Monday, July 30, 2012

Unitedkits.com in Bahasa???


Unitedkits.com (United Kits) sememangnya merupakan laman sesawang yang menjadi rujukan kepada aku serta fans yang lain untuk mendapatkan info mengenai jersi serta patches2 yang dipakai oleh Man Utd! Sejak zaman Newton Heath sampaila ke Gingham, segala mcm info pasal jersi2 bersejarah Man Utd direkodkan!

Fansite ini sangat2 berguna kpd para collector dari seluruh dunia utk memastikan bahawa patches atau NNS yang mereka tampal menepati 'piawaian'!

Pada awalnya, United Kits yang berpengkalan di UK ni kurang dikenali - tetapi apabila jumlah fans Man Utd di seluruh dunia meningkat, maka unitedkits pun mula melakukan penambahbaikan kpd laman sesawangnya..

Dan tak lama lagi, para collector dari Malaysia tak perlu risau utk menterjemah bahasa Inggeris standard UK sbb site ini akan datang dalam versi Bahasa Melayu!



Super cool!!!! Aku taktau sape yang translate..tetapi yang pastinya, kegilaan fans Malaysia dalam mengumpul jersi2 Man Utd telah menyebabkan United Kits mempunyai versi tempatan!!

Sangat2 superb!!! Skrg ni under construction! Tak sabar nak tgk hasilnya..so, moh kite ke unitedkits.com!

Ustaz Azhar Idrus UNITED!

Ustaz Azhar Idrus (UAI) sememangnya merupakan satu fenomena ketika ini! Hampir di setiap pustaka atau toko buku Islam ada jual CD2 ceramah beliau, di pasar2 malam turut kedengaran suara beliau..di masjid2 begitu 'box office' setiap kali UAI dijemput memberikan ceramah, melimpah ruah sampai ke tengah jalan jemaah yang hadir..

Kalo tak pun UAI hadir, VCD ceramahnya tetap dipasang di masjid2 atau surau2 bagi menggantikan penceramah yang ada..

Di youtube, takpayah kiralah berapa view dan like yang beliau dapat..di FB sekalipun, jika dulu banyak koleksi print screen beliau, sekarang ni dah banyak 'poster' FB yg di'share' dan 'diedar'...

Majoritinya orang muda..tetapi kita tolak tepilah apa sahaja fahaman politik beliau, yang kadang kala sindiran sinisnya cukup memedihkan telinga! Tapi aku nak tau, UAI ni fans Man Utd ke?? Huhuhuhu...ramai jugak yang bertanya soklan pasal Man Utd pada UAI..tak taula fans ke haters yang tanye..

Tapi UAI macam bese...jawab dengan selambe..ke guane boh!?


By the way..steady dok stiker ni? Huhuhuhuhuuu....nakal sunggoh puok2 nings!!


Psstt..bukan ke singa pegang tongkat tu logo Chelsea ke? Huhuhuhuu...

Olympics at OT!


Sukan Olimpik London 2012 sudah bermula..!! Cuma yang tak bestnya, Olimpik tahun ini dibuat ketika bulan Ramadan yang mulia..pastinya, terlalu banyak konspirasi teori berkaitan Illuminati dan Freemason ttg Olimpik di London kali ini..

Korang boleh google sendiri teori2 berkaitan Olympics 2012 Illuminati ini..Anyways, aku tidak 'berpeluang' sangat utk tengok semua games Olimpik..sebab bukan semua sukan yg aku minat..

Tapi aku cuba utk tengok acara bola sepak..dan pasukan yang aku sokong sudah tentunya Brazil..dan sebut pasal Brazil, Oscar, bintang baru Brazil berjaya mencurik tumpuan Chelsea dan dengan bayaran 25 juta Pound, beliau sah bersama Chelsea utk musim depan..

Oscar setakat ini menyerlah membantu pasukannya membenam Mesir (yg sebenarnya mengejutkan Brazil kerana hampir menang dengan keputusan tipis 3-2)..Ini sedikit sebanyak memberi gambaran jelas betapa Chelsea bakal kembali menggugat pasukan2 yang lain dlm saingan EPL 2012/13!~


Cuba ada sesuatu yg 'rare'nya ttg jersi pasukan Brazil adalah, instead of logo CBF, jersinya menampilkan bendera Brazil dengan logo Olimpik..nice!!


Dan sudah tentunya - aku nak tgk Team GB beraksi..nak tgk Giggs dan Cleverley!! Huhuhuhuuu...




Enjoi goal pertama Team GB oleh Ryan Giggs - pemain tertua menjaringkan gol dalam acara bola sepak sukan Olimpik! Hehehehhe..

CR7 supports Palestine!

Tidak diketahui bile gambar ini dirakam dan dalam majlis apa, tetapi jelas CR7 - legenda United menyokong perjuangan rakyat Palestin! :)


Friday, July 27, 2012

Man Utd 'berjalan kucing' di Shanghai!

Mereka bukan sekadar hadir ke China utk bermain bola sepak..tetapi juga sebagai model..


Huhuhu...ini adalah aksi Kagawa dan Anderson ketika memperagakan koleksi terkini jam Hublot..

Hublot juga merupakan salah stau rakan penaja Man Utd! :)

Wednesday, July 25, 2012

Davey Becks bikin surprise!

Sempena Olympic London 2012, Adidas selaku penaja utama Team Great Britain, menerusi kempen #takethestage iaitu kempen sokongan terhadap kontinjen tuan rumah, telah mengadakan satu photo booth yang memberi peluang kepada orang ramai utk mengambil foto sambil menonjolkan sokongan..

Yang bestnya, tengah diorg syok2 posing...jeng jeng jeng! Terpancul wajah seorang legenda bola sepak England nak join sama...



David Beckham mungkin tidak tersenarai utk menyertai pasukan bola sepak Great Britain..tetapi beliau adalah Duta Olimpik London 2012!

ps: budak kecik tu tak sangka berjumpa idolanya!

Tuesday, July 24, 2012

2 Jejaka dan Cantona!


Seorang jejaka bernama Jonathan Cruise, 21 tahun tengah syok melepak sambil menghisap rokok di luar sebuah kelab malam di Barcelona, apabila beliau didatangi seorang lagi jejaka yang meminta sebatang rokok..

Cruise, yang memerlukan teman seperokokan, menghulurkan sebatang rokok sambil memulakan bicara..

"Dari mana bro?"

"Manchester", jawab lelaki itu.."Nama saya Raphael...".

Cruise tersenyum, sambil memperkenalkan namanya, dia bertanya, "Biru ke Merah?"..

"Merah!", jawab Raphael..Senyuman Cruise bertambah lebar...kerana dia juga adalah penyokong Man Utd!

"Ayah saya merupakan'King of Manchester!", Raphael menyambung dengan nada yang lebih bangga!

Terkejut dengan kata2 itu, Cruise inginkan kepastian..."Adakah ini bermakna, ayah ngko ni..Eric Cantona!??"..

"YA!", jawab Raphael.."Ayah saya sehingga kini masih lagi cintakan United! Ketika Man Utd gagal mempertahankan kejuaraan liga dan City merampas takhta tersebut..ayah saya terajang 'coffee table' sampai hancur berkecai dan tergolek atas karpet!", Raphael menambah..kali ini dengan lebih semangat sambil tertawa..

Mereka terus berbual lagi..dan pada akhirnya perbualan mereka, Cruise bersalam dengan penuh erat, berbangga kerana dapat melepak dengan anak legenda tersohor Man Utd!

Sekembalinya ke England, Cruise terus cari Raphael di FB..dan ternyata..Raphael adalah anak Cantona!

Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Jonathan Cruise kepada Daily Mirror
Sumber di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...