Wednesday, May 9, 2012

Misteri hampir terungkai!!!


Sejak tahun lepas lagi, sudah tersebarnya gambar2 yg dikatakan sebagai jersi season 2012/13 Man Utd! Pelbagai reaksi serta spekulasi telah diberikan oleh fans terhadap jersi ini!

Bukan sahaja Man Utd, malah jersi Arsenal dan Barca juga turut tersebar..


Malah, di beberapa tempat, 'jersi baru' ini sudah mula dijual dengan yakinnya! Dan yg lebih best, sudah ramai yg beli dengan yakinnya!!


4-5 hari lepas, Nike sudah dedahkan jersi Arsenal bagi season 2012/13. Designnya sejibik mcm jersi yang dikatakan leaked itu!! Kalo ada perbezaan pun mungkin dua tiga je..


Dan semalam...menerusi FB rasmi Man Utd, gambar ini mula dikeluarkan!

The "Gingham Collection"..itulah tema bagi kit season 2012/13 ni...gambar yang dikeluarkan bukanlah gambar full, hanya teaser sahaja..tapi gaya coraknyaaa...macam sebijikkkk jugak ngan jersi yang leaked tu!!

Hadeiiii!!! Apa2pun sama-samalah kita nantikan kemunculan wajah sebenar jersi Man Utd season 2012/13 secara rasmi nanti!!

Reaksi aku....


ps: kabarnye - gingham dipinjam dari kosa kata Bahasa Melayu 'genggang' yg bermaksud kain yang bercorak jalur atau kotak-kota..yer?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...