Tuesday, July 31, 2012

Mini Rooney dan aksi silang gunting!!


Ini adalah figura mini aksi Wayne Rooney ketika menjaringkan gol superb vs Man City tahun lalu..dikeluarkan oleh Subbuteo Art!

Now Subbuteo art ni adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk table top games, atau games yang secara asasnya dimainkan dalam rumah - di atas meja macam monopoly dan scrabble!

Cuma Subbuteo ni berasaskan sukan seperti ragbi, kriket dan bola sepak adalah salah satunya. Aku tatau macam mana main game ni, tapi aku pikir macam kita main bola jentikla kot..cuma yg ni lebih advance!

Ginilah, korang baca sendiri infonya di wikipedia ini utk maklumat lanjut! :)

Manchester is RED!


Inilah banner yang terpampang di SNBJ semalam ketika Malaysia bertemu Man City! Banner ini dibawa oleh geng2 Red Knight! Sebelum itu, ketika Liverpool berkunjung ke Malaysia tahun lepas, banner GGMU 19 sebelah tu yang dipasang mereka!

Apa2pun pasukan Harimau Malaya semalam lemas dengan asakan City - tewas 1-3! Tapi aku bangga sebab Alex score, ogha Paha' tu wehh!!!

Alex Morgan fan Man Utd!


Anda kenal gadis ini? Ya, Alex Morgan...anda kenal beliau?? Beliau adalah pemain bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat! Beliau adalah antara ikon bola sepak wanita di US dan pernah membantu pasukan wanita US dalam Piala Dunia Wanita baru2 ini..

Dalam satu gambar yang diupdate menerusi laman twitter beliau, Morgan kelihatan sangat kiut memakai jersi Man Utd Gingham..

Now ladies and gents, ternyata jersi United terkini bukan alas meja. Sekian!!




Chevy ganti AON! Glazer makin kaya!!!


Mulai musim 2014/2015 dan sehingga tujuh musim berikutnya, Chevrolet, pengeluar kereta dari Amerika Syarikat akan menjadi penaja baru pada jersi Man Utd!

Chevrolet atau nama manjanya Chevy, yang terkenal dengan kereta Camaro Bumble Bee yang dikeluarkan oleh General Motors akan menggantikan Aon, sebuah syarikat insurans yang juga berpengkalan di Amerika!

No wonderlla sbb inikan kelab milik hartawan dari US, Glazer...

Terkini, Man Utd telah disenaraikan di bursa saham New York dan para kapitalist pemilik Man Utd ini berharap keuntungan The Red Devils akan meningkat berganda2!!

Cehh..kalo untung banyak, beli player kedekut mmgla haram jadah namanya!!!!


Gambar di atas dipetik dari Mymanutd - memberi gambaran awal rupa tajaan Chevy kat atas jersi Man Utd nanti..ok now, sudah ada yg berasa kurang senang kerana logo Chevy seolah2 cross..achaner tu??

Sama2 kita nantikan lagi 2 tahun!

Monday, July 30, 2012

Malaysia XI vs Man City!

Malam ni, pasukan Harimau Malaya akan melayan Man City!

Setelah 'menggoyangkan' Arsenal, mampukah Malaysia goyangkan City plak..

Yang pastinya - fans City tak ramai! Dan dengar citenya - fans Man Utd akan memenuhkan stadium memberikan sokongan kepada Harimau Malaya, sekaligus menunjukkan bahawa Manchester is RED!

Agak2, brader ni datang tak tengok match malam ni..eyh, maklumla, teket RM10 je..huhu!


In Trend TV2 @ Mymanutd Club House!



Ok, actually rancangan In Trend yang menampilkan Mymanutd di Club House mereka sudah pun lama bersiaran..tapi aku baru teringat nak share..

In Trend, yang bersiaran di TV2 adalah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan remaja-belia dan santai yang menampilkan apa sahaja kegilaan remaja masa kini utk dikongsi bersama penonton!

Ok, videonya agak out-of sync, tapi yg lebih out of sync adalah hos pompuannya pakai jersi Barca! Huhu!

Peter Schmeichel adalah duta Man Utd!


Legenda United, Peter Schmeichel telah dilantik menjadi duta Man Utd dalam usaha kelab tersebut mempromosikan The Red Devils!

"Ia adalah merupakan satu penghormatan kepada saya utk menjadi Duta Man Utd!", kata Kapten Skuad UCL Champions 1999 ini!

Selain duta Man Utd - Schmeichel juga merupakan duta perabut Courts! Huhuhuhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...