni..

So, apa2pun..selamat datang Nick Powell ke Old Trafford! Adakah beliau pemakai jersi no. 7? Sama2 kita nantikan!!


Friday, June 8, 2012

Euro 2012 kini bermula!!!

Akhirnya, penyebab kpd mata mengantuk di pjbt sudah tibe!!! Euro 2012 mula menyerang kaca tv di Malaysia...

Kpd mereka yg tade Astro, jgn bimbang...kerana stesen tv di negara kita sgt2 bermurah hati dgn membawa siaran secara langsung Euro 2012 secara free....

Media Prima melalui 2 siarannya, TV3 dan NTV7 ada membawa setiap game Euro...

Di TV3, pengacara bersama slot Euro ialah Abu Bakar Atan dan bekas pemain Man Utd dan pemain berkulit hitam pertama England, Viv Anderson...


Tak byk yg aku tau psl beliau...sbb aku search kt google pun byk gambo di berjersi Arsenal...takpela, korg cari sendiri kat wikipedia sbb aku nk layan first game Euro 2012...



Oh, yea...aku sokong Van Persie...Belanda daaaa...

Thursday, June 7, 2012

Tunjuk Ajarku Sifu!

Ally Iskandar selaku hos Mentor musim ke-6 memang berbangga menyatakan ke seluruh 1Malaysia betapa beliau adalah antara 659 juta fans Man Utd di dunia.

Gambar ini buktinya..yup, aku dah perasan masa tgk Mentor Separuh Akhir bebaru ni..tapi tak sempat nak snap!


Terima kasih kepada Izadina Berbatov ada kepekaan ini! Tahniah! Eyh...

Kagawa! Asia Untuk Asia! Hahaha!

Kagawa kini sah menjadi milik United! 659 juta fans seantero dunia meraikannya! Dan yg paling gumbira sudah tentunya fans dari Negara Matahari Terbit itu sendiri!

Setelah JS Park membanggakan Asia, Kagawa pula bakal meningkatkan lagi jumlah fans Man Utd di Asia!

Ringkasnya - kekecewaan kerana si bongkak Eden Hazard menyertai Chelsea 100% terubat dengan kehadiran Samurai Biru di Old Trafford!

Buktinya, kami di Malaysia ini sudah pasti bergumbira jua..lihatlah imej janaan photoshop ini - membuktikan betapa excitednya kami..


Dan siapa kata jersi 'alas meja' tidak diterima ramai nanti????

Monday, June 4, 2012

Kegilaan lengan panjang!!!

Mengumpul jersi ini samalah macam hobi bermain kereta! Kedua2nya MAHAL!

Aku skrg ni da complete koleksi jersi Home Man Utd aku..tapi fitrah manusia memang tak pernah puas, maka sekarang ni tumpuan aku beralih plak ke jersi Long Sleeve (LS)..

Memang gile..memang gile!!!!

Setakat ni aku da dapat dua helai jersi LS..Satu yg ini, walau ada cacat cela..tetapi tidak mengapa, small matter!!!


Dan satu lagi yang ini...hmmm..



Tetapi melihatkan jersi-jersi merah yang dijual di eBay ni!!! Slurrpp!! Yummy yummy!!



Harganya sangat BERPATUTAN!!! Oh, kalaulah aku ni kaya mcm Mark Zuckerberg!!!!!!!!

Lee Sharpe Goal celebration!

Awal pagi tadi (4 Jun 2012, 1.25 pagi waktu Malaysia) telah berlangsung perlawanan Corazon Classic Match antara veteran Real Madrid & veteran Man Utd di Santiago Bernabeu!

Perlawanan amal ini menyaksikan legenda2 kedua2 pasukan seperti Andy Cole, Van De Sar, Teddy Sherringham, Luiz Figo, Zidane dan R. Carlos beraksi.

Man Utd tewas 3-2, gol Figo terbaik, skill Cole masih berbisa dan VDS sudah berisi sedikit..tetapi moment yang sangat legend adalah apabila Lee Sharpe meraikan gol penyamaan 1-1 dengan signature celebration beliau..saksikan!



Sangat klasik!!

Friday, June 1, 2012

Demi United, GM tolak Super Bowl!


Yup, impak daripada 659 juta penduduk dunia yang meminati Man Utd, General Motors (GM) syarikat automotif yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini sanggup mengetepikan kontrak tajaan Super Bowl (American Football) yg cukup lumayan!

Agak pelik kerana sebuah syarikat Amerika sendiri meminggirkan 'American Football' dan menaja kelab 'football' sebenarnya iaitu Man Utd!

Hahhaaaa..

So, kontrak 3 tahun ini adalah bertujuan utk mempromosikan rangkaian kenderaan GM seperti Chevrolet ke pasaran Eropah dan yang lebih penting, pasaran ASIA!!!!

Yelah, Super Bowl sape layan?? Orang Asia tak tgk pun 'football' yang main pakai tangan...kan?? Maka utk season akan dtg, segala kenderaan rasmi Man Utd adalah Chevy dan mungkin Rooney atau Nani akan dtg training naik Bumble Bee!

TERBAIK!!!

Justeru, bagi meraikan kontrak penajaan baru ini, Man Utd akan bertemu dgn Shanghai Shenhua dlm saingan Chevrolet China Cup di China pada 25 Julai nanti....

Berita lanjut di sini!

CR7 adalah Cyclop???

Haha, ini video sudah tersebar lama - cuma aku je lambat sket update! Anyways, salutelah kpd yg mengedit dan menambah FX ni! Memang Terbaikk!!!


Hancur kepala Rooney!!!!

SAF, Chicha, Giggsy & Rooney in the new DHL advert!

Inilah advert DHL - Man Utd! Aku perasan VO perempuan tu mcm yang sokmo baca laporan trafik kat radio Sinar fm!


Thanks Asyraf Shamsuddin!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...