Sunday, January 22, 2012

Here comes the WARRIOR!!!

Semua orang mengetahui bahawa Adidas tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Liverpool atas sebab Liverpool tidak lagi beraksi hebat di atas padang. Dalam bahasa ringkasnya, Liverpool dah tak best dan memalukan Adidas sebagai pengeluar barangan sukan untuk yang terbaik!



Hahahahaaa..kasarkan bahasa..tapi itulah hakikatnya, kan?

Sebagai ganti, sebuah syarikat pengeluar barangan sukan dari US, Warrior akan mengambil alih kontrak tajaan pasukan Liverpool!

Bayangan fans Liverpool terhadap jersi mereka sendiri..

Warrior??? Ada ke jenama sukan Warrior?? Ramai yang taktau wujudnya Warrior..dan sememangnya mmg kow2la kene kutuk Liverpool di dalam FB sbbnya, seingat akula, ada satu kasut sekolah jenama Warrior..hahahahahaha!!!

Dan sebagai sebuah kelab bola sepak yang ternama di dunia, pastinya Liverpool menerima tamparan hebat apabila satu syarikat barangan sukan yang tidak terkenal menaja pasukan yang terkenal..Hehehehhee...

So, apakah Warrior ni? Setelah diselidiki menerusi laman sesawang rasmi warrior.com, Warrior ni banyak taja pasukan hoki ais dan juga sukan Lacrosse (klik sini utk tau pasal sukan ni)..tapi aku tak jumpa pulak barangan utk bola sepak..sedangkan di US sendiri kebanyakan pasukan MLSnya ditaja oleh Adidas...

Glove hoki ais Warrior..

Adidas memang cukup sinonim dengan Liverpool. Kerana Adidas mula menaja Liverpool sejak tahun 1984 lagi. Cuma pada tahun 1996 hingga 2006 sahaja Reebok taja Liverpool, sebelum Adidas kembali amek alih!

Dan sebut pasal Reebok, aku pernah berharap bahawa Reebok juga menaja Man Utd satu ketika dahulu. Sebabnya aku pernah gila2 punya minat Reebok sekitar awal 90an dulu hanya kerana Ryan Giggs ditaja Reebok, meskipun aku minat Cantona. Tapi Cantona masa tu pakai Nike, yang agak kurang femes dalam bidang bola sepak sbb Nike banyak taja pasukan NBA!

Sekarang pulak aku berharap bahawa Puma plak akan mengambil alih Nike bagi tajaan jersi Man Utd sbb pada aku, jersi-jersi keluaran Puma memang dabomb!

Tengok sahaja jersi Itali tahun 2006 dan 2010, sempoi tapi cun! Dan terkini, jersi pasukan-pasukan negara Afrika!!


Italy 2006 kit


Italy 2010 kit

Puma juga mempunyai corak yang menarik pada setiap design jersinya, memberikan satu latar belakang atau watermark yang tersendiri, sama macam design-design Umbro pada jersi Man Utd sekitar 90an!


Koleksi Jersi Puma bagi pasukan negara-negara Afrika 2012. Nice!

Apa2pun, kontrak Nike bersama dengan Man Utd akan tamat pada 2015, dan masih belum dibincangkan penyambungannya..dan dalam tempoh tiga tahun, sama2lah kita berharap agar Man Utd terus cemerlang dan tidak mengecewakan Nike dan seterusnya menyebabkan syarikat FBT, Kika atau Jking yang amek alih...Hehehehehehe..

Nota tambahan: Warrior menaja Liverpool dengan kontrak bernilai 25 juta Pound, mengatasi Nike yang menaja Man Utd dengan kontrak bernilai 23.3 juta Pound! Ok..

Friday, January 20, 2012

Rooney lancarkan FB rasmi beliau!


En. Wayne Rooney baru sahaja melancarkan laman facebook rasmi beliau beberapa jam yang lalu!

Berikut adalah laporan daripada akhbar thescottishsun.co.uk:

WE'LL soon be able to find out whether Wayne Rooney has more friends than David Beckham.

The Manchester United star is launching his official Facebook page at midday today.
Here's the profile picture – his celebration after scoring with that overhead kick against Manchester City last season.
Wayne will be interacting with fans and giving followers an insight into his preparation for big games.
He already has more than 2.6million followers on Twitter so Becks should fear the competition from his ex England team-mate.
Becks, who has just signed a new two-year contract with LA Galaxy, has more than 15.1million "Likes" on his Facebook page so Roo will have to go some to catch him The striker will adopt a slightly different approach to his content, mind – can't see Wayne posting snaps of himself in his pants.
 Jom kita like ramai2 page Wayne Rooney!

Just 19 year-old George Best!


Trade card game mmg dah lama wujud. Kalau kat US, baseball trading cards era 50's mmg menjadi buruan peminat tegar hobi mengumbul barangan sukan ni.

Di atas adalah trade card George Best ketika beliau berusia 19 tahun dulu! Mmg rare!!

Man Utd Chess Set!


Aku tak pandai main chess..yang aku pandai adalah main dam aji. Itupun tak baper pakar sangat dalam mengatur strategi!

Chess ini mmg game yang sangat2 tidak kena dengan minda aku..terlalu taktikal..dan mempunyai beribu2 kaedah untuk menang dengan cara Check Mate!!

And no wonder this tactical game pun ada set utk Man Utd! Well, chess set ini bukanlah sesuatu yg baru..dah lama dah keluar..tapi saja je aku nak kongsi! Haha, dan gambar2 dalam ni pun aku 'kongsi' daripada blog sape ntah! What, SOPA!?? Pedulikkk!!! Yang pastinya blog tu blog pasal penggila chess, chesscube.com!

Ok, berkaitan Man Utd Chess Set ni, menurut blog tersebut mempunyai buah catur yang terdiri drpd Skuad Treble 1999 vs Skuad Man Utd 1968 UCL Champions! Legend vs Legend! So, inilah bijik caturnya!


Ada gaya Ryan Giggs tak?? Solskjaer?


Skuad 1968 dlm away kit!


The whole set!

Nemanja Vidic pun terkena dengan Dynamo!



Yang pastinya diorang mmg untung dapat tiket free!!

Dan yang pastinya jugak Vidic mmg tinggi, dan muka tiada perasaan..poker face!

Nike Twitter boots for Rio Ferdinand!

Entri sebelum ini aku ada cerita pasal Wayne Rooney dan perang twitter beliau..sebelum itu lagi aku ada cite gak pasal Rio Ferdinand yang aktif bertweet..Entri kali ni pun pasal Twitter Rio Ferdinand!

Mcm aku cakapla, Rio Ferdy mmg aktif bertwitter, selalu menganjurkan parti bersama rakan2 twitter beliau, dan disebabkan itulah Nike melalui kempen terbarunya tahun 2012, #makeitcount telah menghasilkan kasut but edisi Twitter utk beliau...


Bukan sahaja Rio Ferdy, player Arsenal iaitu Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain dan WojciechSzczesny pun terlibat sama dalam kempen Nike ini! Pada but ini tersulam nama twitter Ferdinand, @rioferdy5 dan sulaman #makeitcount!


But ini akan dipakai mereka ketika perlawanan Arsenal vs Man Utd nanti..btw, seorang lagi player Man Utd yang jugak aktif bertwitter, Wayne Rooney tidak terlibat dalam kempen ini..

Aku rasa but ini pastinya menjadi rebutan pengumpul koleksi barangan Man Utd seantero dunia!!!

Sumber: therepublikofmancunia.com & dailymail.co.uk.

Thursday, January 19, 2012

Perang Twitter Rooney, Pepe & Guti!

Dalam saingan pusingan pertama El Clasico Copa Del Ray, Real Madrid vs Barcelona 18 Januari baru2 ni, ada satu insiden yg menyaksikan Pepe memijak tangan Leo Messi..

Insiden itu menambahkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak, terutamanya di antara kedua2 pasukan..Ramai yang mengecam tindakan Pepe, termasuklah Wayne Rooney..


Dalam satu tweet yg diupdate oleh Rooney, beliau tulis, "Pepe. What an idiot. Sometimes people wind u up".

Tweet Rooney itu dibaca oleh Guti, yang pernah bermain dengan Real Madrid selama 15 tahun. Kata Guti, walaupun beliau turut tak bersetuju dengan tindakan Pepe, tapi takdelah sampai nak panggil orang 'idiot'!

Guti pun membalas kenyataan Rooney dalam Twitter beliau, "I laugh at Rooney. There are many saints but in heaven. If you want to be a saint you must practice what you preach. To err is a human".

Hahahahahahahahaha...perang Twitter. Di mana2 pun ada..berikut adalah video insiden tersebut..


Sumber: dailymail.co.uk .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...